Asam Rebus Batang Keladi : Nostalgia Kampung
9:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila tiada selera makan, macam-macamlah menu yang terbayang di mata yang boleh menambat rasa. Buka galeri HP, terjumpa gambar-gambar masakan Asam Rebus Batang Keladi pada bulan Mei lalu yang belum dijadikan entri. Sekali pandang, teringinlah pula hendak meratah sulur keladi dengan batang dan isi keladi. Hirup kuahnya yang masam-masam pedas, alangkah enaknya!
Tapi. siapalah yang hendak masakkan untuk kita? Telan air liur sajalah sambil tengok videonya... ahaks!
Asam Rebus Batang Keladi |
Asam Rebus Batang Keladi ini Amie hidangkan bersama nasi putih, sambal tomato, ikan goreng, telur masin dan ulam timun serta ayam masak halia. Ikan goreng itu tidak ingat apa namanya... ahaks!
In syaa Allah, apabila sudah betul-betul sihat nanti bolehlah cari batang keladi di pasar tani untuk masak asam rebus! Waktu kecil dulu, Bonda suka masak asam rebus gunakan daun asam (daun roselle).
Apabila Asam Rebus Batang Keladi terhidang di atas meja, seolah-olahnya kita sedang berada di rumah Bonda. Setiap suapan membawa bersama rindu pada air tangan Bonda. Ia bukan sekadar lauk orang lama, tetapi ia juga merupakan cerita tentang kehidupan penuh sederhana dan seadanya, tetapi mengenyangkan perut semua anak Bonda.
Menu nostalgia ini biarlah Amie simpan di sini buat kenang-kenangan. Tidak perlulah cerita tentang selera anak zaman sekarang. Dunia kita sudah jauh berbeza.
Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
Untuk resipi Asam Rebus Batang Keladi, bolehlah tonton video di bawah ini. Menikmati Asam Rebus batang Keladi ini akan lebih bermakna sekiranya ada gang satu kepala dan satu selera!
Video masakan Asam rebus Batang Keladi.
0 comments