Makan di Mee Tarik Lan Zhou
8:06 PTGBismillahirrahmanirrahimm.
Petang kelmarin, sebaik keluar dari Shervinton Hotel kami disambut dengan hujan gerimis. Melihat kedai-kedai di sekitar hotel dalam keadaan gelap sebab terputus bekalan elektrik, kami terus masuk di Mee Tarik Lan Zhou yang terletak bersebelahan dengan hotel. Nampaknya restoran ini terang benderang oleh cahaya lampu dan kipas berpusing. Apabila Encik Suami tanya pekerja di situ, katanya mereka dapat bekalan elektrik yang disambung dari hotel tempat kami menginap.
Pada mulanya hanya dua buah meja dipenuhi pelanggan, tetapi tidak lama kemudian berduyun-duyun pelanggan datang dari hotel sebelah. Nampaknya di sinilah tempat pilihan mereka memandangkan hujan dan kegelapan di mana-mana kedai makan yang lain.
Mee Tarik Lan Zhou |
Suka betul Firdaus dengan menu yang satu ini. |
Sudah tentulah disebabkan ada chilli oil kegemarannya ini. |
Firdaus : Teh Tarik Ais |
Encik Suami : Chicken Noodles Soup |
Encik Suami suka banyak sayuran hijau. |
Sudah semnestinya Chinese Tea jadi pilihan Encik Suami. |
Amie : Mi Goreng Cendawan & Isi Ikan |
Ada semangkuk kecil sup kosong. |
Amie : Air Buang Panas |
Boleh tambah air panas lagi sekiranya habis dihirup.
Hirup tiga mangkuk air buang panas terus badan berpeluh-peluh.
Mutton Kebab |
Dagingnya lembut dan penuh rasa rempah terutamanya aroma jintan putih yang sangat ketara. Ia seakan-akan mutton kebab yang pernah Amie makan di Turkiye. Kalau di Turkiye, dalam pinggan hidangannya ditambah serbuk jintan putih sebagai pencecah.
Chilli Oil - RM13.00 |
Sebelum tinggalkan Mee Tarik Lan Zhou, Amie sempat beli sebalang kecil chilli oil, dan enam bungkus herba buang panas.
Herba minuman buang panas. |
Tak ingat pula mana satu untuk lelaki dan mana satu warna bungkusan untuk perempuan. Agaknya yang merah untuk perempuan dan bungkusan biru untuk lelaki.
Firdaus dengan Encik Suami suka sangat minum air buang panas. Jadinya setiap hari kami masak air dalam cerek dan masukkan sebungkus herba ini. Bercawan-cawanlah kami dapat minum.
Secawan minuman buang panas. |
12 comments
Sungguh luar biasa
BalasPadammenu yang super
Nikmat dan lezat
Semuanya nampak sedap. Menu Firdaus paling menawan
BalasPadamChili oil tu pun main peranan
Salam singah, menu yang mempersonakan..lazat, alhamdulillah..saya dan suri hati tak dapat ke mana2 ada runtuhan tanah bukit di jalan Kimanis..Semoga tak ada lagi runtuhan, cepat dibersihkan jalan tu. Aamiin.
BalasPadamOh minuman untuk mencegah panas dalam ya kak.
BalasPadamAiiiih kuliner Lanzhou ini ada juga di JKT. Ownernya chinese muslim. Sedaaap sangat.
Cuma saya jarang makan situ sebab jauuh. Baca ini jadi teringin pula nak kesana lagi
Segar saja badan bila minum air herba buang panas :)
BalasPadamSaya suka mutton kebab dieorang. Mee tarik goreng pun favourite saya jugak kalau ke kedai mee tarik.
BalasPadamMujur ada kedai yang ada bekalan elektrik. Dapatlah menjamu selera dengan lebih selesa tanpa bergelap. Hidangan mi begini tambah sedap bila adanya chilli oil tu kan kak Amie. Tahu-tahu terbeli sebekas. hihi...
BalasPadamSaya ingatkan spaghetti carbonara tadi, rupanya Mi Goreng Cendawan & Isi Ikan. Kaya dengan rencahnya. Tak rugi juga membeli tehnya, Firdaus pun suka minum teh.
Sedapnya mi tarik. Belum pernah try lagi makan mi tarik ni.
BalasPadamIngatkan mula² tu typo error bunga rupanya ada air buang panas.
BalasPadamSuka mutton kebab tu, kalau ke kedai China Muslim. Rempah dia sedap kan. Try kedai berlainan dan rasanya hampir sama.
BalasPadamair buang panas tu tak sama ya utk lelaki dan perempuan? saya tk prnah minum
BalasPadammee tarik ada chilli oil mmg best
BalasPadam