Kudapan Petang di Hari Cuti
5:43 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun cuti tetapi lebih selesa duduk di rumah, menyiapkan kerja-kerja online dan pelbagai laporan. Buat sikit-sikit. Kalau penat atau bosan, baring-baring dulu. Kemudian tulis entri atau blogwalking sebentar. Beberapa hari ini Amie tidak masak di dapur. Biarlah Encik suami urus dapur pula. Biasanya kalau waktu pagi, Encik Suami tanya nak sarapan apa? Nanti dia pergi belilah. Kita pun makan sajalah apa yang dibelinya.
Waktu makan tengah hari, Encik Suami masak nasi, goreng ikan layar dan masak sayur baby kailan dan sediakan kicap lada. Alhamdulillah, sedap makan nasi lauk masih panas hasil air tangan Encik Suami.
Waktu petang, rajin juga Encik Suami cari kudapan. Biasanya Firdauslah yang tukang habiskan! Biarlah, badan sedang hendak naik dan tengah berselera pula.
Antara kudapan yang Encik Suami beli hari ini termasuklah karipap pastil dan popia. Karipap pastil ini makanan tradisional masyarakat Suluk di Sabah. Intinya bihun dan dimakan bersama sos cuka atau sambal lada.
Karipap Pastil |
Sos Cuka @ Sambal Lada |
Pipia |
Sambal Popia |
Lemon Panas |
Oleh kerana Firdaus suka makan popia, di mana jumpa popia di situlah Encik Suami beli. Firdaus pun memang tak pernah tolak apa juga jenis popia, baik popia inti sayur, carbonara dan lain-lain. Pokoknya, kulit popia! Jadinya, memang hari-harilah ada popia di dapur! Di bawah ini gambar popia kelmarin dulu.
Mangga manila sudah semakin berkurangan. Hari ini Encik Suami kutip empat biji sahaja. Isinya masih manis leting seperti sebelumnya.
Mangga Manila |
0 comments