Bismillahirrahmanirrahim.Rasa bosanlah pula menyiapkan kerja menoreh apabila sudah larut malam. Eloklah berehat seketika dan dan tulis entri. Kali ini Amie hendak cerita tentang ikan pula, tetapi bukan ikan segar dari laut. Mari kita berkenalan dengan tiga jenis ikan yang Amie temui di Tamu Kota Belud yang tidak biasa kita lihat atau makan. Ketiga-tiganya ialah:Ikan PangiIkan LikingIkan SalaiPelbagai jenis ikan kering @ masin yang cantik-cantik!Ikan...
Bismillahirrahmanirrahim.Jumpa lagi!Hari ini Jumaat. Sudah sembilan hari kita menunaikan ibadat puasa. Semoga setiap hari yang dilalui dilimpahi dengan keberkatan dan dipermudahkan segala urusan. In syaa Allah. Jangan lupa selalulah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dalam al-Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman, maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada nabi. Wahai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."An-Nasai...
Sewaktu jalan-jalan di Tamu Kota Belud, ternampak warung makan pula. Perut belum diisi. Baiklah singgah cari kopi barang secawan. Agak ramai jugalah pelanggan yang sedang menjamu selera di gerai pilihan.Setiap meja dilengkapi dengan gelas, minuman kosong, pelbagai perasa tambahan seperti kicap lada dan sebagainya. Nampak kemas dan menarik perhatian pelanggan yang datang.Firdaus pula buat hal. Tak mahu berganjak dari tempat penjual latok-latok. Lama...
Bismillahirrahmanirrahim.Terpesona melihat tudung saji warna-warni di Tamu Kota Belud. Nampak halus anyamannya. Tapi tak boleh pandang lama-lama takut terpikat terus nak angkut bawa balik! Selain tudung saji, ada pelbagai jenis hasil kraftangan lain yang cantik-cantik.Kraftangan Tamu Kota BeludDi hadapan pintu masuk Tamu Kota Belud pun ada replika tudung saji.Tudung saji gergasi, mercu tanda di Arked Kota Belud.Cantik bakul anyaman ini. Bertambah cantik kalau...
Bismillahirrahmanirrahim.Buka puasa apa hari ini?Amie masak nasi, buat sambal ikan belais dan sayur lemak macam-macam bahan! Bekalan sayur sudah habis, jadi selongkarlah peti sejuk dan jumpa lebihan kobis, lobak merah, sawi dan udang. Cari bahan tambahan lain, terjumpa suhun dan fucuk tauhu dalam kabinet dapur. Apabila siap semua bahan, tiba-tiba teringat tidak ada santan kotak. Selongkar lagi peti sejuk dan terjumpa seketul kelapa...
Bismillahirrahmanirrahim.Apabila terpandang daun nipah kering bergulung-gulung kemas dalam ikatan, teringat rokok daun yang arwah Ayahanda pernah hisap zaman dahulu. Kita tukang beli daun rokok, tembakau dan cengkih di kedai. Kalau bulan puasa, sementara menunggu waktu berbuka, arwah Ayahanda akan gunting nipis-nipis cengkih, bubuh tembakau di atas daun nipah dan beri inti hirisan cengkih. Kemudian digulung-gulung dan disusun kemas dalam kotak.Itu cerita dulu, cerita...