Nasi Ayam Penyet

8:15 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita hari Jumaat. Waktu pagi dalam perjalanan ke ladang, nampak pancutan air di tepi jalan membasahi jalan raya. Rupanya batang paip besar pecah. Entah sejak bila kejadiannya. Akibatnya, pada hari itu bekalan air terputus! Balik dari ladang kononnya hendak masak, tapi terpaksa melencong ke kedai makan untuk cari alas perut.

Singgahlah kami di kedai makan berdekatan di Seri Perdana. Encik Suami memesan Nasi Ayam Penyet. Amie memesan Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang.

Encik Suami - Nasi Ayam Penyet RM16.00

Kata Pak Google, Nasi Ayam Penyet ialah hidangan dari Indonesia yang sangat popular di Malaysia, Singapura, dan juga Brunei. Maksud penyet dalam bahasa Jawa bermaksud penyek atau ditekan / leperkan. Jadi ayam penyet ialah ayam goreng yang diketuk atau ditekan sedikit supaya lebih lembut dan mudah dimakan, agar kuah sambalnya lebih meresap.

Nasi Ayam Penyet terdiri dari nasi putih, sambal belacan,ulam timun, kacang panjang, kubis mentah, tempe dan tauhu goreng. Kadang-kadang ada sup kosong. Ciri khas ayam penyet terletak pada ayam goreng yang garing di luar, lembut di dalam, dan sambalnya yang pedas menyengat.


Beginilah rupa ayam penyetnya. Sekarang sudah tidak kisah apa itu ayam penyet, ayam geprek atau ayam gepuk. Tidak nampak dengan jelas identiti atau ciri sebenar jenis-jenis masakan ayam itu. Kalau di LD, kira pesan ayam penyet, serupa  ayam geprek, ayam geprek itu pula serupa ayam gepuk pula. Sama sahaja. Sambalnya pun lebih kurang juga. Cuma sayang sekali, sepatutnya para peniaga perlu kekalkan ciri sebenar masakan mereka berdasarkan namanya. Nampaknya bukan Amie sahaja yang keliru, malah rakan-rakan blogger pun sama... ahaks!

Sambal belacan Nasi Ayam Penyet ini memang pedas menyengat.

Amie - Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang - RM16.00

Ekor ikan bolu goreng sampai mencecah meja!


Sama seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang didatangkan bersama sambal belacan, hirisan timun, tempe dan terung goreng.


Oleh kerana Encik Suami tidak tahan pedas sambal belacan, jadi diberikannya pada kita. Memang pedas sangat! Syukurlah Encik Suami memesan Chinese Tea. Memang ngam betullah makan pedas-pedas disulami dengan minum teh panas untuk kurangkan kepedasan! Hadoi... meleleh air mata, meleleh air hidung oi!

Chinese Tea

Tidak ketinggalan, wantan goreng inti udang cincang - RM11.90.

Petang Jumaat itu, sekolah agama Firdaus menganjurkan solat hajat selepas solat maghrib di masjid untuk calon SRU. Firdaus pula tidak beritahu guru sekolah agamanya suruh bawa makanan atau minuman. Tak sempatlah kami hendak tempah makanan. Hendak masak pun tak sempat juga sebab selain tidak ada bekalan air. Encik Suami pula perlu segera mengambil Firdaus di sekolah. Akhirnya kami singgah pasar raya. Encik Suami sponsor beberapa jenis air kotak dan Amie sponsor buah. Kononnya hendak beli buah anggur tapi sebiji pun tidak ada! Senang hendak makan, tak perlu dipotong-potong.

Amie cadangkan beli sahajalah buah epal dengan oren. Tak perlulah di belah atau dipotong-potong. Bawa bulat-bulat begitu dalam bakul!


Bakul buah-buahan.

Encik Suami ambil Firdaus dari sekolah agama tetapi tidak sempat balik ke rumah kerana masalah kesesakan lalu lintas. Dibawanya Firdaus ke rumah kakak ipar untuk mandi dan tukar pakaian. Rupanya air pun terputus di rumah kakak ipar! Akhirnya Firdaus hanya tukar pakaian dan kembali semula ke sekolah agama bersama Encik Suami.

Sekian.
Coretan Nasi Ayam Penyet di hari Jumaat meleret sampai ke sekolah agama!

2 comments

  1. Kekadang confuse jugak penyet, gepuk, geprek. Tengok lebih kurang je semua.

    BalasPadam
  2. Wanten goreng..suka makan rangup..sajian special makan tengahari..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe