Makan Nasi Goreng dengan Sup Isi Ikan di Restoran Nalapak

9:33 PTG

Setelah hampir dua jam menemani Firdaus mandi sungai dan memberi makan ikan, kami pun tinggalkan Tagal Kampung Nalapak. Perut mula berkeroncong. Rupanya sarapan lempeng pagi tadi tidak begitu mengenyangkan.... ahaks! Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh pekerja di Tagal Kampung Nalapak, kami singgah di Restoran Nalapak yang terletak di kiri jalan tidak jauh dari sungai.

Menu yang ditawarkan pun biasa-biasa sahaja. Kami memesan:

  • Nasi Goreng Lalap
  • Nasi Goreng Ikan Masin
  • Sup Isi Ikan
Firdaus tidak mahu memesan makanan walaupun ditanya berkali-kali. Dia hanya minta minuman sahaja.

Tidak lama kemudian datanglah Nasi Goreng Lalap dan Sup Isi Ikan. Sup Isi Ikan didatangkan dengan sepinggan nasi putih. Ada hirisan timun di dalam Sup Isi Ikan. Kata Encik Suami memanglah disertakan nasi, bukannya sup sahaja. Oleh kerana Amie menunggu nasi Goreng Ikan Masin jadi Amie cuba suapkan Firdaus nasi putih dengan Sup Isi Ikan. Sedap sungguh Sup Isi Ikan, tapi Firdaus hanya makan dua sudu nasi sahaja.

Lama pulalah Nasi Goreng Ikan Masin nak sampai ke meja. Amie terus hirup Sup Isi Ikan hingga habis semangkuk. Encik Suami juga sudah habis makan nasi Goreng Lalap. 

Sup Isi Ikan


Nasi Goreng Lalap

Kami panggil pekerja restoran yang mengambil pesanan dan bertanyakan Nasi Goreng Ikan Masin.
"Oh, mau nasi goreng jugakah?" tanyanya.
Aduhai!
Kalau ikutkan hati memanglah nak bahasakan sahaja, tapi sebab lapar dan Sup Isi Ikan tadi sedap, kita pun mengiyakan saja. Sewaktu ambil pesanan, entah apa yang ditulisnya. Tidak  sampai berapa minit  kemudian datanglah sepinggan Nasi Goreng Ikan Masin.

Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin yang masih panas berasap terasalah enaknya! 
Bolehlah singgah makan di sini kalau ada rezeki jalan-jalan lagi.


Budak satu ini bertingkah lagi!
Tak mahu makan dan buat muka monyok.
Apabila kita tanya berkali-kali, inilah jawabnya: 
Kenapa cepat sangat mandi sungai? Daus nak main-main dengan ikan.
Aduhai sayang!
Teruskanlah merajuk sampai ke Kota Kinabalu.

Restoran Nalapak

22 comments

  1. Alahai Daus..merajuk rupanya.
    Sebelum sampai KK nanti hilanglah merajuknya tu 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ujie. Tak sampai tiga minitt masuk kereta, okey dah.

      Padam
  2. sedapnya tengok nasi goreng ikan masin tuu..

    BalasPadam
  3. Firdaus pandai express tak puas hati secara lembut , kesian pula aunty, inshaAllah tentu ada rezeki lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pujuk baik-baik tu, hatinya mudah tersentuh. Tiba-tiba nanti banjir air mata.

      Padam
  4. Ya Allah nampak sedapnya...Teringat sup perut ikan yang cikgu selalu cerita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringin nak beli perut ikan yang dah dikeringkan, tapi rasa tak mampu pula dengan harga tujuh buah kayangan tu hihihiii.

      Padam
  5. Hihihi.. dah agak dah, kenapa Daus tak nak makan, hihihi.

    Nampak sedap rupa nasi goreng tu, kalau dapat makan panas2 lagi sedap. Sy pun selalu jugaklah jumpa staf restoran tak tulis order ni, mungkin sebab guna mask, kadang tak perasan, hihi. Tapi geram tetap geram, lebih lagi jika dah lama menunggu baru tahu dia tak tulis order.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya senang hati kalau staff ulang balik oderan kita untuk confirm.
      Daus memang macam tu kan SK hehehee maklumlah dia seorang yang ditatang.

      Padam
  6. kena datang lagilah sebab daus tak puas main dengan ikan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Wak, akan berkunjung lagi jika ada kesempatan

      Padam
  7. Daus merajuk rupanya... Jelas kelihatan muka tak puas hati tu...
    Nasi goreng ikan masin tu nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia kalau diam-diam saja tanda merajuklah tu.

      Padam
  8. Sabar sahajalah tidak buat nasi goreng ikan masin.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Itulah kata Encik Suami... Firdaus ni banyak jual tingkah hahahaa.

      Padam
  10. Bila lapar mengundang rasa marah jugak bila makanan dipesan tak kunjung tiba. Mujurlah sampai jugak dan sedap. Aduhaaii Firdaus tak puas lagi tu 2 jam dia berendam dalam sungai...hehe..sabar jelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... lagi sakit hati sebab orang lain dah habis makan.
      Tak puas berendam kot Firdaus tu, selagi tak kecut kaki tangan.

      Padam
  11. adoi. boleh pula staff dia tnya, masih nak nasi goreng ke. haha

    BalasPadam
  12. tak pernah jumpa sup isi ikan dekat sini kak.... mesti sedap tu kan.
    Aduhai merajuk sebab tak puas mandi sungai lagi rupanya... patut lah sampai takmo makan

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe