Shell Out RLD & Sate

9:44 PTG

Cerita minggu lepas. 
Encik Suami ajak makan malam di Shell Out RLD.
Beberapa meter sebelum ke pintu masuk restoran, ada sepasang suami isteri sedang menjual sate. Si isteri  mendukung anak kecilnya yang sedang menangis. Barangkali usianya baru mencecah enam bulan. Suaminya pula sibuk membakar sate tetapi dengan wajah manis dan air muka peramah, ditegurnya kami.

"Kak, beli sate. Ada sate ayam. Ada sate daging. Panas-panas kak,"katanya. Kita anggukkan kepala sambil senyum di sebalik facemask. Ketika itu hujan gerimis.

Kami terus masuk ke dalam restoran. Ketika sedang menanti hidangan tiba di meja, Amie minta izin Encik Suami untuk ke gerai sate tadi. Firdaus ikut sekali. Entah kenapa walaupun hendak makan malam tapi kaki melangkah untuk beli sate pula.

Si suami mengambil anak yang masih lagi menangis dari pangkuan isterinya, dan meminta isterinya membungkus sate yang Amie minta.
Kemudian kami kembali masuk restoran dan 
makan seafood shell out bertiga sehingga licin.

Seafood Shell Out

Setiap satu set berharga RM20.

Budak kecil ini pun licinkan bahagiannya juga!

Amie beli 5 cucuk tongkeng ayam, 10 cucuk sate ayam dan 5 cucuk sate daging.


Tongkeng ayam berharga RM1.00 secucuk.


Sate daging berharga RM1.20 secucuk.


Sate ayam berharga RM1.00 secucuk.



Sebenarnya Amie beli sate dan tongkeng ayam itu untuk dimakan keesokan hari. Boleh panaskan semula. Tiba-tiba Encik Suami dan Firdaus nak makan pula. Eh, tak kenyang rupanya makan di restoran tadi.... ahaks!





20 comments

  1. Murah juga hidangannya tu cuma RM20 dengan portion yg besar. Kalau habis licin maknanya sedap sangat atau mungkin lapar. Tapi ada yg tak kenyang rupanya ya, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami kata sedap. Tapi tak puas makan. Nasib baik kita beli sate. Tu pasal sampai rumah melantak lagi hihihiii.

      Padam
  2. Sy pun kdg dh kenyang mkn nasi..klu nmpk sate nk jugak beli..hihi

    BalasPadam
  3. SATEY BESAR DAGINGNYA HARGANYA PUN BERPATUTAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betuk Kak PI. Puas hati beli. Moga peniaga sate tambah rezekinya.

      Padam
  4. Murahnya shell out...tapi x lambak terus ye kak..siap ada plate...nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami sangka lambak macam selalu, rupanya sepinggan seorang.

      Padam
  5. Suka lagi makan shell out dalam pinggan satu satu macam ni. Mudah dan selesa lagi nak menjamu selera berbanding lambak satu meja. Untung jugak beli sate boleh tambah tambah ruang dalam perut yang masih kosong. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila hidang sepinggan seorang semua seafood banyaknya sama. Dapat merasa tanpa perlu berebut anak-beranak hahahaa.

      Padam
  6. Sedapnya sate daging...
    Saya suka sate daging berbanding ayam..
    Ceria wajah Daus dapat makan sedap-sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-maam jenis sate kegemaran kan Mama Cella. Zaman sekolah rendah dulu, selalu beli sate kerang di kantin. Sedapnya.

      Padam
  7. Saya fokus ke cerita pedagang satenya. Ngasuh anak sambil jualan sate. Sebagian orang engaan belanja di tempat2 seperti itu. Kesannya dia melayani kurang serius. Selamat malam temanku Amie.

    BalasPadam
  8. aduh sedapnya menu shellout tu kak... boleh tahan Daus pun boleh habis 1 hidangan tu.
    Satenya nampak besar-besar jugak ye kak

    BalasPadam
  9. aduhaiiiii sedapnya shell out tu. Tapi bagus lah pulak dalam pinggan seorang. Sate my peberet. Dah kenyang nampak sate emm memang terus ngap ler....apa lagi baru masak...panas-panas lagi

    BalasPadam
  10. Maybe tak kenyang sebab takde nasi kot. Taulah kita perut Melayu

    BalasPadam
  11. TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

    Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda sedang mencari Kewangan?
    Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
    Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
    Orang yang berminat sila hubungi kami di
    Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
    balas e-mel di bawah ini sahaja.
    Whats-app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

    1) Nama Penuh:………
    2) Jantina: ………
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
    4) Tempoh Pinjaman:………
    5) Negara:………
    6) Alamat Rumah:………
    7) Nombor Telefon Bimbit:………
    8)Pendapatan Bulanan: ………………………
    9) Pekerjaan:………………………………
    )Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    BalasPadam
  12. tetiba nyesal baca post ni. lapar la pula

    BalasPadam
  13. Makan sate pula lepas makan makanan laut.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe