Sarapan Apa di Portugal?
8:46 PGBegitulah. Kalau hendak mengembara melihat negeri orang kena terima hakikat lain padang lain belalang. Tak boleh layan makanan yang berbeza, kenalah bawa makanan dari tempat sendiri.... ahaks! Namun bagi Amie, inilah peluang untuk mengalami dan merasai kelainan budaya di tempat orang. Kesempatan yang datang bukan selalu. Tidak dapat jamah nasi setiap hari bukanlah sesuatu yang menyukarkan kerana ada pilihan makanan lain yang disajikan. Terpulanglah kepada penerimaan tekak masing-masing kerana selera kita berbeza.
Pagi di Portugal, terkejut juga melihat ada perkataan 'sarapan' di dewan makan! Banyak perkataan lain yang Amie tidak pasti dari negara mana tetapi membawa maksud yang sama iaitu 'breakfast'.
Jom sarapan. |
Berganbar di balkoni Hotel Laitau. |
- Pão Alentejano➝ Digunakan untuk sup tradisional seperti açorda (sup roti dengan telur & bawang putih) dan sopa alentejana.
- Broa de Milho (roti jagung)➝ Dimakan bersama sup kacang (caldo verde) atau hidangan ikan rebus.
- Papo-secos / Carcaça ➝ Paling biasa untuk sarapan & sandwich
- Bola de Caco (Madeira)➝ Selalu dimakan panas dengan bawang putih & mentega, juga sesuai jadi roti sampingan untuk daging panggang.
- Pão de Mafra ➝ Digunakan untuk hidangan seharian, dimakan dengan keju, sup atau hanya dengan minyak zaitun.
- Broa de Avintes ➝ Roti gelap padat, sesuai dengan ikan bakar, sardine, atau sup.
- Folar (roti Paskah) ➝ Versi manis dimakan masa perayaan (bersama kopi/teh), versi masin berisi daging dimakan di majlis keluarga.
- Regueifa ➝ Roti bulat spiral, kadang jadi hadiah perkahwinan atau perayaan, dimakan bersama madu atau mentega.
- Pão com Chouriço ➝ Roti berisi sosej chouriço, dimakan panas sebagai snek jalanan atau di festival.
- Cacete / Baguete Portugal ➝ Mirip baguette Perancis, digunakan untuk sandwic cepat & roti makan malam.
Portuguese Sweet Bread |
Broa de Milho - Roti Jagung |
Pão Alentejano |
Kek ini laku keras! Tinggal sepotong dalam dulang tetapi tidak lama kemudian diisi semula. |
Antara kedua-dua mesin minuman, sudah tentulah pilih yang di sebalah kiri. |
Yogurt untuk bekalan malam nanti. |
Pelbagai jenis jem dan manisan untuk disapu pada roti. |
Roti Bulan Sabit Portugal. |
Alhamdulillah. Sudah isi perut. Semoga kenyang sampai tengah hari. |
Mari naik bas. |
1 comments
Selain seronok mengembara di tempat orang. Kita boleh rasa macam-macam jenis makanan. Rugilah kalau jenis cerewet pasal makanan tak boleh nak cuba makan itu ini.
BalasPadamMenarik dekorasi ruang makannya. Macam-macam perhiasan ada. Kek butter ke tu yang terlajak laris. Buah-buahan segar jadi pilihan utama. Cantik permandangan dari balkoni tu. Tak tinggi sangat tapi masih dapat menikmati permandangan indah.