Selamat Pagi Taragon @ Tarragon!
8:25 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi-pagi lagi sudah melawat taragon @ tarragon yang dibawa pulang dari Kundasang tiga minggu lepas. Bersama tarragon, kita bawa pulang juga pokok rosemary dan pokok selasih thai. Sayangnya rosemary umurnya tak panjang. Seperti biasa, rosemary mati sebagaimana riwayat hidup rosemary-rosemary sebelum ini. Selasih thai pula nampak hidup segan mati tak mahu. Jadi, kita harap tarragon dapat hidup subur.
Tarragon ialah sejenis herba wajib dalam masakan Perancis. Baunya seakan-akan sama dengan jintan manis. Boleh klik di sini untuk berkenalan lebih lanjut dengan tarragon: Kenali Khasiat Taragon.
Kalau tarragon sudah hidup subur, nanti nak cuba tambahkan dalam masakan. Setakat ini rasanya belum pernah makan atau masak gunakan herba tarragon.
11 comments
Sayangnya pokok mati. Kalau tidak boleh guna untuk masak. Pokok kari, kunyit, pandan, pudina kat rumah saya habis mati jugak berkali kali tanam. Environment tak sesuai mungkin.
BalasPadamPertama kali dengar herba tarragon ni tapi macam pernah tengok. Mungkin tak tahu namanya kot masa tu. Harap hidup suburlah dia.
Adohaiiii Kak Amie. Sy ingatkan Taragon tu nama tempat 😂
BalasPadamIngatkan nama hotel 5 bintang
BalasPadamPokok herba rupanya
Nampak subur
saya pun tak pernah masak guna teragon ni. memang rosemary sukar dijaga ke? tak pernah lagi tanam herba omputeh
BalasPadamHahaha....saya pun ingatkan hotel...
BalasPadamHahaha
nama pokok rupanya..
BalasPadamdana tak pernah lagi pernah jumpa herba ni kak... baru pertama kali nampak rupanya... moga hidup subur lah dia ya
BalasPadamLaaaaa...nama pokok ke...mati- mati ingat nama shopping mall
BalasPadamtak pandai masakan france kak, makan pandai herb ni pun first time nampak. yq perkenalkan
BalasPadamTiada pula masakan Melayu guna taragon. Tidak sabar untuk tahu letak dalam masakan apa.
BalasPadamSalam
BalasPadam