Makan Tengah Hari di Morifood Restaurant Arab
12:41 PTGSelepas solat zohor kami tiga beranak keluar mencari makan... ahaks! Encik Suami tanya hendak makan di mana. Amie kata, kita ronda-rondalah di bandar dan tengok-tengok mana-mana kedai makan yang terang. Itu bermakna kedai tersebut mempunyai bekalan letrik dari generator sendiri. Memang nampak jelas dari jalan raya mana-mana restoran yang kelihatan gelap, kipas tidak berpusing dan pelanggan memilih untuk makan di meja luar kedai.
Amie cadangkan untuk makan di Morifood Restaurant Arab sahaja. Sampai di sana, penuhlah pula ruang makan di tingkat bawah. Kalau hendak makan di ruang atas, takut pula kepanasan! Melihat lampu terang dan kipas berpusing di tingkat bawah, kami tanya adakah di tingkat atas kipas dan lampu hidup? Alhamdulillah, ada bekalan elektrik dari generator di tingkat atas.
Bukan sahaja terang, pengdingin hawa pun berfungsi. Di tingkat dua pun pelanggan penuh di setiap bilik makan. Mujurlah ada satu bilik kosong, jadi kami pun terus masuk ke situ.
Set Nasi Arab Lamb |
Ambil gambar hiasan dalam bilik sementara menanti hidangan tiba. Handsome Pak Arab sedang masak air di padang pasir!
Dalam talam, disertakan sekali kari kentang. |
Encik Suami sukakan acar timun ini. Sedap, katanya. |
Sambalnya pun memikat selera, cukup rasa! |
Bismillah. |
Popia |
Pastil Inti Bihun |
Egg Tart Portuguese & Cream Brulee |
0 comments