Resipi Taugeh Masak Lemak Putih

3:18 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masak apa tengah hari di hujung minggu untuk keluarga? Mungkin ada yang bawa keluarga tersayang makan di luar. Hari ini Amie tak masak, beli sahaja. Dan masih lagi menyiapkan kerja-kerja online. Jadi, memang tidak ada masa hendak bersilat di dapur. 

Letih menatap skrin sambil mengunci masuk data, berehatlah seketika. Belek-belek HP, jumpa gambar-gambar lama dan buatlah entri untuk seronok-seronok. Amie buat paparan masak-masak untuk hidangan keluarga. Tidaklah istimewa sangat, sekadar kongsi resipi Taugeh Masak Lemak Putih, masakan orang kampung.  Seperti biasa, Amie masak sekali harung untuk makan tengah hari dan malam.

Taugeh Masak Lemak Putih


Hidangan lengkap:

  • Nasi Putih
  • Taugeh Masak Lemak Putih
  • Ikan Basung @ Selayang Goreng
  • Ikan Layar Masak Lada Putih
  • Ulam Daun Salad & Tomato ceri
  • Sambal Belacam

Video Taugeh Masak Lemak Putih



Resipi Taugeh Masak Lemak Putih
Bahan-bahan:
  • 2 cawan taugeh
  • 1 keping tauhu - belah 12
  • 5 batang putik jagung - belah 2
  • 3 pelepah kobis cina - potong ikut suka
  • 1 cawan udang basah
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 1 tangkai cili hijau - hiris
  • 700 ml santan - kisar dari 1/2 biji kelapa
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
Cara memasak:
  1. Masukkan santan ke dalam periuk. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan bahan tumbuk.
  3. Apabila santan mula mendidih, masukkan tauhu, kobis cina, outik jagung dan udang.
  4. Kemudian masukkan taugeh, cili hiris dan tambahkan garam / perasa pilihan.
  5. Biarkan masak seketika sehingga mendidih sekali lagi, sambil kacau kuah  supaya tidak pecah santan dan apabila sayur-sayuran kelihatan layu, padamkan api dapur.
Bismillah


Nasi Putih

Ikan basung @ Ikan selayang goreng garam kunyit.

Ikan layar masak lada putih.

Selalunya Amie masak ikan layar gunakan bahagian isi, tetapi yang ini Amie cuba masak bahagian kepalanya pula. Resipinya sudah tentulah ikut cara arwah MIL. Hasilnya, masakan nampal berlemak serta beraroma halia dan lada putih yang kuat!  Gauol nasi putih dengan kuahnya saja pun sudah cukup sedap.

Ulaman - Daun Salad & Tomato Ceri

Sambal Belacan


Melihat hasil gambar masakan sendiri, mulalah timbul selera untuk makan! Nantilah, apabila sudah ada kelapangan waktu bolehlah masuk dapur dan masak menu yang disukai.


Jemput ye!


Alhamdulillah.

6 comments

  1. Hari ni masak lunch nasi minyak. Menyelerakan la menu kak amie ni.

    BalasPadam
  2. sedapnya menu lengkap lama xmkn msk lemak taugeh

    BalasPadam
  3. Hari ni saya bernasi khao mok lagi. Bungkus juga. hihi..Bila cuti beginilah cuti masak juga. Sesekali cuti masak bila busy kan kak Amie. Selain kobis masak lemak putih, umbut kelapa masak lemak putih, saya suka juga taugeh masak lemak putih ni. Campur macam-macam rencah pulak tu. Lagilah sedap. Biasanya dengan tauhu je. Masakan lemak putih, ada ikan goreng dan sambal belacan pun dah cukup berselera makan. Takpe kak Amie. Lepas ni ada kelapangan boleh kembali masak di dapur.

    BalasPadam
  4. Masak lemak taugeh putih ni, kalau saya meratah macam tu je.

    BalasPadam
  5. Masak lemak taugeh + sambal belacan + ikan goreng... bahaya... bahaya😅

    BalasPadam
  6. Masak lemak tauge Kak Amie ni tak kosong; ada udang, kobis segala selain tauge. Regu dgn ikan goreng ya ampunnnn sedapnya!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe