Nasi Ayam Gesek & Soto Jawa
7:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Singgah makan di D'Chendol Bandar Sri Perdana, Encik Suami hendak makan Nasi Ayam Gesek pula. Di sini ada Nasi Ayam Penyet Sambal Ijo dan Nasi Ayam Gesek. Kata Encik Suami, asyik makan ayam penyet saja, cuba pulalah Nasi Ayam Gesek. Pertama kali Amie dengar perkataan 'gesek' terbayang pula ikan kering atau sambal gesek. Maaf, Amie tak pernah makan sambal gesek! Hanya dengar namanya saja.
Amie pula pada mulanya hendak makan Soto Banjar, tapi apabila terlihat ada Soto Jawa jadi Amie pilih Soto Jawa. Agak-agak sama tak Soto Jawa dengan soto di tempat kita?
Seperti biasa, Amie memang suka mencari tahu (pinjam bahasa Indonesia) atau menambah info tentang menu yang kami nikmati. Menurut Pak Google, ayam gesek ialah sejenis hidangan ayam pedas dari Jawa Tengah, Indonesia, khususnya di Solo.
Asalnya ayam gesek ialah ayam kampung atau ayam biasa yang sudah direbus atau diungkep hingga empuk. Daging ayam itu kemudian disuwir (disiat-siat / digesek)) sehingga terurai seperti serat. Dari situlah asal nama gesek iaitu ayam yang disiat dengan tangan atau digesek dengan garpu. Kemudian ayam suwir tadi ditumis atau digoreng bersama sambal pedas, biasanya gunakan cili padi merah, bawang merah, bawang putih, dan rempah lain.
Rasanya pedas, gurih, dan wangi, hampir mirip dengan ayam suwir sambal tetapi lebih pekat rasa rempah dan lebih pedas. Ayam gesek ini biasanya dimakan dengan nasi panas, ulaman, dan sambal tambahan.
| Ayam Gesek D'Chendol Sri Perdana |
| Nasi Ayam Gesek didatangkan bersama daun salad, sehiris timun, sekeping tempe dan terung goreng serta keropok. |
| Set Nasi Ayam Gesek dengan semangkuk kecil sup kosong. |
Kami memesan ABC Buah.
| ABC Buah. |
| Sup Tulang |
Pesan juga menu tambahan iaitu Sup Tulang. Sup Tulang ini bukan tulang semata tetapi ada taugeh, sayur kobis dan sawi. Sup Tulang bersama taugeh ini Amie selalu jumpa di Indonesia terutamanya di Surabaya yang dipanggil sup rawon!
Biasanya disertakan dengan nasi putih tapi kami tidak mahu. Kononnya hendak meratah sahaja. Kicap lada tidak disertakan dalam hidangan kerana di atas meja sudah tersedia tiga jenis lada / sambal / kicap dan sos serta cuka.
| Dagingnya sudah terlerai dari tulang. Lembut! |
| Soto Jawa |
Inilah rupa Soto Jawa. Pertama kali nampak, terkejut juga nampak beza dengan soto di tempat kita. Mari kita tanya Pak Google apa beza Soto Jawa dengan Soto di Malaysia. Kata Pak Google:
Soto Jawa (Indonesia) kuahnya kuning atau bening, dari rebusan ayam atau daging dengan rempah kunyit, lengkuas, serai, ketumbar, bawang. Isi utam ayam, daging sapi atau kerbau. Pelengkap Soto Jawa terdiri dari bihun, taugeh, kentang goreng nipis, telur rebus, koya (serbuk keropok udang + bawang putih goreng), sambal dan kicap manis. Ada aroma wangi rempah, rasa lebih natural dan segar.
Soto Malaysia (Soto Melayu)
Kuahnya lebih pekat dan berempah, kadang-kadang ada sedikit rasa sup ayam atau sup tulang Melayu. Isi utamanya, ayam rebus dan dicarik. Pelengkap Soto Malaysia terdiri dari nasi himpit, suhun, begedil kentang, sambal kicap cili, bawang goreng, daun sup, limau kasturi. Soto Malaysia lebih berat dan mengenyangkan sebab ada nasi impit dan begedil kentang.
| Soto Jawa |
Amie lihat Soto Jawa di LD sudah bercampur aduk! Barangkali disesuaikan dengan selera tempatan. Soto Jawa yang dihidangkan mengandungi kentang goreng, nasi himpit, suhun, telur rebus, ayam goreng carik, kobis dan taugeh. Ada kacang tanah juga!
| Soto Jawa penuh semangkuk, sarat dengan pelbagai isi sampai termengah-mengah untuk menghabiskannya! |
Sekian, coretan tentang Nasi Ayam Gesek dan Soto Jawa di D'Chendol Bandar Sri Perdana.
26 comments
Kita terus terbayang iwak gesel je..Kikiki...
BalasPadamSoto ada begedil lagi sedap
Kan, ingatkan gesek tu iwak ye.
PadamKeturunan yang sama la tu kot gesek, penyet, geprek, gepuk. Macam2 nama.
BalasPadamKira berkeluargalah juga kan. Ada ayam, ada sambal.
PadamSedapnya ABC buah tu...
BalasPadamsaya ingatkan kalau sambal gesek tu macam sambal totok jawa..
Banyak jenis soto kat Sabah kan...
Tapi apapun saya puas hati sebab dah merasa coto makassar🤭😍
Oh, saya keturunan Jawa tapi tak pernah tengok sambal gesek hihihii.
PadamSekali lagi persembahan maya di blog Amie..hebat..perkongsian sajian makanan yang pasti memberi inspirasi kepada pembaca dan blogger lainnya. Cara menggambar hebat. Tahniah..
BalasPadamTerima kasih saudara Etuza.
PadamBiasa-biasa saja, seadanya.
https://madey09.blogspot.com/2025/09/blogger-terkenal-perlu-amalkan-blog.html
BalasPadamklik baca di blog Etuza.
Terima kasih.
PadamPernah pergi ke bandung sekali nampak ada menu soto jadi cubalah nak rasa kan sekali huwaaaa Sotonya kok ada nasi dengan sup. Dah le terbayang soto kat malaysia bila dapat soto di bandung huwaaaaa tak sama dan lain rasanya. Tapi takpe kita cuba. Akhirnya soto malaysia lah paling win hehehehe
BalasPadamSamalah juga dengan saya Notie. Waktu di Kalimantan, dalam perjalanan balik dari Tenggarong ke Balik Papan, singgah warung makan. Kami order soto. Ingatkan sama macam soto kita. Sekali sampai sotonya kok bernasi. Namanya Soto Lamongan, katanya tour guide kami.
Padamsoto jawa tak pernah makan pun, mi jawa pernahlah. mujur juga ayam gesek tu nampaklah juga ada rupa digesek. Ada juga yang jual ayam penyet tapi bila sampai tak penyet langsung ayamnya. Faham ke tidak agaknya penjual itu akan maksud penyet.
BalasPadamRupanya Soto Jawa berbeza dengan soto di tempat kita. Entahlah, semua ayam macam sama sahaja, namanya berbeza.
PadamAyam Gesek D'Chendol sedapnya nampak, tapi semuanya pun rasa sedap lah Kak Amie
BalasPadamAlhamdulillah. Syukur rezeki makan tengah hari.
Padamsaya kalau dengar perkataan gesek ni, mesti terfikir pedas. yg ni sambalnya diletak atas ayam, ala2 ayam geprek jugaklah
BalasPadamHeheee...semua macam nampak sama kan Mazni.
PadamNasi ayam gesek saya tak pernah jumpa pula di sini. Wah, sedapnya, hirup sup tulang panas-panas.
BalasPadamMacam-macam nama nasi ayam kan Nur.
Padamayam gesek susah juga nak sediakannya kena suwir pula
BalasPadamBetul Kak PI, tapi tang ini tak disuwir pula.
PadamOhh gesek lah pulak. Biasa dengar penyet, geprek dan gepuk sahaja. Sambal gesek pernahlah dengar juga.
BalasPadamOhh begitu kisahnya asam gesek. Barulah tahu. Terima kasih kak Amie cari tahu dan beritahu kami. Set nasi ayam gesek lebih kurang nasi ayam penyet, gepuk dan penyet ada tauhu tempe bagai.
Best betul ABC meriah dengan buah-buahannya. Sedapnya soto penuh rencahnya. Puas makan. Sup jenis daging lembut dan mudah terlerai tu memang layan. Fuhh confirm penuh perut makan hidangan berkuah ni.
Tapi indonesia ada pelbagai jenis soto mengikut daerah kan kak
BalasPadamKak Amie, suami saya orang solo, saya pun sering mudik kesana. Tapi jujur tak pernah tahu ada kuliner ayam gesek di solo 😅😅😅. Dah saya browsing di mana dijual, tp yg ada ayam geprek semua 😄. Cuma memang pernah ada sejenis ayam geprek, tp disuwir. Lalhksh sambal. Hanya saja namanya tetep ayam geprek.
BalasPadamNah bicara soto, antara Jawa dan Sumatra itu beda sangat sotonya. Jangankan sumatera, soto Jawa tengah dengan soto Jawa timur, juga beda.
Krn saya orang sumatera, jadi saya terbiasa dengan soto Sumatra yg pakai santan atau susu kuahnya. Lebih gurih, Umami. Disajikan dengan nasi atau lontong. Sedaaap.
Trus saya pindah ke jakarta, dan dapat suami solo , Jawa tengah. Langsung dikenalkan dengan soto Jawa yg bening, light tapi Umami.
Krn light dan bening, soto di Jawa tengah memang sesuai utk sarapan. Supaya perut tak begah. Di Jogja sama, sotonya bening.
Kalo Jawa timur, soto dia berat, lebih mirip soto Malaysia. Tapi bedanya Pakai tambahan Koya. Koya ini kerupuk udang yang dihancurkan jadi bubuk.
So, saat makan soto Jawa timur, koya tadi dicampur ke kuah. Sehingga kuah lebih pekat. Tapi tidak pakai santan.
Kalo ditanya, saya suka mana? Saya suka semuanya 😅. Lidah saya memang mudah beradaptasi. Di Makasar pula sotonya disebut Coto. Itupun sedaap 😄
Eh tapi kalah rawon di sini kuahnya hitam kak. Krn pakai kluwek.
SA ingat sambal gesek..rupanya lain...soto jawa tu nampak sedap betul
BalasPadam