Makan di Mee Tarik Lan Zhou

8:06 PTG

Bismillahirrahmanirrahimm.
Petang kelmarin, sebaik keluar dari Shervinton Hotel kami disambut dengan hujan gerimis. Melihat kedai-kedai di sekitar hotel dalam keadaan gelap sebab terputus bekalan elektrik, kami terus masuk di Mee Tarik Lan Zhou yang terletak bersebelahan dengan hotel. Nampaknya restoran ini terang benderang oleh cahaya lampu dan kipas berpusing. Apabila Encik Suami tanya pekerja di situ, katanya mereka dapat bekalan elektrik yang disambung dari hotel tempat kami menginap.

Pada mulanya hanya dua buah meja dipenuhi pelanggan, tetapi tidak lama kemudian  berduyun-duyun pelanggan datang dari hotel sebelah. Nampaknya di sinilah tempat pilihan mereka memandangkan hujan dan kegelapan di mana-mana kedai makan yang lain.

Mee Tarik Lan Zhou

Firdaus : Braised Beef Noodles


Suka betul Firdaus dengan menu yang satu ini.


Sudah tentulah disebabkan ada chilli oil kegemarannya ini.

Firdaus : Teh Tarik Ais


Encik Suami : Chicken Noodles Soup

Encik Suami suka banyak sayuran hijau.

Sudah semnestinya Chinese Tea jadi pilihan Encik Suami.

Amie : Mi Goreng Cendawan & Isi Ikan


Ada semangkuk kecil sup kosong.

Amie : Air Buang Panas


Boleh tambah air panas lagi sekiranya habis dihirup.



Hirup tiga mangkuk air buang panas terus badan berpeluh-peluh.


Jom kita cuba Mutton Kebab. Tiga cucuk RM10.00. Kita pesan enam cucuk.


Mutton Kebab

Dagingnya lembut dan penuh rasa rempah terutamanya aroma jintan putih yang sangat ketara. Ia seakan-akan mutton kebab yang pernah Amie makan di Turkiye. Kalau di Turkiye, dalam pinggan hidangannya ditambah serbuk jintan putih sebagai pencecah.


Chilli Oil - RM13.00

Sebelum tinggalkan Mee Tarik Lan Zhou, Amie sempat beli sebalang kecil chilli oil, dan enam bungkus herba buang panas.

Herba minuman buang panas.

Tak ingat pula mana satu untuk lelaki dan mana satu warna bungkusan untuk perempuan. Agaknya yang merah untuk perempuan dan bungkusan biru untuk lelaki.


Firdaus dengan Encik Suami suka sangat minum air buang panas. Jadinya setiap hari kami masak air dalam cerek dan masukkan sebungkus herba ini. Bercawan-cawanlah kami dapat minum.

Mee Tarik Lan Zhou

Secawan minuman buang panas.

12 comments

  1. Sungguh luar biasa
    menu yang super
    Nikmat dan lezat

    BalasPadam
  2. Semuanya nampak sedap. Menu Firdaus paling menawan
    Chili oil tu pun main peranan

    BalasPadam
  3. Salam singah, menu yang mempersonakan..lazat, alhamdulillah..saya dan suri hati tak dapat ke mana2 ada runtuhan tanah bukit di jalan Kimanis..Semoga tak ada lagi runtuhan, cepat dibersihkan jalan tu. Aamiin.

    BalasPadam
  4. Oh minuman untuk mencegah panas dalam ya kak.

    Aiiiih kuliner Lanzhou ini ada juga di JKT. Ownernya chinese muslim. Sedaaap sangat.

    Cuma saya jarang makan situ sebab jauuh. Baca ini jadi teringin pula nak kesana lagi

    BalasPadam
  5. Segar saja badan bila minum air herba buang panas :)

    BalasPadam
  6. Saya suka mutton kebab dieorang. Mee tarik goreng pun favourite saya jugak kalau ke kedai mee tarik.

    BalasPadam
  7. Mujur ada kedai yang ada bekalan elektrik. Dapatlah menjamu selera dengan lebih selesa tanpa bergelap. Hidangan mi begini tambah sedap bila adanya chilli oil tu kan kak Amie. Tahu-tahu terbeli sebekas. hihi...
    Saya ingatkan spaghetti carbonara tadi, rupanya Mi Goreng Cendawan & Isi Ikan. Kaya dengan rencahnya. Tak rugi juga membeli tehnya, Firdaus pun suka minum teh.

    BalasPadam
  8. Sedapnya mi tarik. Belum pernah try lagi makan mi tarik ni.

    BalasPadam
  9. Ingatkan mula² tu typo error bunga rupanya ada air buang panas.

    BalasPadam
  10. Suka mutton kebab tu, kalau ke kedai China Muslim. Rempah dia sedap kan. Try kedai berlainan dan rasanya hampir sama.

    BalasPadam
  11. air buang panas tu tak sama ya utk lelaki dan perempuan? saya tk prnah minum

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe