Dari Sabah ke Mexico hingga Eropah: Chicken Pasta Tuhau, Fajitas & Waffle with Ice Cream
6:30 PTGBismillahirrahanirrahim.
Pagi tadi teringin makan waffle, tapi hari ini kantin tidak jual pula. Jadi, hanya sarapan seketul ayam goreng sahaja. Adalah itu bahan untuk cari pasal untuk makan tengah hari... ahaks! Jadi kami singgah cari makan di Bandar Sri Perdana. Alhamdulillah, dapatlah makan waffle idaman selera!
Waffle with Ice Cream |
Encik Suami - Tuhau Chicken Pasta |
Tuhau Chicken Pasta ini kiranya menu ala fusion sebab gabungan masakan barat dengan citarasa tempatan. Menarik bukan apabila chicken pasta ditambah tuhau. Memang unik sebab tuhau, herba tradisi Sabah masuk dalam pasta. Tapi, tenggelam pula rasa dan aroma tuhau, kerana lebih kepada herba oregano yang lebih tajam. Apa pun rasanya memang menambat selera dengan bahan perencahnya termasuk ayam dan juga cendawan. Tambah lazat dengan adanya rasa masin-masin lemak dari keju parmesan.
Tuhau Chicken Pasta |
Rose Tea |
Rose Latte |
Rose Latte nampak menggoda dengan hiasan kelopak mawar kering di atas buih susu. Encik Suami suka betul minum Rose Latte.
Kita pula, mana kenyang dengan makan waffle saja. Tengok Encik Suami berselera menyuap Tuhau Chicken Pasta, kita pun nak tambahlah makanan lain... ahaks! Jadi, kita pun pesan menu ketiga kami iaitu Fajitas Wrap Smoked Duck.
Fajitas Wrap Smoked Duck |
Mexican - Texas : Fajitas Wrap |
Fajitas Wrap cukup lengkap dengan karbohidrat, protein dan fiber. Amie makan sebelah, dan sebelah lagi beri pada Encik Suami. Sewaktu Encik Suami makan Tuhau Chicken Pasta, banyak juga Amie kaut dari pinggannya! Amie pun tak larat hendak habiskan dua keping fajitas wrap. Syukurlah masih ada ruang kosong di perut Encik Suami untuk diisi.
Banyak hirisan itik salai yang dibungkus daun salad dalam gulungan tortilla. |
Waffle with Ice Cream |
Amie - Waffle with Vanilla Ice Cream |
Encik Suami - Waffle with Chocolate Ice Cream |
Kadang-kadang selera membawa kita mengembara jauh, bukan hanya ke satu negara, tapi merentas benua di atas satu meja. Bayangkan rasa pedas harum tuhau dari Sabah digabung dalam semangkuk chicken pasta, kemudian disusuli dengan fajitas wrap ala Tex-Mex (Texas -Mexican) yang hangat berempah. Akhir sekali, manisnya dilembutkan oleh hidangan penutup klasik Barat iaitu waffle aiskrim yang rangup di luar, sejuk berkrim di dalam.
Gabungan tiga hidangan ini mungkin nampak pelik pada awalnya, tapi sebenarnya di situlah terletak keistimewaan satu perjalanan rasa yang unik, dari tradisi tempatan hingga ke cita rasa antarabangsa.
Kami akhiri santapan tengah hari dengan bertukar-tukar rasa rose tea sejuk yang memberi rasa ringan dan segar. Rose latte sejuk pula lembut berkrim dengan harum mawar.
Sekian. Jumpa lagi.
3 comments
Dalam banyak banyak tu ...saya tertarik pasta tubau tu ...
BalasPadamMenarik kerana gabungan rare...
Popular betul tuhau, disebut² dalam bbrp entry Kak Amie kebelakangan ni :)
BalasPadamSy lebih tertarik dgn rose tea. Nampak manis warnanya tu, nyaman rasa di tekak
cantik nya gambar2 Amie. esp wafle tu. mcm nak makan je. tuhau? tak pernah tgk, tau, makan.
BalasPadam