Sabah Tea Longhouses

8:33 PTG

Selain kotej, di Sabah Tea Garden ada tempat penginapan lain iaitu rumah panjang atau Sabah Tea Longhouses. Teringin juga untuk merasai pengalaman tidur di rumah panjang yang ada disediakan kelambu untuk tidur waktu malam.

Sabah Tea Longhouses.


Sebelum kita melawat Sabah Tea Longhouses, kita minum teh  Sabah dulu.


Teh Sabah nampak pekat kan warnanya?


Hai... Encik Suami nak lari ke mana tu sampai tak boleh minum sambil duduk!


Dah tegur orang minum sambil berdiri, kita kenalah duduk ayu-ayu...bluwwekkk hehehee!


Selamat tinggal Osa Johnson Cottage.
Kami hendak daftar keluar.


Pagi ini Firdaus pakai seluar track bottom saja sebab nak berendam dalam sungai!
Nun di belakang sana, puncak Gunung Kinabalu tersergam megah.


Ambil angin pagi yang segar di ladang teh.



Entah durian siapa dipungutnya!


Encik Suami kata kuat sangat bau durian. Sudah masuk kereta pun bau itu mengikut!



Mari kita berkenalan dengan Sabah Tea Longhouses.  Rumah Panjang di sini adalah adaptasi reka bentuk Rumah Panjang Rungus. Hiasan dalamannya di bahagian luar bilik terdiri daripada peralatan tujuh budaya etnik Sabah seperti:
  • Kadazandusun
  • Murut
  • Lundayeh
  • Lotud
  • Melayu Brunei
  • Rungus
  • Bajau

Pemandangan di bawah rumah panjang.


Laluan ke pintu masuk.


Sudut hadapan rumah panjang.



Beginilah suasana di rumah panjang.
Dindingnya diperbuat dari susunan buluh dan lantainya pula dari nibong.


















Peminat budaya tradisional sudah tentu teruja untuk merasai sendiri pengalaman berada di sini.


Tandas terletak di bahagian luar rumah panjang.


Di penghujung rumah panjang tadi, ada sebuah rumah panjang lagi yang bersambung  menghala ke Aramai Cafe. Berdasarkan penerangan bergambar yang terletak di dinding, dinding rumah panjang ini diperbuat daripada kulit kayu yang disebut Randogung atau Timbagan dalam bahasa Kadazandusun. Kulit kayu tersebut juga digunakan untuk membuat pakaian. (Pakaian yang Encik Suami pakai di ladang teh).


Kalau di rumah panjang yang sebelumnya, ada lampu gasolin di sini lampu di letak di dalam buluh dan diikat di setiap tiang.


Antara peralatan yang digunakan untuk rutin harian masyarakat tradisional.



Nampaknya bukan sahaja Amie temui kain bercorak yang dijadikan lelangit di lodge Kampung Rampayan tempohari, di sini pun Amie jumpa benda yang sama.


Memang cukup unik!
Dinding diperbuat daripada kulit kayu, lantai daripada nibong, lelangit dihias kain bercorak batik yang cantik!






Ada replika perahu. Mungkin lepa-lepa?


Ada parang siap bersarung!




Teringin kita melihat keadaan di dalam bilik tapi semua berkunci. Kelihatan juga beberapa keluarga bersama anak-anak menginap di sini. Nampaknya memang kena menginap di sinilah kalau ingin melihat dengan mata sendiri keadaan di dalamnya.





Perjalanan sudah hampir ke penghujung.





Dulu tempat ini dijadikan ruang makan. Kami pernah bersarapan di sini.


Sekarang keadaannya lengang. Tiada lagi sarapan disediakan untuk penginap.


Kata Encik Suami, buluh kuning inilah yang digunakan untuk membuat dinding rumah panjang.


Perut pun sudah meronta minta diisi.
Matahari mula bersinar terang.


Jom cuci mata dengan melihat kehijauan di sana sini.



Ladang teh subur dengan daunnya yang merimbun.


Kabus dan awan bergerak perlahan meninggalkan kawasan pergunungan.


Terasa dinginnya suasana walau hanya disaksikan dari kejauhan.





Jom kita singgah Tea House untuk minum pagi walaupun sudah minum teh dan makan biskut di kotej.

11 comments

  1. Pengalaman menarik kalau dapat ke sini. Saya suka sejarah dan budaya, pasti teruja sebab selama ni tau rumah panjang Sarawak sahaja. Thanks share kak Amie

    BalasPadam
  2. Rumah panjang ni sesuai bagi mereka yang lasak dan sukakan cabaran. Bagi yeng penakut dan lembik macam sy, jangan dipelawa, hihi.

    Kat mana Daus pungut durian tu? Dia punya hiduuuuuu...

    BalasPadam
  3. Boleh merasa duduk di rumah panjang bagi yang tak pernah merasa seperti Naniey. Best juga ni. Cuma kalau nak ke toilet waktu malam tu haishhh ..

    Kenapa comel sangat Firdaus dengan durian tu...

    BalasPadam
  4. Saya dah dua kali sampai ke sabah tapi tak pernah sampai sini lagi

    BalasPadam
  5. rumah panjang tu memang dulu ada penghuninya atau memang dibuat untuk pelanconan? dana ingatkan ada tandas dalam rumah rupanya kene keluar ya, dah macam duduk di asrama ye

    tapi cantik la pemandangan dekat situ kak, sayup je, rumah panjang tu mesti sejuk je sebab dibuat dari buluh

    BalasPadam
  6. Cantiknya dan bersih nampak hiasan & kemasan di rumah panjang ni.
    Pemandangan di sini pun cantik betul
    Teh tu pulak amboi, menggoda sungguh :)

    BalasPadam
  7. Uncle betul2 teringin nak sampai ke longhouse ni....

    BalasPadam
  8. Cantiknya tempat ni tentu bahagia dpt makan kat aini

    BalasPadam
  9. happy betul Firdaus. Bagus pagi pagi dah happy. Unik sangat rumah panjang ni. Puas hati berjalan sekelilingnya. Banyak dekorasi tradisional dipaparkan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe