Singgah Makan di Nabalu Puteri
3:57 PTGLebih kurang pada pukul 1:30 tengahari kami tiba di Pekan Kundasang. Perut pun sudah bergendang minta diisi. Kami singgah di Restoran Nabalu Puteri yang terletak di:
Kampung Desa Aman,
Pekan Kundasang,
89300 Ranau, Sabah.
Restoran Nabalu Puteri |
Ada sepohon pokok bunga ros Inggeris sedang berkembang di pintu masuk restoran.
Cantik sungguh warna bunga ros ini. Biasanya kita melihat bunga ros Inggeris ini banyak mekar berkembang di Taman Australia di dalam War Memorial Kundasang.
Leka menikmati keindahan bunga ros, terlupa pula tujuan asal ke Restoran Nabalu Puteri.... ahaks!
Masuk ke dalam restoran, Firdaus terus menekan loceng pesanan dan kami memilih:
- Nabalu Fried Rice
- Chicken Chop
- Fish & Chip
- Chinese Tea
- Ice Tea Susu
- Mineral Water
Nabalu Fried Rice |
Encik Suami memasan Nabalu Fried Rice. Ada telur mata.... entah sebiji entah dua biji kuning telurnya itu. Sekeping sayap ayam goreng dan keropok bawang. Firdaus marah sungguh sebab makanan pesanannya belum sampai. Dia minta keropok bawang dalam pinggan Encik Suami.
Fish & Chip |
Apabila Fish & Chip kita sampai, lagilah marah budak Firdaus! Katanya, kenapa lama sangat Chicken Chop nak sampai. Dia pun bantu kita makan kentang goreng sampai habis.
Chicken Chop |
Akhir sekali sampailah Chicken Chopnya ke meja.
Kita minta sikit pun dia tak bagi..... hahahahaa!
Bunga ros yang cantik, subur merimbun. |
Setelah alas perut seadanya, kami tinggalkan Kundasang menuju ke tempat penginapan. Jauhnya lebih kurang 6 kilometer dan Pekan Kundasang.
25 comments
Saya suka konsepnya, side dish berlainan bagi setiap hidangan. Salad Kak Amie nampak sedap sangat.
BalasPadamJadinya, Firdaus banyaklah makan kentang goreng, kan?
Hahaaa... memang penuhlah perut Firdaus dengan kentang goreng. Salad kita tu Encik Suami habiskan sebab keropoknya Firdaus pula yang habiskan.
Padamrindu nak ke kundasang, tah bila lah berpeluang lagi terutama dlm keadaan pandemik yg on and off ni, mmg tak berani lah nak jln2 keluar state.
BalasPadamJalan-jalan dalam negeri dulu. Ambil peluang teroka habis seluruh pelosok Sarawak hehehee.
PadamDaus...nanti biru mata hitam tu..asyik makan western🤭🤣
BalasPadamTelur tu kembar agaknya..saya pernah jumpa tapi ada la sekali dua sahaja.Pernah tengok dalam Masak Apa Hari Ini..semua 1 tray telur tu bila dipecahkan ada 2 egg yolk..Harap2 musim telur mahal ni dapat la macam tu🤭
Kalau beli telur saiz double A memang selalu jumpa tu kuning telur kembar dua.
PadamHeee... mahalnya telur sekarang ni.
Memang cantik la kak amie bunga ros tu..SA ni memang nak sangat tanam bunga ros..tp sebut je nak tanam bunga terus kena hijack ngan Pak Zain...geram je hati ni...
BalasPadamPernah tanam spesies bunga ros ni di halaman, tapi mati juga akhirnya.
PadamAlahai Pak Zain... kesian SA.
WAh! Banya bunga2 segar!
BalasPadamSudahlah segar cantik pula kan Uncle.
PadamWah masuk dh disambut dgn bunga ros ye...lama x gi kundasang. Sejuk lagi kah area situ
BalasPadamAda masanya sejuk, ada masa yang lain pula rasa panas.
PadamTeringin nak pi Kundasang🌹🌹InsyaAllah satu hari nanti😘
BalasPadamMarilah datang Kundasang.
PadamCantiknya restoran dia mcm rumah meeah. Ros tu pun cantik sgt kak
BalasPadamBetul tu Mamapp. Restoran nampak cantik macam rumah mewah. Dalamnya pun luas.
PadamBaru tahu namanya bunga ros Inggeris. Saya ingatkan ros kampung. Hahaha..lawak lah Firdaus, dia punya tak bagi pulak kita ambil. Fish & Chips fav saya tu :)
BalasPadamKak Amie suka sangat bunga ros ini. Setakat ini biasa tengok di Tugu Peringatan Kundasang di Taman Australia. Di sana dijaga rapi, tumbuh subur dan berbunga lebat.
PadamJadi terakhir dapat makanan memang rasa tidak seronok.
BalasPadamKan. Sakit hati tengok orang lain makan... macam sedap sangat makanan orang lain tu.
PadamAmboi Firdaus.. Garangnya bila lapar
BalasPadamNampak garangnya ye Sal.... hahahahaa!
PadamBerkenannya saya tengok bunga ros Inggeris tu!
BalasPadamKasihan Firdaus, makanannya yang paling akhir sampai...
cantiknya bunga ros tu kak, dahla kuntumnya banyak... ralit la nengok kan.
BalasPadamAduh sian Daus, terpaksa lah dia cukai makanan akak dan suami ya
kesian daus, mesti dia kelaparan betul..
BalasPadam