Makan Malam di Hawa Artisan Kitchen

8:13 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini sepatutnya Amie siarkan pada minggu lepas, tetapi disebabkan demam maka tersimpanlah drafnya. Makan malam ini sudah berlalu pada minggu lepas, hari Sabtu malam Ahad.  Salah seorang rakan sejawat kami akan bersara sebagai penoreh getah. Jadi, kami seronok-seronok untuk makan malam bersama di Hawa Artisan Kitchen.

Pada masa yang sama, Amie ajak Encik Suami, Fairuz dan Firdaus dan meminta meja khas untuk kami berempat,

Makan malam di Hawa Artisan Kitchen.

Video kenangan makan malam.


Makan malam dijadualkan bermula pada pukul 7:15 malam.
Lampu malap dan lilin menonjolkan suasana romantis!

Meja makan kami sekeluarga.


Nampaknya kami merupakan orang terawal sampai.Sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba, kami dihidangkan dengan minuman air bunga telang.

Bunga orkid segar.

Jus bunga telang boleh ditambah jus limau kasturi dan air gula untuk seimbangkan rasa.

Fairuz dan Firdaus suka sangatlah dapat minum jus bunga telang yang segar ini.


Jus bunga telang sebelum ditambah jus limau kasturi.

Air bunga telang yang pada mulanya berwarna ungu gelap, seperti gambar di atas akan bertukar menjadi ungu muda seperti gambar di bawah apabila ditambah jus limau kasturi.

Jus bunga telang setelah ditambah jus limau kasturi.

Kami turut dihidangkan kudapan ringan berupa kerepek keledek ungu dan oren.


Minuman jus bunga telang yang sudah habis di botol, diganti dengan botol berisi jus bungatelag yang baharu. Oleh kerana setiap kali jus bunga telang habis, pelayan akan bertanya mahu tambahkah lagi? Fairuz dan Firdaus sudah tentu mahu. Jadinya, sampai tiga botol jus bunga telang kami minum!


Sambal ini dibawa seiringaan dengan kerepek keledek oren dan ungu sebagai pencecah. Malam itu, enam mangkuk tempurung kami makan kerepek!

Kudapan kerepek keledek oren dan ungu.


Kawan-kawan yang lain mula berdatangan.

Hidangan berat pun disajikan.



Menurut pemilik Hawa Artisan Kitchen, hidangan makan malam kami berupa nasi campur. Nasi beras kampung dari Kundasang dibungkus dalam daun pisang. Masih panas!

Nasi beras kampung dari Kundasang.

Kari Ayam Kapitan.

Sup Jagung, Kuah Air Kelapa.

Sayur Kacang Bendi dan Kerabu Terung Campur Mangga dan Kacang Botol.

Semangkuk kecil kentang bersama kacang kuda beraroma daun kari.

Sebotol air kosong turut dihidangkan.

Encik Suami dan Fairuz minta tambahan nasi dan Kari Ayam Kapitan serta sup jagung.  Suami isteri pemilik Hawa Artisan Kitchen serta para pelayan sentiasa memberikan layanan istimewa, bertanya sekiranya ingin menambah mana-mana menu. Suami kepada pemilik Hawa Artisan Kitchen ini orang putih, kadang-kadang bercakap dengan kami dalam bahasa Melayu dan kadang-kadang bahasa Inggeris. 


Selesai makan nasi campur, pelayan mengedarkan tuala dan diberikan sehelai untuk setiap orang. Tualanya lembab, sejuk dan wangi. Kami gunakan untuk lap tangan dan mulut.


Selepas itu kami diberi pilihan samada hendak minum kopi atau teh moringa. Encik Suami memilih kopi, Amie pilih teh moringa. Fairuz dan Firdaus tidak mahu minuman panas.


Untuk pencuci mulut, kami turut dihidangkan dengan aiskrim teh tarik! Unik bukan?

Aiskrim Teh Tarik


Untuk Firdaus, dihidangkan aiskrim bersama kepingan coklat.


Sebelum makan malam berakhir, kami sempat menikmati kek batik indulgence yang sangat sedap! Oleh kerana kek ini sangat sedap, tidak cukuplah ambil sepotong!


Kek ini ditempah khas untuk Teacher Kwan yang akan bersara dua minggu lagi.



Siapa mampu menolak Kek Batik Indulgence, pencuci mulut tanpa bakar yang terdiri daripada tiga lapisan, lapisan dasar kek batik, lapisan keju krim, dan lapisan ganache coklat.

Kek Batik Indulgence


Selepas makan, sempat jalan-jalan di belakang rumah, Hawa Artisan Kitchen. Sebenarnya tempat makan kami ini di sebuah rumah banglo. Untuk makan di sini tempahan perlu dibuat lebih awal secara dalam talian.

2 comments

  1. Tempatnya nyaman sekali
    Menunya juga super nikma dan sedap
    Wah itu keripik, kok saya jadi penasaran ya

    BalasPadam
  2. Wow! amazing..kombinasi tradisional dan moden saya agak..melihat semua gambar memberi gambaran amat damai menjamu selera..Nak kata apa..Subahanallah..nikmat yang luas biasa..tahniah blog makan berseri seri rasanya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe