Makan Coto Makassar di Telupid
3:20 PTGFirdaus cuti sekolah selama seminggu. Demam dan batuk. Kita pula selepas suntikan booster 3 terpaksa ambil cuti sehari sebab demam. Badan rasa panas sejuk saja selama beberapa hari. Menjelang cuti CNY, Encik Suami ajak jalan-jalan. Oleh kerana perjalanan tidak dirancang lebih awal, agak kalut jugalah buat persiapan.
Pagi Sabtu, 29 Januari 2022 kami tinggalkan rumah. Kami hantar dahulu kura-kura peliharaan Firdaus ke rumah adik ipar di kampung. Begitu begini, pukul 8:30 barulah kami bertolak dari Lahad Datu. Seperti yang diduga, jalan yang dilalui tidaklah seindah yang dibayangkan. Ada masanya terpaksa melalui jalan berlubang, lopak dan sebagainya. Encik Suami bawa kereta perlahan saja. Melihat beberapa buah kereta yang rosak di tepi jalan kerana terlanggar lubang, hati menjadi bimbang. Ada yang pecah tayar! Biarlah pandu lambat asalkan selamat sepanjang jalan.
Perut mula pedih sebab belum beralas. Kami hanya bawa air mineral dan biskut sahaja. Cadangnya hendak bersarapan di Restoran Saiful di pekan Telupid. Akhirnya pukul 12:30 barulah tiba di situ!
Coto Makassar |
Restoran Saiful |
Bakso Campur |
Mihun Sup Ayam |
Coto Makassar |
13 comments
cute betul sebutannya, COTO!
BalasPadamKan... coto memang berbeza dengan soto yang kita biasa makan tu.
PadamAlhamdulillah dapat rasa coto kegemaran. Kalau saya dah 12.30 memang cari makanan berat dah
BalasPadamHahaaaa... betul tu. Tapi Kak Amie kena temankan driver, katanya mengantuk ketika memandu setelah makan berat.
Padamsedap nampak bakso campur dia.
BalasPadamsyu pernah mkn coto makassar, tp x berapa minat sgt sbb kuah dia pekat..
Betul Syu, kalau pekat sangat memang mengganggu selera. Setakat ini Kak Amie boleh layan kuahnya.
PadamPekat betul kuah coto tu. Rezeki Kak Amie dapat merasa coto masih ada lagi. Sedap nampak bakso campur tu. Lama bertahan kedai ni ramai pelanggan suka jadi pilihan ramai.
BalasPadamSekarang ni susah sikit nak cari coto yang ori. Kalau ada pun kedekut isi dan kuahnya kurang sempurna rasanya. Bila dapat jumpa yang begini memang puas hati sungguhlah.
PadamSedap nampaknya Coto tu.. Makan panas panas..
BalasPadamMemang sedap makan panas-panas, perah jus limau kasturi dan tambah sambal.... pergghhhh!
PadamAntara menu yang teringin sangat nak rasa tapi belum jumpa kat sini.Cikgu dah sertakan resipi tapi belum ada kerajinan dan keyakinan 🤭
BalasPadamSaya pun kalau nak masak coto Makassar ni kena tunggu makan keluarga, buat sekali harung banyak-banyak. Setakat nak makan semangkuk, kenalah rajin cari di warung.
Padammemang nampak pekat cotto makassar tu ye kak... dahla lapar dapat pulak makanan yang diidamkan memang bahagia lah kan
BalasPadam