Makan Tengah Hari di Tawau Cocoa Cafe
9:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Selasa, 16 September 2025. Kami daftar keluar Shervinton Hotel pada pukul 11:00 pagi. Kemudian singgah di pasar raya untuk mencari barang, tapi tak jumpa. Beli sahajalah buah epal hijau dengan pisau. Boleh kupas dalam kereta dan makan.
Perut masih belum rasa lapar. Kami menuju ke Teck Guan Cocoa Village. Sengaja menuju ke situ untuk makan tengah hari. Melihat tempat letak kereta penuh, sudah dapat agak tentu restoran pun penuh juga! Tidak apa. Perut masih belum beri isyarat!
Set Merdeka Kampung Classic |
Seperti yang dijangkakan memang Tawau Cocoa Cafe penuh dengan pelanggan. Sebahagian besarnya sedang duduk menanti pesanan hidangan tiba di meja masing-masing. Syukurlah ada meja kosong di sudut paling hujung. Dapatlah kami duduk di situ. Dan apabila memesan makanan di kaunter, ada yang tidak boleh dihidangkan kerana masalah bekalan elektrik terputus.
Dan, hidangan kami tiba setelah lebih satu jam menunggu!
Tidak ada rasa hendak marah atau melenting kerana faham semua pelanggan pun bersabar menunggu pesanan masing-masing.
Tidak ada rasa hendak marah atau melenting kerana faham semua pelanggan pun bersabar menunggu pesanan masing-masing.
Nampaknya kali ini merupakan kali kedua kami datang ke sini. Entri ke Teck Guan Cocoa Village sebelum ini:
Kali ini walaupun datang hanya untuk makan tetapi kena beli tiket masuk juga, RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.
Hendak beli aiskrim pun tak dapat! Masalah bekalan elektrik terputus juga kah... ahaks!
Boleh tuntut minuman koko menggunakan tiket masuk tadi.
Firdaus - Dalgona Cocoa Latte |
Amie - Merdeka Flower Tea |
Merdeka Flower Tea |
Encik Suami - Honey Lemon Tea |
Firdaus - Fried Chicken with Fries |
Encik Suami - Fish & Chips |
Kata Encik Suami, kenyang betul makan Fish & Chips sebab sebelum makanannya sampai Encik Suami tolong makan ayam dan kentang goreng Firdaus.
Yang menariknya, Fish & Chips disertai dengan salad campuran tomato dan nanas. Ada rasa masam manis yang seimbang dalam hidangan itu.
Amie - Merdeka Kampung Classic |
Dua keping roti canai. |
Ketika Merdeka Kampung Classic sampai ke meja, sempat pekerja kafe berkata : Ini sedap! Memang sedap!
Apa yang sedap?
Merdeka Kampung Classic mengandungi :
Merdeka Kampung Classic mengandungi :
- Roti Canai
- Kari Ayam
- Kuah Dal
- Keropok Lekor & Sos
- Acar Nanas
Keropok Lekor |
Kari Ayam |
Acar Nanas |
Dalam dulang Merdeka Kampung Classic tidak ada yang tidak sedap. Semuanya cukup rasa dan sempurna. Kuah kari sangat enak, roti canai panas dan lembut! Apabila cecah dengan kuah dal, rasa tidak mahu berhenti menyuap ke mulut. Keropok lekor pun sedap sangat cecah dengan sosnya. Uniknya sebab ada acar nanas! Memang menarik sungguh hidangannya dengan kombinasi yang di luar jangka. Acar nanas yang masam manis misalnya sesuai sangat dijadikan penutup makanan yang penuh lemak untuk mengimbanginya.
Alhamdulillah.
Semua kekenyangan!
Semua kekenyangan!
Sempat singgah di kedai dan beli Cocoa Susu. Kali pertama sampai sini Amie tersilap beli. Hendak beli Cocoa Susu terambil White Coffee!
Cocoa Susu |
Belum lagi rasa Cocoa Susu sebab bekalan air masih terjejas. Malas hendak masak air. Harapnya esok ada air.
Sempat ambil gambar pokok jerangkung di simpang masuk Cocoa Village! |
Petang itu kami terus ke Semporna. Seperti biasa, memang ingin walk in Seafest Hotel saja, tapi penuhlah pula. Tidak apalah. Bukan hendak sungguh-sungguh pun bermalam di Semporna. Sama juga keadaan di Semporna dengan di Tawau. Tidak ada bekalan elektrik. Lagi pun melihat kesesakan jalan raya dan banyak pelancong dari China, baiklah patah balik ke pangkal jalan. Akhirnya malam itu kami pulang juga ke LD.
1 comments
Menariknya kat sini Kak Amie...lapar perut SA tengok semua makanan tu....
BalasPadam