Oleh-Oleh Dari Selatan
2:27 PTGKelmarin, lebih kurang pukul 12 tengahari ketika kami sedang dalam perjalanan di Telupid menuju ke Lahad Datu, dapat panggilan telefon daripada staff J&T. Katanya, ada bungusan untuk kita dan sudah ada di depan pagar rumah. Amie mohon jasa baiknya supaya serahkan kepada jiran sebelah.
Alhamdulillah. Terima kasih buat jiran yang baik hati kerana sering membantu kami terima bungkusan pos ketika kami berpergian. Jom kita buka bungkusan Oleh-Oleh Dari Selatan ini. Siapa agaknya insan yang membuat kiriman kejutan ini.... ahaks!
Oleh-Oleh Dari Selatan |
Taraaaa... I
Ini dia oleh-oleh dari selatan tanahair.
Cuba teka, siapakah pengirimnya?
Seronok sangat dapat kiriman dari seseorang. Tak kiralah apa yang dikirim sebab yang penting sudah tentulah perasaan teruja dan gembira apabila menerima kiriman tersebut. Rasa terharu sangat sebab kita salah seorang yang sentiasa dalam ingatannya.... kah! Perasan lebih-lebih sudah ni.
Jom lihat apa yang dikirmkannya?
Rempah Mee Bandung Mak Pon Rempah Soto Mak Pon |
Terima kasih daun keladi buat pengirimnya yang sangat baik hati. Kita terima:
- 2 bungkus Rempah Mee Bandung Mak Pon 400g
- 2 bungkus Rempah Soto Mak Pon 250g
- 1 bungkus mee siput
Teruja sungguh dapat keropok mee siput. Buat pertama kali melihat dan menggoreng keropok mee siput. Pada mulanya Firdaus tegur, katanya itu mee kering. Kita cuba goreng. Eh, mengembang macam keropoklah! Keropoklah tu kan. Amie makan cecah sambal belacan. Firdaus makan cecah sos cili Thai. Apabila tanya Pak Google, rupanya sedap dimakan dengan sambal tumis. Tak apa, masih banyak lagi bakinya yang belum digoreng. Nanti boleh buat sambal tumis pula untuk cecah dengan keropok mee siput.
22 comments
Alhamdulillah..rezeki dari Selatan...dah lama x makan mee siput..
BalasPadamAlhamdulillah. Jauh terbangnya tu.
Padamhhahaha suka juga makan mi siput cicah sambal... selalunya mi siput ni dia dah sesiap bagi sos sekali...
BalasPadamSedap ni buat kudapan.
PadamAlhamdulillah.. syukur3. Seronok tengok Firdaus makan mee siput dan tak sabar tengok masakan dari selatan berada di dapur orang Lahad Datu 😍😍😍
BalasPadamPagi tadi dah goreng, habis dia makan dengan babanya. Petang tadi minta goreng lagi.
PadamTunggu ya, kumpul aksesori dulu nak bagi lengkap hidangan dari selatan.
Memang makanan Johor sungguh semuanya.
BalasPadamSaya kalau buat mi bandung memang akan guna jenama mak pon. Kena dengan selera. Mudah pulak nak sediakannya.
Wah, kalau begitu bunyinya tak sabar rasanya nak masak guna rempah mak pon ni.
PadamBestnya kam dapat ole-ole dari semenanjung, mee siput goreng sedap cicah dengan sambal merah... tak sedar bila dah mengunyah
BalasPadamAlhamdulillah. Esok nak goreng lagi, nak buat sambalnya.
PadamAlhamdulillah...
BalasPadamWah,senyap2 ek dia pos..tak ajakkkk 🤭
Lepas ni tunggu mee kari versi LD..
Saya ingatkan keropok Indonesia..Rupanya mee siput yer..
Mulanya saya pun ingat keropok Indonesia, tapi bila rujuk Pak Google, katanya keropok mee siput buatan Muar.
PadamDah dapat agak kalau katanya dari Selatan. Betul tekaan saya kak SK. Alhamdulillah..semoga bertambah tambah rezeki kak SK. Aaaminn...
BalasPadamRezeki kak Amie juga dapat merasa :)
Firdaus makan keropok tak tengok kiri kanan dah tu. Sedap nampak Firdaus makan.
PadamFirst time merasa keropok mee siput tu Fizah. Alhamdulillah, orang memberi kita merasa. Firdaus pun suka makan keropok tu.
PadamAlhamdulillah.. meriah isi bungkusannya.. mee siput tu lama betul tak makan..
BalasPadamPuaslah Firdaus makan keropok mee siput tu.
Padamfirst time nampak mee siput tu.
BalasPadamSamalah dengan Kak Amie Syu.
PadamFirdaus sangka mee kering, bila google rupanya mee siput.
wah ni dari muo ni. Mee siput femes dari muo dan sedap di makan dengan sambal tumis. Tapi kalau rangup makan gitu pun sodap.
BalasPadamPes mee bandong mak pon juga femes dari muo. Ada juga pes mee bandong maharani. Pes asam pedas pun ado. Ada gerai asam pedas mak pon kat area kedai makan kat parit jawa.
BalasPadamMee siput tu kalau ranggup makan gitu je. Aruah bapa saya suka buat bubur chacha campur dengan mee siput yang telah di hancurkan. Ada juga mee siput tu di rendam supaya lembut dan di goreng tapi saya tak pernah cuba. Selalunya habis bila di goreng je. Layan dengan sambal tumis atau sambal kicap.
BalasPadam