Jom Menyendol di Cendol Batu Gajah Corner
8:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya minggu lepas kami tersalah masuk kedai makan. Sepatutnya hendak singgah makan di Cendol Batu Gajah Corner, tapi termasuk pula ke D'Chendol di sini: Jelajah Rasa Nusantara dalam Satu Hidangan : Dari Cendol ke Coto. Jadi, keesokan harinya iaitu hari Jumaat barulah kami berkesempatan menyendol di Cendol Batu Gajah Corner di Bandar Seri Perdana.
Cendol Special |
Cendol Special yang dihidangkan memang kaw-kaw! Gabungan rasa dalam semangkuk termasuklah:
- Pulut, rasa lemak, kenyal, dan mengenyangkan.
- Cendol, lembut, wangi pandan, jadi jiwa dalam semangkuk Cendol Special.
- Buah kabung, ada tekstur garing dan kenyal, rasa manis semulajadi, dan menyegarkan.
- Jagung krim, manis lemak, jadi kontras rasa sedap apabila bercampur santan.
- Kacang merah, lembut berkrim, tambah rasa 'berat' dan klasik.
Apabila semua bercampur dengan santan lemak manis bersama gula melaka pekat, hasilnya memang harmoni!
Cendol Special RM13.00 |
Amie - Bihun Goreng Daging RM13.00 |
Bihun Goreng Daging, lembutnya hirisan daging, rasa lebih umami dan berlemak. ada rasa kicap manis-asin. Apabila bubuh sedikit cili lada, terasa pedas menusuk, seperti 'booster' apabila cecah sedikit dengan bihun, terus jadi lebih padu. Apalagi ketika menghirup semangkuk kecil sup kosong sebagai penyeimbang, rasa ringkas masin, manis bawang putih bawang merah goreng turut menyegarkan tekak.
Sepinggan Bihun Goreng Daging bersama semangkuk sup kosong. |
Encik Suami - Kuetiaw Basah RM13.00 |
Nampaknya udang segar menonjol sebagai hero dalam sepinggan Kuetiaw Basah. Sudah tentulah Encik Suami berpuas hati dengan rasa kuahnya yang sempurna, ditambah dengan sayur sawi segar kegemarannya, Kuetiaw Basah ini diiringi dengan semangkuk kecil sup kosong juga.
Adapun harga setiap menu yang kami pesan RM13.00. Jadinya RM13.00 X 3 = RM39.00
Petang Jumaat itu, sempat kutip buah mangga manila. Cantik luar dan dalamnya. Terima kasih jiran, terima kasih Allah atas rezeki yang tidak pernah putus ini.
Mangga Manila |
8 comments
ingat kan cendol Batu Gajah tu di Perak...hihihi
BalasPadamSemua menu nampak sedap...cendol tu...erm...terliur..nak -nak ada buah kabung kan...
BalasPadamCendol ada buah kabong ...x pernah jumpa lagi..
BalasPadamcantik betul bila ada buah kabung dalam cendol
BalasPadamSedap pekena cendol di cuaca panas terik.
BalasPadamTak habis lagi buah mangga Manila, sungguh lebat buahnya dapat sy bayangkan. Cendol dan mihun betul² buat sy rasa lapar sampai nak terkam tapi dapat terkam di ponsel sajalah nampaknya.
BalasPadamRalat berlaku semasa menerbitkan ulasan. Betul ke tak ada Komen sy masuk ni, Kak Amie. Alaaa...
BalasPadamtk mkn buah gabung..cendol makan
BalasPadam