Makan Tengahari Masakan Baba Nyonya

9:03 PTG

Kami tinggalkan Tuk Tuk Tomyam dan menuju ke Jalan Sulaman. Ada dua target yang hendak dicapai di situ iaitu shopping di Jakel Silk House dan mencari langsir tingkap ready made. Selesai shopping, perut pun memang sudah bersedia untuk diisi. Amie beritahu Encik Suami teringin makan masakan baba nyonya. Dengar ceritanya menu baba nyonya mementingkan perincian bahan dan kualiti. Selama ini biasa mengikuti masakan Chef Florence Tan dan hanya mencuba di dapur sendiri. Kali ini hendak cuba pula dari dapur baba nyonya itu sendiri. Ada rezeki balik Malaya nanti hendak pula mencuba masakan baba nyonya di Melaka. Banyak Amie simpan rujukan tempat makanan halal baba nyonya di sana.

Nasi Putih dengan Asam Pedas Ikan Merah



Menunggu pesanan makanan tiba di meja:
  • Minuman : Dragon Fruit, Watermelon Juice & Apple Juice
  • Assam Fish
  • Nyonya Fried Chicken
  • Golden Bitter Gourd
  • Pakis Belacan
  • Dry Assam Prawn
  • French Fries
  • White Rice


Restoran baba nyonya ini letaknya di:
NYONYA STEMBOAT
G826 & G827, Ground Floor,
1 Borneo Haypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 014-655 6926 / 011-1613 1136

Peminat masakan baba nyonya.


Hiasan dalaman Nyonya Steamboat.




3 jenis minuman untuk memenuhi 3 citarasa.
Semuanya ada rasa pandan. Mungkin gula pasir dimasak bersama daun pandan.

Dragon Fruit
Watermelon Juice
Apple Juice
Assam Fish


Harga 100 gram ikan (ikan merah, siakap & kerapu) ialah RM10.00.
Berat ikan yang ditawarkan bermula dari seberat 800 gram sahaja. Kami pilih ikan merah. Pertama kali menghirup kuahnya memang terpaksa akui Nyonya Assam Fish ini sangat sedap! Isi ikan terasa manis kerana dipilih dari ikan segar. 

Nyonya Fried Chicken


Firdaus meminta Nyonya Fried Chicken. Kami memesan saiz kecil dengan harga RM18.00. Tidaklah banyak, hanya beberapa ketul saja. Kita sempatlah merasa seco'et sebab Firdaus tak mahu kongsi. Dia nak meratah sendiri. Berulangkali dia sebut...mmmm sedap...sedap! Memang sedap.

Dry Assam Prawn


Selalu melihat masakan Dry Assam Prawn dan kali ini betul-betul ada di depan mata. Hanya tinggal nak suap ke mulut sahaja. Saiz kecil ini berharga RM25 dan udangnya pun boleh dikira ada berapa ekor sahaja. Namun begitu, seperti ikan Nyonya Assam Fish dan Nyonya Fried Chicken, rasa Dry Assam Prawn juga tidak kurang sedapnya. Udang yang dimasak adalah udang terpilih dan segar. terasa manis dan kenyal. Jadi sewaktu makan terlupa harga dan jumlahnya yang tak sampai berapa ekor itu disebabkan keenakannya.

French Fries ini Firdaus punya.

Pakis Belacan

Pakis Belacan ini pun sedap. Eh, semua masakan di sini sedap belaka. Tak ada yang tak sedap!

Bismillah.


Setelah nasi hampir habis, barulah sampai Golden Bitter Gourd ini ke meja.
Peria goreng telur masin ini masih panas. Kami ratah-ratah sahaja sehingga licin.


Semuanya berjumlah RM206.90 termasuk service charge 10%. Apa pun, akhirnya dapat juga merasa masakan baba nyonya. Memang benarlah, masakannya sedap dan kualitinya juga tip top!


29 comments

  1. Masakan baba nyonya mmg sedap sgt alahai mana nak carik ni. Kedai yg saya selalu pegi dah closed business la pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Mamapp. Saya hirup kuah assam fish tu sampai habis.

      Padam
  2. Alhamdulillah dapat jugak menjamu selera masakan baba dan nyonya. Harga assam fish boleh tahan juga harganya tu. syukur sedap masakannya pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah teringin nak rasa masakan baba nyonya ni Fizah. Maklumlah asyik tonton masakan nyonya yang katanya sedap penuh rasa dan aroma.

      Padam
    2. Patutlah lah pun. Lama dok simpan rasa teringin tu. Dah dapat tekak pun happy :)

      Padam
  3. Hehe tidak jadi makan tomyam. Rezeki makan masakan Baba dan Nyonya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, terlepas satu dapat yang lain pula. Alhamdulillah.

      Padam
  4. nampak sedap semuanya teringat gulai ikan orang kedah mavles

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gulai orang Kedah memang mabeles kan Kak PI.

      Padam
  5. Menariknya semua menu masakan Baba & Nyonya nih. Kami sekeluarga gemar juga menu macam ni.Terima kasih atas perkongsian, inshaAllah kalau ke KK boleh try nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari cuba masakan nyonya di sini. Saya pun teringin nak cuba masakan nyonya yang lain.

      Padam
  6. awat la setiap kali tgk firdaus ni, mesti terigt uyum hahahah... geram tgk dia! Suka tgk dia makan, berselera sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua-dua muka bulat, nampak nulat-bulat tu yang asyik teringat-ingat ye Ret.

      Padam
  7. Sedapnya Amie.. kita suka masakan bab nyonya gini.. kadang rasa kari dia je lain kann.. sedap lemak enak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sis Lin. Saya pun nak mendalami resipi-resipi baba nyonya.

      Padam
  8. Semua sedap. Lama tak makan asam pedas.
    Cantik dekorasi baba nyonya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus restoran baba dan nyonya ni, di samping hidangan masakannya yang sedap tidak lupa pamerkan identiti untuk jamu mata para pelanggan.

      Padam
  9. Geramnya tengok asam pedas ikan tu....!

    BalasPadam
  10. Tak pernah merasa masakan baba nyonya ni.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ini saya hanya makan masakan sendiri ikut resipi nyonya. Ini pun rasanya kali pertama saya makan, dan memang sedap.

      Padam
  11. nampak sedap juga menu dia. terus buka grabfood, ok kedai ni ada. Nanti nak order. hehe

    BalasPadam
  12. Kalau betul sedap, sanggup bayar mahal sikit asalkan berbaloi

    BalasPadam
  13. Nampak menarik dan sedap semuanya.Dah cikgu cakao sedap pastilah terbukti sedap tu.Dry Assam Prawn tu asalnya saya ingatkan udang celup asam jawa pekat dan goreng.Rupanya salah .hihihi..
    Kalau sebut masakan Nyonya..auto teringat chef Florance Tan yang cantik dan selalu ketawa tu

    BalasPadam
  14. Selalu SA akan ke Melaka untuk makan masakan nyonya yang pure...nampak sedap semua masakan tu kak amie...

    BalasPadam
  15. kalau rasanya sedap, tang harga tu kita buat-buat lupa ye kak....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe