Shervinton Executive Boutique Hotel Tawau

7:33 PTG

Dalam perjalanan dari LD ke Tawau, Amie minta Abang Farid buat tempahan di Hotel LA tetapi katanya semua penuh. Abang Farid cuba cari di hotel lain, dan kami dapat dua bilik di Shervinton Executive Boutique Hotel.

Selepas makan tengahari di Restoran Sri Titingan kami terus daftar masuk ke hotel.

Oleh kerana family room sudah habis, jadi kami terima sahajalah pilihan yang ada.



Yang penting kita rasa selesa di dalam bilik sebab pada sebelah malamnya kita hendak menyiapkan tugasan.


Sebenarnya kami pernah menginap di sini beberapa kali. Kali pertama sewaktu menghadiri majlis persandingan anak buah kami, lebih sepuluh tahun lalu. Seterusnya sewaktu bercuti bersama anak-anak. Waktu itu Abang Farid masih bersekolah menengah. Dan terakhir sewaktu Firdaus dalam perut. Maknanya, hampir 9 tahun jugalah tidak ke sini.


Ada teh dan kopi disediakan untuk minum-minum.
Tunggu sahajalah tukang bancuh air masak air panas.


Yang bestnya sebab ada dua biji bantal extra dalam almari!




Bilik air pun luas.



Sudah tentulah Firdaus yang suka berlama-lama duduk dalam bilik air!




Selepas solat dan berehat seketika, kami hendak ke Pasar Tanjung beli oleh-oleh untuk Abang Farid bawa balik ke Malaya. Sementara menunggu semua bersiap, Firdaus berkunjung ke bilik Abang Farid.


Nampak selesa kan.



Kita suka melihat corak batik pada dinding hotel.


Corak batik ini bukan sahaja terdapat pada ruangan menunggu lift, tetapi juga di sepanjang dinding tangga.


Dan di lobby hotel juga.


Jom Firdaus, kita jalan-jalan ke pasar. Selepas jalan-jalan ke pasar, kami cari sate pula. Kemudian singgah McD.


Sekarang kami sudah berada di hotel semula.



Abang Farid sempat belikan makanan di McD. Bolehlah Amie makan sambil siapkan kerja.


Tidak lama kemudian Firdaus ketuk pintu bilik. Budak kecil ini asyik mencari kakak Aseeyah, dan hampir pukul 10 malam barulah masuk semula ke bilik kami. Abang Farid hantar.


Kita belum sempat makan sebab sibuk menaip. Abang Farid dan Firdaus  kata perutnya lapar. Bolehkah kami makan makanan mommy? 
Makan sajalah apa yang ada, kata kita. 
Amie hanya hirup teh sahaja. Apabila Abang Farid kembali ke biliknya dan Firdaus tidur, kita pun buka kotak. Hilang semua isinya. Burger atas piring pun lesap! Yang tinggal hanyalah Kek Pandan Gula Melaka dan Apple Pie! 

Kek Pandan Gula Melaka

Kita pun makan sajalah kek dan apple pie. Bolehlah buat alas perut sebab sambung siapkan kerja sehingga pukul 2:30 pagi.


Nun di hujung sana, King Park Hotel tempat penginapan Amie bersama kawan-kawan setiap hujung tahun. Barisan hadapannya ialah Hotel Istana.


Di sebelah Hotel Istana itulah Hotel Shervinton.

Shervinton Executive Boutique Hotel



Berhadapan tempat penginapan kami ialah Prince Hotel.


Sebelah Prince Hotel ialah Heritage Hotel dan hujung sekali Monaco Hotel. Dua blok bangunan di sini memang hotel belaka. 

20 comments

  1. Wahhhhh sepanjang jalan tu macam-macam hotel ada ye kak, cantik dalam bilik dan deco nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa'aa kebetulan dua blog berdepan ni hotel saja. Ada juga hotel sebuah-sebuah bangunan tapi di tempat lainlah pula.

      Padam
    2. Mudah nak cari hotel kalau ad yg penuh boleh teruz ke sebelah-sebelah kak.

      Padam
  2. Firdaus ni memang tak dapat dipisahkan dengan kak ipar nya ya kak.... syg betul kat kakak ipar baru nya tu. Sampai pukul 2 lebih akak nyiapkan tugas kalau dana tak tahan mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sayang sangat dia dengan kakak iparnya tu.
      Inilah akibatnya astik jalan sana-sini hihiii... akhirnya kerja tak siap. Terpaksalah usung sana sini juga. Esok paginya sepanjang jalan dari lapangan terbang Tawau ke LD, memang terlenalah kita di sebelah driver.

      Padam
    2. Mujur jauh kalau dekat mesti selalu la Daus ajak kakak ipar datang rumah, sudah semalaman berjaga sampai kul2 kene la ganti tidur kak... kalau tak, tak best nak jenjalan

      Padam
  3. Nasib baik tinggal kek onde2, kalau tidak mahu bertembung dengan uncle gedek depan batu belah batu bertangkup, hihihi.

    Kami setiap kali ke hotel, Iman la yg kena bancuh air panas, hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kahkaaahhhh! Itulah pasal... tak jumpa alamat batu belah batu bertangkupnya SK. Tak berdaftar dengan waze lah tu.

      Padam
  4. Bila tak ada hotel lain, terpaksalah menginap mana yang available. Asalkan ada tempat untuk bermalam. Biliknya okay kemas, cantik dan selesa. Rapat betul firdaus dengan kakak Aseeyah. Tak puas bermanja lah tu. Macam biasa makanan mommy dihabiskan. Mujur ada kek sedap :)

    Hotel dekat dekat je situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha... luculah anak-anak ni. Kata dah kenyang tapi bila nampak makanan kita dirembatnya juga. Ye, dua blok bangunan di sini memang kebetulan dijadikan hotel.

      Padam
  5. Nampak selesa biliknya..
    Rapat-rapat kedudukan hotelnya ye Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, di kawasan ini kedudukan hotel rapat-rapat begitu. Senang nak pilih.

      Padam
  6. oh..ni hotel yang kak Amie bagi cloth bag tu ye. cantik dan simple.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan Sal. Ini Hotel Shervinton di Tawau. Cloth bag tu Hotel Stanton di Kota Kinabalu.

      Padam
  7. Balasan
    1. Banyak Syu hotelnya. Senang nak menginap. Hotel lain dari sini pun banyak.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe