Makan Nasi Ayam Sedap

10:37 PTG

Kita cuba cari waktu untuk makan tengahari bersama Encik Suami. Maknanya, kenalah makan di luar. Selepas balik kerja, memang Amie hanya temui 'kekosongan' di rumah. Sepi sendiri. Lepas mandi, solat terus rebahkan diri tidur! Beginilah kisahnya kalau masing-masng sibuk dengan urusan kerja dan Firdaus pula bersekolah pagi dan petang.

Satu tempat makan yang sering kami kunjungi ialah sebuah restoran kegemaran anak-anak iaitu Bee Bee Ice di Bandar Tabanac Lahad Datu. Kalau dahulu sering datang bersama anak-anak tetapi sekarang hanya datang berdua sahaja dengan Encik Suami dan kadang-kadang bertiga dengan Firdaus.

Encik Suami sukakan menu nasi ayam. Katanya saiz ayamnya lebih besar berbanding saiz ayam di kedai nasi ayam yang lain.

Nasi Ayam


Ini ayam goreng, Besar saiznya kan. Walaupun tanpa daun salad atau hirisan tomato dan timun, ia sudah cukup rasa sudah sempurna!


Ini pula bahagian sayap ayam. Tidaklah kecil sangat, sebab bahagian sayap ini sebahagiannya hanya tulang! Tetapi bahagian sayap ini nampak lebih berisi, mungkin dilebihkan potongan bahagian dadanya atau saiz sayap itu sendiri memang besar.

Ya, sayap ayam ini didatangkan bersama lebihan bahagian dada.



Amie pula lebih suka makan nasi ayam berlaukkan ayam stim.


Kadang-kadang kami minta lauk tambahan seperti hati ayam.


Encik Suami pula suka sangat makan taufoo telur.


Kita pun suka juga taufoo telur.
Biarpun nampak togel saja lauk-pauknya tetapi dari segi rasa memang kita nak selalu ulang makan di sini.


Untuk melengkapkan rasa nasi ayam bolehlah sudukan sambal / cili ke dalam bekas dan tuangkan bula halia kisar.


Kalau sukakan rasa halia,  lebihkan sukatan halia dan bubuh cili sedikit sahaja.

Nasi Goreng Ikan Masin

Pada masa yang lain, ubah selera pula. Amie teringin makan nasi goreng ikan masin, tapi pesan juga lauk tambahan.

Udang Goreng Butter Kering

Inilah lauk tambahannya iaitu udang goreng butter kering.


Nasi Goreng Ikan Masin tidaklah terasa masin sangat, ditambah Udang Goreng Butter Kering bertambahlah sedapnya. Bismillah.



Kalau rasa hendak tercekik sewaktu makan, minum saja air lemon panas tanpa gula!

24 comments

  1. Wahhh.. ni makan bertiga atau berdua ni, Kak Amie? Memang nampak sungguh sedap tu nasi ayamnya, tambah ada sambal dengan halia.

    BalasPadam
  2. Meyelerakan..ayam tu wlupun togel tp nmpk sedap ..ada sambal halia lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Restoran tu memang fokus, jaga kualiti rasa makanannya. Tu pasal, walaupun nampak tak ada rupa, tapi rasa tetap mengancam.

      Padam
  3. dapnya nasi ayam lama dah xmsk sendiri

    BalasPadam
  4. memang isi ayam nampak banyak dari yg biasa kat sini. semua serba serbi sedap lah menu yg amie ambik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... ta jemu jamu selera di sini, terutama waktu tengahari.

      Padam
  5. Saya suka nasi ayam yang ada sambal halia. Rasa lebih sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ujie. Saya suka bubuh banyak halia.

      Padam
  6. sambal halia tu yang buat sedap. jarang restoran di KL yang sediakan. selalu sambal cili aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringkas saja pelengkap rasa nasi ayam tu kan Sal, tapi tetap sedap.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Nampak sedap tu kak amie..lama plak x makan nasi ayam

    BalasPadam
  9. Walaupun serba ringkas tapi portion besar ayam tu puas hati makan. Tengok udang butter tu mesti teringat Abang Farid suka makan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fizah. Setiap kali makan maakanan yang anak-anak gemari, pada masa yang sama teringat anak-anak yang jauh.

      Padam
  10. Sukanya sambal halia...
    Kat sini tak pernah nampak lagi hati ayam disajikan macam tu...
    Unik

    BalasPadam
    Balasan
    1. MIL & FIL suka nasi ayam ada halia begini. Kalau kami masak nasi ayam di kampung memang tak lupa buat sambal dan kisar halia.

      Padam
  11. betul lah kak ayam nya nampak besar, kalau sorang makan memang puas betul tu....
    lauk tambahan pun pelbagai...

    BalasPadam
  12. Nampak ayam dia cantik je. lauk tahu bior pun togel tapi nampak sedap je. Alahahaiiii lapor le pulak

    BalasPadam
  13. Kat sini jarang jumpa sambal halia selalunya sambal cili je dengan kicap dan sup. Kalau sambal tu emmm lagi banyak lagi sodap gaul dengan ayam sampai merah. hehehehe

    BalasPadam
  14. Suka nasi ayam stim dengan kuah halia memang naik aroma dan rasa.

    BalasPadam
  15. besar portion ayam dia.
    dan taufoo tu nmpak menarik sangat..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe