Sedapnya Soto Ayam Rempah Mak Pon!

7:03 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Hari ini kita pulun makan soto ayam dari tengahari sampai ke petang. Awal-awal lagi kita dah bagi tahu Encik Suami, hari ini tak masak nasi. Hari ini kita makan soto ayam saja. Encik Suami tak ada bantahan, malah disediakannya dua jug air kelapa muda!

Soto Ayam Rempah Mak Pon

Rempah Soto Mak Pon kiriman dari Johor.

Alhamdulillah. Hari ini sempat bergotong royong dengan Firdaus menyediakan menu Soto Ayam gunakan Rempah Soto Mak Pon kiriman orang Johor : OLEH-OLEH DARI SELATAN. Ini merupakan kali pertama kita sediakan kuah soto menggunakan Rempah Soto Mak Pon. Kaedah memasak disertakan di belakang bungkusan:
  • Rebus potongan ayam bersaiz besar dengan sukatan air sehingga mendidih. Masukkan perencah soto dan kacau.
  • Setelah empuk keluarkan potongan ayam tersebut, tos dan goreng.Setelah digoreng hiris kecil-kecil untuk dimasukkan semula ke dalam sup bagi dimasak sehingga mendidih.
  • Bagi menambah lagi keenakan rasanya, masukkan daun sup, bawang goreng, cili potong dan lain-lain. Hidangkan dengan sambal kicap.
Amie rebus 3/4 dari seekor ayam menggunakan 2.5 liter air. Setelah air rebusan mendidih, Amie masukkan 1/2 bungkus rempah soto Mak Pon. Mmmm... ketika ini aroma sup sangat semerbak!
Amie  patuhi arahan sehingga ayam digoreng. Amie leraikan isi ayam dari tulang. Tulangnya Amie masukkan ke dalam periuk sup dan sambung renih dengan api perlahan. Jangan lupa tambahkan bahan perasa pilihan seperti garam, gula atau serbuk cukup rasa Isi ayamnya pula Amie carik-carik dan letakkan di luar.

Soto Ayam Rempah Mak Pon siap dengan aksesori dan sambal kicap!



Seperti biasa, Firdaus sudah bersedia membantu membuat pegedil kentang. Setelah 1 kilogram kentang digoreng Firdaus terus tumbuk hingga hancur dan membentuk saiz pegedil yang kecil-kecil. 


Set soto ayam sudah sedia untuk dijamah!



Sup Soto

Ayam Carik

Nasi Himpit

Suhun Goreng

Pegedil Kentang

Taugeh



Daun Sup

Bawang Goreng

Limau Kasturi

Kacang Tanah Goreng

Sambal Kicap



Terima kasih SK sudi kirimkan Rempah Soto Mak Pon. Memang memudahkan proses memasak sup soto. Tak perlu kupas bawang, halia dan sebagainya. Tak rugi sesiapa yang nak cuba rempah ini. Kalau hendak jamu kawan-kawan atau keluarga makan soto ayam bolehlah gunakan Rempah Soto Mak Pon. Kandungannya seberat 250 gram, dan boleh dapat hasil sup soto yang banyak. Mungkin ada yang suka lebih cair, boleh lebihkan air, dan yang sukakan lebih pekat boleh kurangnya air. Aroma rempahnya ketika sup mendidih memang cukup menggoda!

Jom, tak sabar nak makan Soto Ayam Rempah Mak Pon.
Kita dah makan tiga mangkuk tau!



Soto Ayam Rempah Mak Pon

Yang ini, semangkuk Soto Ayam Rempah Mak Pon kita nak hantar ke Johor. Harap orang sana belum masuk tidur....hahahahaa!

22 comments

  1. Kan bagus dapt mood rajin macam Kak Amie. Dapat makan soto sampai ke petang. Tapi kalau buat sorang takde kawan makan tu yang malas tu. Encik suami tak minat sangat.

    Mudah ada rempah siap, tengok kuah pun nampak sedap. Untung ada pembantu dapur. Buat sendiri boleh makan extra rencahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Hari ini tak banyak kerja yang perlu disiapkan. Nak buat soto ayam ni asyik tertunda sebab Firdaus dah pesan, dia nak buat pegedil. Rasanya sesuai sangat;ah buat di hari minggu. Memang puas makan soto ayam hari ini Fizah.

      Padam
  2. Akhirnya, dapur Kak Amie berasap. Orang Johor belum masuk tidur, dah sedia dengan sudu garfu nak makan Soto Ayam Mak Pon dimasak di dapur orang Lahad Datu 😍. Mantap aksesorinya tu, Kak Amie. Rajin Firdaus bantu mummy buat pergedil kentang ya, mahu berbiji-biji masuk ke mangkuk tu.

    BalasPadam
  3. Itulah meriahnya dunia masakan ye SK. Macam-macam boleh bubuh aksesori. Firdaus dah pesan, baki pegedil dia nak makan. Jangan sesiapa makan, katanya. Sebentar tadi Encik Suami ajak makan soto lagi, tapi Firdaus tengah bervideo call dengan kakak iparnya. Sempatlah kami copet beberapa ketul pegedil hihihihiii.

    BalasPadam
  4. Kayaknya soto menggunakan rempah Mak Pon sama dengan soto Indonesia, sobatku Amie. Terima kasih telah berbagi pengalaman.

    BalasPadam
  5. geram nengok begedilkentang Daus yang comel-comel macam tuan yang buat.

    Lengkap menu soto akak, sedapnya kalau dapat makan soto gini....

    BalasPadam
  6. Menu wajib raya satu waktu dulu.. Indahnya kenangan..
    Dah ada rempah macam ini mudahlah nak membuatnya..

    BalasPadam
  7. Seronoklah Kak Ami ada pembantu di dapur, comel pula begedil yg dihasilkannya :)
    Hasil kerja mak & anak nampak sangat menyelerakan,

    BalasPadam
  8. Memang betul Kak, rempah Mak Pon semua sedap.. pes ikan bakar dia punn.. tapi kita selalu masak mee bandung dia... adeii terasa-rasa plak...

    BalasPadam
  9. Waduh sedapnya soto. Orang johor memang minat soto apalagi siap dengan bergedilnya lagi. Layan banyak kali pun sodap. Amie buat memang lengkap setnya. Apa lagi assistant nya yang rajin. Terbaik lah dapur lahad datu

    BalasPadam
  10. Selain daripada pes soto ada pes mee bandung, pes mee bandung power, pes asam pedas, pes ikan bakar. Kalau pergi kedainya kat jalan junid emmm memang tak cukup satu pes rasa semua nak diborong. Tapi yang femes tu mee bandong lah sampaikan kalau balik raya pesnya sampai habis stok sebab orang suka beli banyak-banyak buat stok kat rumah bila tetamu datang senang je siap masak.

    BalasPadam
  11. Rajinnya firdaus. sedpa sgt tgk sis punya soto. teringin nnt nak buat.

    BalasPadam
  12. Sedapppnya kalau dpt hirup kuah sup ni
    rajinn amie ni

    BalasPadam
  13. Mengiurkan la soto tu...
    Begedil tu sama comel macam dak Daus tu..hihihuli...
    Jauh datang rempahnya tu...

    BalasPadam
  14. Sedapnya.seronok masak ada pembantu cilik yang rajin. Lama tak makan soto Muar. Memang complete set ni

    BalasPadam
  15. Sedapnya Amie. Kita berkunjung ke sini malam malam pula tu. Berkeroncong perut. Hehe

    BalasPadam
  16. SAa suka pes asam pedas Mak Pon...belum cuba yang pes mee bandung lagi...nak beli jugak la...lama x pekena mee bandung sedap

    BalasPadam
  17. serba lengkap menunya tu kak sedapnya alahaii

    BalasPadam
  18. Memang lengkap. Untung dapat guna kiriman rempah dari orang selatan.
    Kalau saya pun sanggup makan soto dari pagi hingga malam. Tidak puas makan!

    BalasPadam
  19. sedapnya nampak soto kak amie ni.
    kalau syu pon, mesti bertambah mkn..suka mkn sup2 jgk

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe