Nasi Lemak Rendang Oma
9:19 PTGSetelah membeli apa yang patut, kami pun meninggalkan Suria Sabah Shopping Mall. Keluar dari kereta, terhidu aroma yang sangat menggoda selera! Bau masakan berempah yang lembut tapi semerbak menerpa lubang hidung. Di sebelah kiri tempat letak kereta dan berada di bahagian bawah Zara's Boutique Hotel, terpampang papan tanda Nasi Lemak Rendang Oma dan Tuk Tuk Tomyam. Haa... pasti aroma itu datangnya dari Restoran Nasi Lemak Rendang Oma.Wah, sudah hampir pukul 9 malam, masih ada nasi lemak lauk rendangkah?
Encik Suami pun seperti berminat untuk 'sambung' makan di sini. Jadi kami memesan Nasi Lemak Sambal Kerang dan Nasi Himpit Rendang Daging. Encik Suami ajak makan di bahagian luar restoran tapi Amie tak mahu. Takut ada nyamuk.... ahaks. Maklumlah tempat makan di bahagian luar agak gelap sedikit. Lebih baik duduk di dalam restoran saja.
Firdaus tak mahu memesan apa-apa makanan. Katanya: Daus mengantuk.
Nasi Lemak Sambal Kerang RM12.90 Nasi Himpit Rendang Daging RM14.90 Sirap Bandung RM4.50 Sirap Limau RM4.50 Chinese Tea Panas RM1.00 |
Wah, malam nasi lemak, pagi pun nasi lemak juga!
Kuih-muih tradisonal Melayu. |
- Kuih Lenggang @ Kuih Ketayap
- Bingka Ubi
- Seri Muka
- Kuih Lapis
27 comments
Aduh.. sampai tertidur, Daus. Nasib baik paginya sarapan di situ juga, dapatlah Daus makan Nasi Lemak dengan Peha Ayam Goreng.
BalasPadamPak Inche pun suka betul makan di luar restoran, kadang sampai merajuk, hihi.
Di luar tempat duduk dekat jalan raya, rasa tak selesa pula kalau ada kenderaan lalu lintas di situ, macam telan asap dan habuk pula hihihiii.
PadamMahal juga sekeping kuih.
BalasPadamTerliur saya dengan nasi lemak bersama parut goreng.
Ya, harga kayangan pula kan NA.
PadamSedap saya ratah paru goreng, minta dari pinggan Encik Suami.
comel je Daus sampai tertidur 😂
BalasPadammenu semua nampak sedap sebab mmg selera saya semua menu tu. lama tak makan kelupis lak, suka makan dgn kuah kacang. fuh yummy!
Sedap kan makan kelupis dengan kuah kacang.
PadamNampak menarik hidangan nasi lemaknya.
BalasPadamMahal kuih2 comel tu.
Agaknya nilai kecomelannya tu yang membuatkannya jadi mahal hehehee.
PadamWahhh harga kuoh 1.50 sen
BalasPadamsedapp.tak? kalau.sedapp berbaloi jga
Biasa saja rasanya Cik Nur.
PadamBoleh juga ni nanti test2 lawat sana
BalasPadamSilakan Calrase Patrick.
Padamuih... kuih kayangan tu
BalasPadamHaaa...iya, kuih biasa saja, harga kayangan.
Padammmg nmpk sedap nasik lemak tu... pelik juga restoren ni masuk ikut pintu belakang.. hehehe.. tp bagus jugaklah boleh usha² dapur jugak
BalasPadamAda pintu depan. Restoran ni di tepi jalan raya dan berpagar pula, kalau nak masuk kena melalui ruang hadapan restoran lain. Tu pasal senang masuk dan keluar ikut pintu belakang.
PadamOma tu 'emak' barangkali?
BalasPadamIyo laa tu Uncle.
PadamSedapnya nasi lemak. Oaru dipoyong besar macam.tu sedap dimakan. Kesiannfirdaus ngantuk sgt fia
BalasPadamYa, paru dipotong besar, lembut pula tu. sedap dikunyah.
PadamBesar Restorannya dan menarik jugak dekorasi. Nama kedai yang buat orang rasa nak mencuba jugak. Rendang tu bukan senang senang nak dapat makan kan. Harga boleh tahan jugak. Lagi lagi harga kuih. Nasi lemak tu buat orang tergoda betul nak cuba.
BalasPadamMemang proses merendang bukan mudah, dengan penyediaan bahannya semua. Tapi hasilnya memang berbaloi. Dapat hidu aromanya saja dah terasa seolah kembali ke kampung laman sewaktu hari raya.
Padamtak pernah try mkn sini lg. tp tuk2 tomyam tu selalu mkn.
BalasPadambiasanya order dkt grabfood je. sedap mknn di situ..
Confirm sedap lah tu kalau makan sampai 2 kali. Memang convenient ada restoran dekat dengan hotel
BalasPadamSedapnya nasi impit dan kelupis tu.Teringin nak buat kelupis bila nampak daun lerek kat tepi pondok jaga perumahan saya tapi nak berguru dengan siapa?huhuhu
BalasPadamCantik la decoration tempat ni....tenang ja
Telan- telan air liur SA tengok entry ni kak...ya allah sedapnya
BalasPadamsedap betul tu ye kak, dah makan malam esok paginya datang lagi untuk sarapan situ.
BalasPadamMemacam tengok lauk yang ada tu