Hasil Karyaku : Antologi Cerpen Kalis Janji
7:52 PTGAlhamdulillah, dapat bersua kembali di alam maya. Kali ini Amie kongsikan paparan perkembangan terkini dalam dunia penulisan. Setakat ini Amie hanya mampu menukilkan kisah pendek berupa cerpen sahaja. Maklum sahajalah sudah bertahun-tahun lamanya tidak menghasilkan sebarang karya kreatif. Kini Amie menggali semula bakat yang dipendam sekian lama di lautan dalam.... ahaks!
Salah satu sumber ilham untuk menghasilkan karya sudah tentulah berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh penulis itu sendiri. Ia diolah, dicanai dan diubahsuai mengikut tema dan jalan cerita yang dikehendaki. Dalam hal ini, Amie akui tidak banyak kekuatan karya yang Amie tonjolkan, hanya sekadar mengolah dan menggambarkan cerita dengan gaya bahasa tersendiri, dan amat-amat sederhana dari segi pemilihan katanya. Itulah diriku yang seadanya.
Kalis Janji |
Kalis Janji merupakan hasil karya keenam yang diterbitkan sejak Amie mula membabitkan diri kembali dalam dunia penulisan bermula Julai 2021. Mudah-mudahan idea untuk menulis terus mengalir sebagaimana tidak putusnya mata air zam-zam sejak zaman-berzaman. Aamiin.
13 comments
Tahniah Kak AMie, semoga terus berkarya!
BalasPadamTerima kasih Syaz.
PadamSama-sama kita terus berkarya ye.
Betul kena tulis dalam blog. Boleh baca balik.
BalasPadamTahniah Puan Amie. Cerita berdasarkan kisah benar yang boleh menjentik hati membaca.
Alhamdulillah. Ada tempat menyimpan catatan hidup. Tak sangka suatu hari ada kepentingannya. Boleh selongkar balik.
PadamTahniah, Kak Amie. Akhirnya bakat yg terpendam di lautan dapat juga dipancing semula dengan jayanya.
BalasPadamBerbelas tahun bakat tu di dasar laut menggigil kesejukan hihihiii.
PadamAlhamdulillah kak Amie. 6 karya itu dah dikira kemajuan untuk orang yang dah lama tak menulis
BalasPadamAlhamdulillah. Mudah-mudahan terus bersemangat untuk menulis setelah sekian lama berhibernasi.
PadamTerbaik kak Amie. Tahniah! Berjaya lagi menukil cerpen. Teruskan berkarya.
BalasPadamTerima kasih Fizah. In syaa Allah, mudah-mudahan ada kudrat untuk terus menulis.
Padamwah alhamdulillah tahniah amie. semuga akan ada lagi karya yang seterusnya. Memang pengalaman hidup merupakan karya asli yang tiada tandingannya. Hanya penulis hebat sahaja yang boleh mengarapnya menjadi hasil yang buat orang tersayat jiwanya apa lagi jika ianya merupakan kisah benar dan takan luput dalam ingatan.
BalasPadamChaiyok chaiyok amie. Semuga pancingan laut dalam membuahkan hasil pancingan yang melimpah ruah lagi.
BalasPadamk Amie ni memang berbakat betul lah, menulis boleh, memasak boleh, ambil gambar lawo... serba serbi la
BalasPadam