Makan Malam Dalam Bas

8:24 PTG

Di simpang masuk Kampung Pinausok sebelum menaiki selekoh berbukit-bukit menuju ke Jasni Rijan Resort, ada sebuah restoran yang agak unik. Restoran ini terdiri daripada beberapa buah bas terpakai dan pelanggan boleh menikmati hidangan di dalam bas tersebut. Tempat makan di dalam bas ini dinamakan BW Bus Restaurant. 

Memandangkan kami datang pada waktu malam, tidaklah dapatrakan banyak gambar. Kebetulan pula  restoran hanya beroperasi sehingga pukul 8 malam sahaja.

Salah sebuah bas yang dijadikan tempat menikmati hidangan.


Para pengunjung dikehendaki daftar masuk di sini. Setiap seorang dikehendaki membeli tiket berharga RM5.00 setiap satu. Jika hendak membeli makanan, boleh terus pesan di kaunter. Harga makanan akan diberi diskaun dengan menolak harga tiket yang dibeli. Pelanggan hanya perlu naik ke bahagian atas, dan duduk di dalam bas menanti hidangan masing-masing.

Oleh kerana restoran akan tutup tidak lama lagi, jadi hidangan yang ditawarkan pun banyak yang sold out. Terpaksalah memilih apa yang ada sahaja.

Bus Ticket : RM5.00


Jom kita naik tangga menuju ke bas yang telah ditetapkan.



Pemandangan dari atas bas.





Agak-agaknyalah, berapa tahun tak pernah naik bus?
Terakhir kali Amie naik bas ekspress dari Lahad Datu - KK - Lahad Datu pada tahun 2018 (kalau tak silap) kerana menguruskan visa di India Visa Centre di Kota Kinabalu.


Sudah tentulah ini merupakan pengalaman kali pertama Firdaus naik bas.


Tempat duduk penumpang bas sudah diubahsuai menjadi meja makan pelanggan.


Pesanan pertama tiba, minuman strawberri pilihan Firdaus.


Kemudian disusuli pula dengan Fried Onions Rings. 
Tak tahulah kenapa Firdaus suka sangat makan bawang goreng!



Baik pula hatinya malam itu mahu berkongsi onions rings dengan Encik Suami.

Balckpepper Beef

Tidak lama kemudian, datang menu pesanan Amie iaitu nasi putih  lauk blackpepper beef.


Ada telur goreng mata sebelah dan hirisan kobis ungu, kobis putih serta lobak.

Garlic Soy Chicken

Dan hidangan terakhir sampai sudah tentulah untuk Encik Suami. Sama juga dengan Amie, Encik Suami minta nasi putih makan dengan Garlic Soy Chicken.


Hidangan nasi putih bersama garlic soy chicken ini juga didatangkan bersama sayur siew pak choy dan telur goreng mata sebelah.
Agaknya kalau kami datang awal sedikit tentu boleh memesan hidangan lain.
Oleh kerana sudah tahu lokasi restoran ini, lain kali bolehlah singgah lagi.



 

22 comments

  1. TENANG JA MAKAN DALAM BAS BERHENTI KALAU DIA JALAN TERPELANTING SEMUA HEH HEH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... betul tu Kak PI. Baik makan dalam kapal terbang daripada makan dalam bas bergerak.

      Padam
  2. creative..kat Port Dickson ada satu tempat tu tukang masak yang memasak dalam bas kuning. pelanggan tetap di meja di luar bas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo bas kuning pula ye. Memang kreatif kan Ammi.

      Padam
  3. menarik mkn dlm bas..sedap nmpk air firdaus tu..hah onion ring ngan firdaus berpisah tiada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang dicarinya...onion rings tak pernah jemu baginya.

      Padam
  4. Unik la bas di buat restoran...pandai marketing strategy pengusaha dia ni....Daus...asyik fried crispy onion je yang oiii...kasi tukar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... onion rings, kentang goreng... itulah yang dicari selalu. Kita pulak yang nak jemu hihihiii.

      Padam
  5. Wah ! Unik jugak ni!

    (Blog ni loadingnya semakin pantas! YEAY!)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut mood dia juga ni Uncle... kadang pantas kadang kalahkan siput mengesot.

      Padam
  6. Bas tergantung. Gayat pula. Dahulu ada juga bas dijadikan tempat makan di Klebang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oleh sebab datang waktu gelap tak nampaklah pula suasana sekitar yang sebenarnya.

      Padam
  7. Onion ring memang sedap. Saya pun suka. Sep sikit Firdaus! Di Sekinchan pun ada cafe bas begini tapi saya tak pasti halal ke tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni macam-macam cara peniaga makanan nak pikat pelanggan. Pastikan halal menunya.

      Padam
  8. Di Ipoh ada jugak, tapi makannya di luar bas, hihi.

    Kak Amie, kenapa panggil telur goreng mata sebelah? Sebab matanya sebiji saja ya? Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Biasanya mata ada sepasang kan hahahahaa!

      Padam
  9. Best juga sekali-sekala dapat pengalaman makan dalam bas begini :)

    BalasPadam
  10. Salah satu daya tarikan pengunjung untuk berkunjung makan disini. Rasanya last naik bas zaman belajar UiTM dululah. Rindu kenangan naik bas.

    Kalau dah namanya makanan fav, mana pernah jemu Firdaus makan onion rings. hehe..nak pulak share ye. Takpe kak Amie, lepas ni boleh singgah lagi boleh cuba menu lain. Datang siang boleh ambil gambar banyak banyak.

    Kreatif owner kedai buat stail makan dalam bas.

    BalasPadam
  11. selalu kalau nampak restoren dalam bas dia duduk bawah, ini duduk atas memang lain dari lain...
    Aiyan pun suka jugak onion ring kak... dana pun tak sangka

    BalasPadam
  12. Kat klebang dulu ada hotel dalam bas tapi dengar katanya dah tutup. Tapi ni makan dalam bas emm rare ni. Tarikan baru

    BalasPadam
  13. Bestnya naik bas. Dolu sebelum ada kereta naik bas ekspress. Lah ni naik bas lrt je lah.

    BalasPadam
  14. pernah mkn sekali dlu di sini. unik sebab mkn dlm bas..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe