Meraikan Ulang Tahun Nano di The Keju Cafe
7:35 PTGKelmarin sempat meraikan seadanya ulang tahun gang jalan-jalan, si Nano. Nano pilih sendiri temat makan kami di The Keju Cafe, milik kawan kami yang sudah bersara tahun lepas. Walaupun namanya 'keju' tapi ada juga menu kampung-kampung untuk memenuhi selera orang macam kami.
Sejambak bunga & coklat untuk Nano. |
Muka-muka kaki jalan yang terikat kakinya selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.
Selamat uang tahun buat Nano.
Amie mengembara bersama Nano seawal tahun 2011 ke Pulau Jawa.
Masih ingat lagi, sewaktu sama-sama berjalan di balai ketibaan Lapangan Terbang Soekarno - Hatta menuju ke pintu keluar, tiba-tiba Nano hilang! Kami semua sampai di pintu keluar, Nano satu orang ini boleh pula tersesat jalan.... ahaks!
Tanpa teman, siapalah kita kan. |
Suasana di The Keju Cafe.
Ruang makan di sini tidaklah begitu luas, tetapi rasa selesa dan nampak kemas.
Hiasan dalamannya nampak ringkas tetapi menarik.
Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba di meja, kami 'shopping' dahulu makanan lain untuk dibawa pulang.
Ketika meninjau kek dan memilih saah satu untuk Nano, tiba-tiba anak kawan kami empunya kafe (kawan tidak ada di kafe ketika ini) mengatakan ibunya sudah sediakan sebiji kek untuk Nano. Alhamdulillah. Rezeki Nano dapat kek percuma!
Masing-masing mula mengangkut cheestart ke dalam 'troli'. Kita pun angkut juga satu untuk Firdaus.
Antara buah tangan untuk Firdaus yang kita beli termasuklah cheestart, choco moist, cheeskut dan mango sago.
Mango Squash |
Mee Hoon Goreng Daging |
Hidangan yang dipesan sudah sampai. Amie meminta Mee Hoon Goreng Daging.
Sedap sungguh rasanya. Lembut dagingnya.
Apabila ditambah dengan cili padi potong, bertambahlah kelazatannya!
Menu lain yang kawan-kawan pesan termasuklah Mee Goreng Ayam.
Ada yang makan nasi putih dengan lauk pilihan. Yang ini tak tahu lauk apa. Ada rupa ayam, ada rupa isi ikan pula.
Soto Daging |
Ini soto daging. Yatie, datang dari Kunak. Satu jam memandu dari sana ke Lahad Datu. Demi kawan, kami sanggup menunggu kedatangannya kerana Yatie juga sanggup datang dari jauh.
Soto Ayam |
Semoga The Keju Cafe terus maju.
The Keju Cafe
Lot 9, Book 6, Lorong i-Peak 2,
Lot 9, Book 6, Lorong i-Peak 2,
91100 Lahad Datu, Sabah
Tel: 013-8865232
12 comments
macam2 menu ada dekat sini. mmg nmpk sedap bihun goreng daging yang kak amie order tu..
BalasPadamMemang sedap bihun goreng tu Syu.
PadamHappy birthday Nano...
BalasPadamSedapnya nampak menu -menunya...
Nak tanya Daus...Sagu tu Daus makan ke atau mommy yang habiskan?🤭
Sesudu pun kita tak sempat rasa hahahaaaa. Bawa pulang terus bagi Daus. Agaknya berdua dengan babanya makan sago mango tu. Kita mandi. Masuk dapur bekasnya pun dah tak nampak.
Padamada jugak ruang masa untuk meraikan ulang tahun kawan Kak Amie. Rezeki dia dapat kek percuma lagi. Cantik ID cafenya. Nampak kemas dan sedap mata memandang. Menu pun nampak sedap semuanya. Tengok ada kimchi, rasa lama gak tak makan kimchi. Ada stok kimchi, boleh campak masuk dalam menu menu kita.
BalasPadamSelamat ulang tahun untuk kak Nano. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aaaminn..
seronok sambut hari jadi kawan-kawan ni ye kak... lagilah dapat makan memacam hidangan, nampak sedap semua dessert dan menu yang di pesan di kedai tu kak....
BalasPadamSelamat hari lahir buat kak Nano... aduh teringat lagu gula-gula nano nano nano
Menu2 nampak sedap & deko The Keju pun cantikksss..Boleh buat sudut instagramable ni..
BalasPadammeriah..menarik cafenya..menu dessert nya yummyyy
BalasPadamSeronok sesekali berkumpul dengan kawan- kawan macam ni....SA x tahan tengok kek tu semua...tart tu...ya allah...
BalasPadamsanah helwah buat kawan akak semoga sentiasa panjang umo dan murah rezeki
BalasPadamhepi birthday buat sis nano. moga cepat habis pandemik, boleh kembali berjalan-jalan
BalasPadamSenang hendak ingat nama cafe.
BalasPadamHehe tidak perlu nama yang luar biasa.