Masak Kari Ketam di Hari Sabtu
7:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pukul 11 pagi tadi, Encik Suami sudah keluarkan ketam dan ikan kerapu. Ada kelapa parut dan juga dua tangkai daun kari. Apa maksudnya itu?
Kita pula keluarkan ceker, white fungus dan kurma merah. Apa maknanya pula?
Tidak mengapalah. Hari ini luangkan masa di dapur masak ikut selera yang dikehendaki. Tak susah pun. Ceker itu Amie masukkan dalam slow cooker, masukkan white fungus, kurma merah, halia dan bawang putih serta bawang merah. Tekan butang 'high' dan tinggalkan. Sementara menunggu ikan kerapu dan ketam nyahbeku, kita sambung kerja menanda kertas peperiksaan percubaan SPM.
Tidak mengapalah. Hari ini luangkan masa di dapur masak ikut selera yang dikehendaki. Tak susah pun. Ceker itu Amie masukkan dalam slow cooker, masukkan white fungus, kurma merah, halia dan bawang putih serta bawang merah. Tekan butang 'high' dan tinggalkan. Sementara menunggu ikan kerapu dan ketam nyahbeku, kita sambung kerja menanda kertas peperiksaan percubaan SPM.
Pukul dua petang, siaplah:
- Nasi Putih
- Kari Ketam
- Sup Ceker
- Peria & Terung Pipit Tumis Sambal Tuhau
- Ikan Kerapu Goreng
Kari Ketam |
Hidangan Tengah Hari / Malam |
Sup Ceker dengan White Fungus & Kurma Merah |
Rasanya agak lama juga tidak hirup kuah sup ceker begini. Kuahnya rasa ringan dan harum. Sedap hirup panas sampai terlupa ada Kari Ketam.
Kari Ketam |
Encik Suami dengan Firdaus meratah ketam. Firdaus tidak makan nasi! Katanya cukuplah makan ketam saja. Biasanya kalau ada ketam, Amie rebus begitu saja dan ratah cecah kicap lada. Puas makan tanpa sebarang gangguan lain seperti makan nasi dan lauk lain.
Peria & Terung Pipit Tumis Samabal Tuhau |
Sayang pula melihat peria dan terung pipit hampir layu tidak berusik. Kita pun masak tumis dengan sambal tuhau. Terung pipit itu Amie goreng dahulu sehingga berubah warna kemudian barulah dicampur dengan peria yang sedang ditumis. Amie gunakan sambal tuhau, dan memang rasanya pedas tapi cukup enak dengan aroma tuhau yang menggoda. Cukuplah rasa pedasnya, dan tak perlu sediakan sambal lain.
Ikan Kerapu Goreng |
Ikan kerapu goreng masih berbaki. Kalau ada ubi rebus memang sedaplah dibuat sarapan esopk pagi.
Alhamdulillah.
Semoga esok ada mambang rajin bantu masak di dapur!
19 comments
Sedap2 semuanya menu tu.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamJemput Cie.
waduhhh sedapnyaaaa kari ketammm
BalasPadamSedap meratah jew gitu.
PadamSup Ceker tu nampak sihat sangat. sedapnya kari ketam! kalau saya pun lebih suka makan ketam ni ratah gitu saja
BalasPadamYa, menu sihat itu. Harum aromanya.
PadamKari ketam sedapnya, cicah roti pun sedap.
BalasPadamYa, kalau ada roti memang sedap sangat cecah kuah karinya.
PadamAlhamdulillah hidangan makanan semunya mantap..sambil sambung kerja memeriksa jawapan..Allah hu akbar rajin cikgu ni..semoga lancar apa juga urusan ya
BalasPadamAmin ya Allah. Semoga terus diveri kekuatan meneruskan rutin hidup.
PadamKenyang ke Firdaus ratah ketam je.
BalasPadamDah makan macam-macam sebelum tu, jadi dia tak mahu makan nasi.
PadamTak jadi2 saya nak beli slow cooker. Memang terjngin masak sup yg direnih lama, hingga kaldunya kluar 😍😍. Ceker nih banyak kolagen , emang sehat sangat sup ceker kak Amie. Ada white fungus pula
BalasPadamSaya lebih suka gunakan slow cooker berbanding pressure cooker. Memang sedap hasilnya, rasa sup yang manis hasil renih perlahan.
Padammenarik sungguh lauknya. kari ketam tu terutamanya!
BalasPadamTerima kasih Cik Rose.
Padamsedap semuanya kak, menu yang boleh buat bertambah lagi la ada ketam yang manis
BalasPadamTiba-tiba ada ketam atas sinki, tu yang terus masak tu.
PadamApa nama ketam tu ye kak Amie. Tak pernah makan. Biasa tengok ketam bunga biru ke namanya. Suka betul Firdaus dengan ketam, meratah je tak makan nasi. Sedap sangat tu. Kalau makan ketam dengan nasi kena berlamaan di meja makan.
BalasPadamSedap hirup sup yang ringkas, segar rasa. Banyak khasiat sup kak Amie buat ni.
Kadang kalau ada sayur tak berusik, kita campurkan je dengan sayur lain. Senang gitu daripada membazir tak dimasak kan. Kena jadi kreatif bab masak ni.