Sayur Lodeh Pucuk & Bunga Betik
8:23 PTGOrang-orang tua kata, yang pahit itulah ubat. Memandangkan rasa diri sudah mulai tua, kita pun makanlah yang pahit-pahit.... ahaks! Gurau saja! Kebetulan ada lebihan pucuk betik dengan bunga sekali di dapur, hari ini Amie masak lodeh cara mak mentua.
Sayur Lodeh Pucuk & Bunga Petik |
Inilah pucuk dan bunga betik yang Amie olah menjadi sayur lodeh gaya masakan orang Cocos. Biasanya pucuk betik dicampur dengan pucuk ubi dan jantung pisang. Kedua-dua bahan itu Amie tidak ada, jadi gunakan pucuk dan bunga betik sahaja.
Rempah utama yang digunakan dalam masakan lodeh orang Cocos ialah ketumbar biji. Tanpa ketumbar, tidaklah namanya sayur lodeh Cocos.
- 2 tangkai pucuk betik & 1 cawan bunga betik - celur - toskan
- 1 biji kelapa parut - kisar dengan 1000 ml air
- 4 sudu besar minyak
- 1 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 10 tangkai cili kering
- 3 sudu besar ketumbar biji
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu besar udang kering
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan udang kering hingga pecah minyak.
- Masukkan pucuk dan bunga betik. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan santan kelapa. Masak hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Padamkan api dapur.
17 comments
Masya Allah..tengok pun dah rasa sedap...
BalasPadamSukanya kalau dapat sama nasi putih ikan masin..
Saya seminggu ni kuran selera makan.. Makan pun sedikit je.. Badan turun jugaklah hampir 3 kilo.
BalasPadambuat wak rindukan makanan malaysia pulak., huhuhu
BalasPadamBoleh makan dengan nasi impit dan sambal kacang tak? Mesti nanti rasa macam raya, hihi.
BalasPadamistimewa sayur lodeh ni sbb masuk ketumbar
BalasPadamSedapnya laaa.. dulu arwah Mak ada rajin masak bunga betik ni, kami makan berdua, sebab lelain semua tak suka,...
BalasPadamSayur begini seronok kunyah sebab rangup kan. Pucuk betik dan bunga betik ni ada penggemarnya sendiri.
BalasPadammak selalu masak pucuk betik ni tumis bersama ikan bilis je. sedap!!
BalasPadamsedapnya kak, ni kalau dana teringin kene suruh mak yang masakkan... sebab kalau masak sendiri jawabnya mkn sorang-sorang la...
BalasPadambunga betik wahh sedapp tu
BalasPadamselalu mkn kerabu je ,ni pun nampak sedapp
Aduhai nampak menyelerakan sungguh!
BalasPadamHari tu ingat nak buat masak tumis, nampak sayur lodeh ni macam nak try yg ni pula :D
Nampak sedap tu...
BalasPadamselalunya nampak pucuk betik ini orang buat ulam atau kerabu.. menarik juga bila dibuat masak lodeh cengginie..
BalasPadamWah menarik ni...x pernah lagi campurkan bunga betik dalam masakan berkuah
BalasPadamwow saya x penah lagi letak pucuk betil boleh dicuba ni kak amie
BalasPadammana ada tua kak Amie jiwa muda lagi. Unik resepi lodeh bubuh ketumbar biji
BalasPadamGuna apa yang ada. Alhamdulillah menjadi sayur lodeh pucuk dan bunga betik.
BalasPadam