Demam : Masa Terbaik Jadi Food Critic Paling Kejam!
5:37 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah masuk bulan September rupanya. Tiga hari tidak menulis entri rasa rindu pula. Sebenarnya kami tiga beranak jatuh sakit. Pada hari Jumaat Firdaus demam. Encik Suami bawa ke klinik dan dapat surat sakit. Petang Jumaatnya pula Amie demam. Sepatutnya hari Sabtu kena turun ke ladang. Ada aktiviti Kem Generasi Madani. Amie dilantik sebagai ketua masak. Semua bahan masakan sudah tersedia, dan menu yang hendak dimasak juga sudah dirancang bersama.

Hendak dijadikan cerita, demam Amie berpanjangan dan pagi Sabtu terpaksalah tarik diri sebagai ketua masak dan minta bantuan teman-teman yang lain. Memang demam sungguh! Sudah makan ubat tapi masih muntah-muntah. Kasihan Firdaus! Apabila terlihat Amie termuntah di atas selimut, sebab tak sempat lari masuk tandas, dia tolong bersihkan.
Tiba-tiba Encik Suami pun ikut demam sama.
Paling teruk demam sudah tentulah Amie. Jadi, Amie layan sajalah demam dengan berehat dan tidur saja. Teringat doktor pesan, jangan fikir hal kerja! Berehat sepenuhnya. Jauhi laptop. Jauhi HP. Apabila demam, dan makan ubat memang rasa beraa di dunia lain. Sudahlah langsir tidak diselak, seolah-olah siang dan malam sama saja. Dalam pembaringan entah apa-apa mimpi datang mengganggu!

Firdaus lebih awal sembuh, diikuti dengan Encik Suami. Dan nampaknya kedua-duanya sudah berselera makan. Beza sungguh dengan Amie! Setiap apa yang ditelan, termuntah semula, dan berjalan pun masih terhoyong-hayang. Apabila demam, lidah pun mogok dan semuanya rasa tawar hambar.
Allahu Akbar!
Syukurlah, hari ini terbuka sedikit selera untuk menjamah makanan yang Encik Suami beli. Itu pun sekadar merasa sesudu dua sahaja.
Mangga Manila |
Buah mangga manila rasanya sangatlah lemak manis. Oleh kerana orang sakit lidahnya macam butang volume, rasa sudah tertutup. Jadinya, manis mangga manila sudah tidak terasa, dan yang tinggal hanyalah rasa pahit dan hambar! Allah....mangga manila pun tak lulus apabila tekak mogok.
Soto Ayam |
Pagi tadi, Encik Suami tanya nak sarapan apa? Kita rasa hendak makan soto. Soto ayam yang biasanya harum berempah, apabila masuk tekak orang sakit terus jadi macam hirup air kosong bertumis.
Popia Carbonara |
Encik Suami belikan juga popia carbonara yang creamy dan cheesy. Rasa macam makan gam UHU gulung pula1 Popia yang creaminess jadi muakness! Akhirnya Firdaus yang makan habis popia ini.
Nasi |
Tengah hari tadi Encik Suami ke Restoran Nak Sup Ikan LD bersama Firdaus. Sebelum keluar, Encik Suami masak nasi. Sayangnya apabila bawa pulang lauk, sebiji nasi pun tak masuk ke perut kita!
Sup Kam Choi Ikan |
Agaknya berselera kot orang baru hendak baik demam kalau dapat hirup Sup Ham Choi Ikan. Sudah tentu sangat menyelerakan rasanya yang umami dan masam-masan menyegarkan. Oh, apabila hirup sesudu kuahnya dan makan secuil ikannya, sudahlah!
Asam Pedas Ikan - Kari Ikan? |
Apabila tekak pahit, memang rasa bercampur baur. Asam pedas boleh jadi rasa kari pula. Masammnya tak terasa, mungkin tekak sudah tersumbat. Walaupun ikan segar, tapi tak tahu rasa ikan apa. Kita cuma hirup kuahnya sesudu sahaja. Selebihnya Firdaus makan bersungguh-sungguh!
Entahlah, apa yang Encik Suami beli. Asam pedas atau kari?
Peria Goreng Telur Masin |
Semua yang Encik Suami beli di Restoran Nak Sup Ikan LD merupakan makanan kegemaran Amie. Ada sejenis lauk yang paling Amie suka iaitu Peria Goreng Telur Masin. Mungkin inilah sahaja yang boleh Amie ratah tapi tak banyak. Nampaknya Firdaus pula yang suka makan Peria Goreng Telur Masin ini,
Iktibar bila sakit dan hilang selera makan ni sebenarnya banyak :
- Nikmat sihat itu mahal. Masa sihat semua makanan rasa sedap, tapi bila sakit baru sedar betapa berharga rasa dan tenaga.
- Belajar bersyukur. Lauk paling simple pun terasa nikmat bila sihat. Sakit mengajar kita hargai benda kecil.
- Rehat dan jaga diri itu penting. Badan perlukan masa untuk pulih, dan hilang selera makan itu cara tubuh suruh kita slow down.
- Amalkan kesederhanaan. Apabila sakit, makanan mahal pun tak laku. Ini tanda jangan terlalu bergantung pada nikmat dunia.
- Memiliki rasa empati. Kita jadi lebih faham orang lain yang selalu sakit atau kurang selera, rasa susah mereka bukan main-main.
1 comments
Semoga cepat sihat kak. Elakkan makanan berminyak kalau muntah. Makan jenis rebus2 je.
BalasPadam