Sarapan Wantan Goreng & Sumbat-Sumbat
10:59 PGBismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi kami keluar ke bandar LD jalan-jalan cari sarapan. Nampaknya semua kedai makan terang-benderang oleh cahaya lampu. Tidak seperti kelmarin, banyak kedai makan gelap dan pelanggan duduk di lmeja bahagian luar untuk mencari keselesaan sewaktu menikmati hidangan.
Kami singgah sarapan di sebuah restoran berhampiran tepi laut. Amie tidak memilih sarapan berat sebaliknya hanya memesan wantan goreng dan ikan sumbat dalam cili, peria dan terung. Ratah-ratah sahajalah ceritanya.
Wantan Goreng & Sumbat-Sumbat |
Walaupun setakat makan ringan, disajikan pula dengan semangkuk kecil sup kosong.
Sedap sup kosongnya. Cukup rasa. Sup kosong akan sentiasa mengiringi pelbagai jenis makanan seperti mi, bihun, nasi kuning atau nasi goreng.
Ada dua jenis sos boleh ditambah untuk rasa lebih enak iaitu sos cuka cili dalam gambar di atas dan sos kicap seperti gambar di bawah.
Rupa sumbat-sumbat setelah disiram dengan sos cuka cili dan sos kicap. |
Peria Sumbat |
Kopi Hitam Panas |
Walaupun rasa pedas tetapi kppi hitam panas ini menjadi penyelamat! Tak apa, minum kopi waktu pagi tidak menjejaskan waktu tidur malam!
Encik Suami - Bihun Goreng dengan Telur Mata & Terung Sumbat |
Firdaus - Mi Goreng, Wantan & Sayap Ayam Goreng |
Firdaus - Teh Ais |
Firdaus beli dua bungkus kuih yang dijual oleh seorang lelaki tua yang masuk ke restoran ketika kami sedang sarapan. Apa nama kuih ini? |
1 comments
Comel pula sayur sayuran tu disumbat²
BalasPadam