Masak Kari Ketam di Hari Sabtu

7:24 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 11 pagi tadi, Encik Suami sudah keluarkan ketam dan ikan kerapu. Ada kelapa parut dan juga dua tangkai daun kari. Apa maksudnya itu?

Kita pula keluarkan ceker, white fungus dan kurma merah. Apa maknanya pula?

Tidak mengapalah. Hari ini luangkan masa di dapur masak ikut selera yang dikehendaki. Tak susah pun. Ceker itu Amie masukkan dalam slow cooker, masukkan white fungus, kurma merah, halia dan bawang putih serta bawang merah. Tekan butang 'high' dan tinggalkan. Sementara menunggu ikan kerapu dan ketam nyahbeku, kita sambung kerja menanda kertas peperiksaan percubaan SPM.

Pukul dua petang, siaplah:
  • Nasi Putih
  • Kari Ketam
  • Sup Ceker
  • Peria & Terung Pipit Tumis Sambal Tuhau
  • Ikan Kerapu Goreng

Kari Ketam

Hidangan Tengah Hari / Malam


Sup Ceker dengan White Fungus & Kurma Merah

Rasanya agak lama juga tidak hirup kuah sup ceker begini. Kuahnya rasa ringan dan harum. Sedap hirup panas sampai terlupa ada Kari Ketam.

Kari Ketam

Encik Suami dengan Firdaus meratah ketam. Firdaus tidak makan nasi! Katanya cukuplah makan ketam saja. Biasanya kalau ada ketam, Amie rebus begitu saja dan ratah cecah kicap lada. Puas makan tanpa sebarang gangguan lain seperti makan nasi dan lauk lain.


Peria & Terung Pipit Tumis Samabal Tuhau

Sayang pula melihat peria dan terung pipit hampir layu tidak berusik. Kita pun masak tumis dengan sambal tuhau. Terung pipit itu Amie goreng dahulu sehingga berubah warna kemudian barulah dicampur dengan peria yang sedang ditumis. Amie gunakan sambal tuhau, dan memang rasanya pedas tapi cukup enak dengan aroma tuhau yang menggoda. Cukuplah rasa pedasnya, dan tak perlu sediakan sambal lain.

Ikan Kerapu Goreng

Ikan kerapu goreng masih berbaki. Kalau ada ubi rebus memang sedaplah dibuat sarapan esopk pagi.

Alhamdulillah. 
Semoga esok ada mambang rajin bantu masak di dapur!

19 comments

  1. Sup Ceker tu nampak sihat sangat. sedapnya kari ketam! kalau saya pun lebih suka makan ketam ni ratah gitu saja

    BalasPadam
  2. Kari ketam sedapnya, cicah roti pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau ada roti memang sedap sangat cecah kuah karinya.

      Padam
  3. Alhamdulillah hidangan makanan semunya mantap..sambil sambung kerja memeriksa jawapan..Allah hu akbar rajin cikgu ni..semoga lancar apa juga urusan ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah. Semoga terus diveri kekuatan meneruskan rutin hidup.

      Padam
  4. Kenyang ke Firdaus ratah ketam je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah makan macam-macam sebelum tu, jadi dia tak mahu makan nasi.

      Padam
  5. Tak jadi2 saya nak beli slow cooker. Memang terjngin masak sup yg direnih lama, hingga kaldunya kluar 😍😍. Ceker nih banyak kolagen , emang sehat sangat sup ceker kak Amie. Ada white fungus pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih suka gunakan slow cooker berbanding pressure cooker. Memang sedap hasilnya, rasa sup yang manis hasil renih perlahan.

      Padam
  6. menarik sungguh lauknya. kari ketam tu terutamanya!

    BalasPadam
  7. sedap semuanya kak, menu yang boleh buat bertambah lagi la ada ketam yang manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiba-tiba ada ketam atas sinki, tu yang terus masak tu.

      Padam
  8. Apa nama ketam tu ye kak Amie. Tak pernah makan. Biasa tengok ketam bunga biru ke namanya. Suka betul Firdaus dengan ketam, meratah je tak makan nasi. Sedap sangat tu. Kalau makan ketam dengan nasi kena berlamaan di meja makan.
    Sedap hirup sup yang ringkas, segar rasa. Banyak khasiat sup kak Amie buat ni.
    Kadang kalau ada sayur tak berusik, kita campurkan je dengan sayur lain. Senang gitu daripada membazir tak dimasak kan. Kena jadi kreatif bab masak ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe