Zara's Boutique Hotel Kota Kinabalu

3:12 PTG

Rajuk Firdaus tidak lama. Sebaik sahaja melintasi bulatan replika kobis di pekan Kundasang kami mula berbual-bual. Dia bersorak gembira apabila Amie beritahu sekarang dalam perjalanan menuju ke hotel di Kota Kinabalu. Tidak lama kemudian dia keluarkan Kokonys dan makan sendiri. Selepas minum air mineral, terus tertidur dengan lenanya sehinggalah kami menghampiri tempat penginapan kami di Jalan Pantai Baru, Sembulan.

Zara's Boutique Hotel
Sumber : Google


Sana sini kelihatan hiasan tanglung berwarna merah sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Ruang lobby kelihatan agak luas.


Ketika kami daftar masuk hotel, jam menunjukkan lewat pukul 3 petang. Pada mulanya risau juga dan sudah bersedia menadah telinga kalau Encik Suami membebel tentang tempat letak kereta. Alhamdulillah, ruang letak kereta sangat luas! Walaupun dapat letak kereta di kawasan berhampiran, kalau boleh Encik Suami mahu letak kereta di depan pintu hotel...aduyaiiii!


Bilik kami pula letaknya di penghujung dunia... ahaks!

Inilah bilik untuk kami bermalam. Tidak dapat family room tetapi dapat dua katil single pun sudah memaaadai. Jika perlu, boleh minta tambahan sebuah tilam lagi.

Ruangannya agak luas dengan adanya tingkap yang membenarkan cahaya matahari masuk ke bilik. Nak solat pun rasa selesa kerana tidak perlu bersempit-sempit dan menyelit di celah katil.


Walaupun menampilkan gaya lama tetapi kami selesa di sini.
Encik Suami seronok baring-baring di lantai sehingga terlelap!



Sebentar lagi akan kedengaran bunyi air mendidih.


Kedua-dua mug warna biru ini sedang menunggu untuk digunakan!


Sterika dan iron board turut disediakan.



Orang pertama masuk bilik air sudah tentulah Firdaus!


Tandasnya bersih dan kemas serta luas.




Setelah menunaikan solat jamak dan berehat seketika kami bercadang untuk jalan-jalan cari makan. Sewaktu berjalan menuju ke lift terpandang Hospital Gleneagles di sebelah kiri. Teringat isteri anak buah (Abang Aznan) yang sedang menunggu hari untuk bersalin. Abang Aznan sudah membuat tempahan untuk isterinya bersalin di sini. Semoga dipermudahkan urusan Abang Aznan sekeluarga untuk menyambut kelahiran cahaya matanya yang keempat. Maka bertambahlah cucu saudara kita... Alhamdulillah.

Hospital Gleneagles.

 
Akhirnya tercapai hasrat untuk bermalam di hotel yang terletak berhampiran IMAGO Mall di KK Time Square. Bolehlah shopping sepuasnya. Tempat letak kereta pun banyak, jadi tidak perlu risau pulang lewat malam sedikit. Hendak ke pusat bandar pun tidaklah jauh sangat, hanya lima kilometer sahaja jaraknya.

13 comments

  1. Seronok nya Firdaus..hilang rajuk dah masuk hotel ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum sampai hotel dan hilang rajuknya hahaaa.

      Padam
  2. Memang luas dan cantik pulak biliknya tu, Kak Amie. Haaa.. kalau bilik sempit, masalah la nak solat. Pernah dulu masa di mana tah, terpaksa solat atas katil, tapi rasa macam nak tumbang selepas bangun dari tahiyat atau sujud, sebab tilam tak stabil, hihi.

    Mug tu cantik, sy ada pinggan yg permukaan begitu, tapi tak pernah pulak jumpa mug tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah dua kali solat atas katil sebab bilik sempit juga. Katil double decker pula tu.
      Aduhai... sujud dan duduk tahiyat tenggelam atas tilam kihkihkih!

      Padam
  3. Balasan
    1. Betl NA. Yang bestnya sebab luas tempat parking.

      Padam
  4. Nampak simple Dan selesa bilinya. Bilik air nampak besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang luas bilik airnya, sepadan dengan keluasan bilknya juga.

      Padam
  5. Terurus kemas hotel ni dari lobi sampai dalam bilik. Seronoklah Kak Amie dapat shopping nanti dah dekat dengan mall.
    Semoga dipermudahkan segala urusan Abg Aznan dan keluarga. Aaaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang itulah tujuan ke KK. Santai, makan-makan dan shopping sahaja.
      Terima kasih doa untuk keluarga Abang Aznan.

      Padam
  6. cntik jgk hotel dia ya.
    selalu tgk je hotel ni bila ke imago..

    BalasPadam
  7. Wanita dan shoping...rakan sejati🥰😍

    BalasPadam
  8. nasib sekejap je merajuknya si Daus tu ye kak... ehehehe, dah puas rehat apa lagi menyopping lah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe