Nasi Ayam Penyet
8:15 PTGSinggahlah kami di kedai makan berdekatan di Seri Perdana. Encik Suami memesan Nasi Ayam Penyet. Amie memesan Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang.
Encik Suami - Nasi Ayam Penyet RM16.00 |
Kata Pak Google, Nasi Ayam Penyet ialah hidangan dari Indonesia yang sangat popular di Malaysia, Singapura, dan juga Brunei. Maksud penyet dalam bahasa Jawa bermaksud penyek atau ditekan / leperkan. Jadi ayam penyet ialah ayam goreng yang diketuk atau ditekan sedikit supaya lebih lembut dan mudah dimakan, agar kuah sambalnya lebih meresap.
Nasi Ayam Penyet terdiri dari nasi putih, sambal belacan,ulam timun, kacang panjang, kubis mentah, tempe dan tauhu goreng. Kadang-kadang ada sup kosong. Ciri khas ayam penyet terletak pada ayam goreng yang garing di luar, lembut di dalam, dan sambalnya yang pedas menyengat.
Sambal belacan Nasi Ayam Penyet ini memang pedas menyengat. |
Amie - Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang - RM16.00 |
Ekor ikan bolu goreng sampai mencecah meja! |
Chinese Tea |
Tidak ketinggalan, wantan goreng inti udang cincang - RM11.90. |
Amie cadangkan beli sahajalah buah epal dengan oren. Tak perlulah di belah atau dipotong-potong. Bawa bulat-bulat begitu dalam bakul!
Bakul buah-buahan. |
Sekian.
Coretan Nasi Ayam Penyet di hari Jumaat meleret sampai ke sekolah agama!
2 comments
Kekadang confuse jugak penyet, gepuk, geprek. Tengok lebih kurang je semua.
BalasPadamWanten goreng..suka makan rangup..sajian special makan tengahari..
BalasPadam