Mandi Sungai di Polumpung Melangkap View Camp Site

12:18 PTG

Dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau, kami masuk simpang menuju ke Kota Belud. Lebih kurang 30 kilometer, melalui beberapa buah kampung, sampailah ke penghujung destinasi kami iaitu Polumpung Melangkap View Camp Site. Pada mulanya, perancangan awal kami hendak ke sini terlebih dahulu tetapi stereng kereta menghala ke Kota Kinabalu pula! Kita hendak menempah penginapan di sini, Encik Suami pula kata datang sekejap sajalah.... temankan Firdaus mandi sungai saja!


Terserempaklah dengan sang kerbau dan kawan-kawannya di tengah jalan. Kelompok kerbau yang lain berada di tepi jalan.


Gemuk-gemuk saiz kerbau di sini. Teringat masakan daging kerbau di tempat keduri di Raub, Pahang. Arwah ayahanda kita ada kebun di sana. Sewaktu cuti sekolah kami selalu berkunjung ke Raub. Kalau ada majlis kenduri, kami turut serta. Lauk utamanya ialah kerbau masak gulai dengan umbut kelapa. Pertama kali makan daging kerbau memang terasa beanya dengan daging lembu. Daging kerbau lebih pejal dan agak kasar tapi sedap!


Dari jauh kelihatan puncak Gunung Kinabalu di sapu awan!
Ketika ini jam menunjukkan pukul 10 pagi tetapi panas terik ya ampuunnn!

 
Sebaik sahaja daftar masuk, Firdaus sudah tidak sabar untuk terjun ke sungai!


Sayangnya, pada ketika itu kita tidak buat persediaan untuk terjun sama!


Sudah bincang dengan Encik Suami, lain kali kena buat persediaan sebelum sampai ke sini.
Boleh sewa khemah yang disediakan di situ untuk berteduh sebab cuaca sangat panas. Di tepi sungai, para pengunjung mendirikan khemah yang disewa. Penuh tebing sungai dengan khemah dan orang ramai. Mereka berBBQ dan bersantai bersama keluarga.


Air sungai mengalir jernih!
Sejuk dan terasa nyaman.





Kalau ingin menikmati sepenuhnya suasana di sini memang perlu bermalam sama ada menginap di chalet, homestay atau menyewa khemah di situ. Boleh menyaksikan suasana sunset dan sunrise berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu!
Kita pun teringin menyusuri tebing sungai dan menyaksikan keindahannya. Tidak mengapalah. Kali ini hanya datang meninjau, pada masa yang lain boleh luangkan masa menikmati alam sekeliling di sini.




Menurut pengalaman kawan-kawan yang biasa berkelah di sini, kita boleh membuat pilihan untuk berkelah kerana di sepanjang sungai ini terdapat beberapa tempat yang disediakan. Ada tempat yang kurang sesak dengan pengunjung dan lebih tenang suasananya.


Rakamkan saja gambar-gambar kenangan Firdaus mandi sungai.














Kenangan manis Firdaus mandi sungai bersama kawan-kawan baharunya.

Seronoknya kalau dapat bermalam di sini.



Untuk info lanjut bolehlah klik di sini : 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi ke Polumpung Melangkap Kota Belud

18 comments

  1. Berkhemah dan bermalam dah menjadi trend masa kini. Ada kawan sy berhabis ribuan ringgit beli khemah termasuk kaunter masak dan periuk belanga dan perhiasannya.

    Kak Amie bolehlah riki-riki sebab suami Kak Amie suka jalan2 macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronoknya bagi yang minat berkhemah kan SK.
      Habis modal beribu tak apa, yang penting peralatan tu digunakan selalu. Berbaloi keluar modal.

      Padam
  2. nampak best nya tgk firdaus mandi...terasa cam terjun sama :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa boleh buat, hari tu tak bersedia untuk terjun dalam air. Ikutkan hati nak berendam sama.

      Padam
  3. seronokny Daus mandi manda viewnya sgt indah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak gayanya kena datang lagi ke sini untuk mandi-manda bersama.

      Padam
  4. Seronok la Firdaus kan...dapat mandi sungai, dapat kawan baru....cantik pemandangan situ kak..sungai dia banyak batu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sepanjang sungai penuh batu SA. Tak puas datang sini sebab hanya duduk setempat. Tak sempat menyusuri tebing sungai.

      Padam
  5. Bestnya jadi Firdaus....😍😍😍
    Boleh mandi manda dengan bebas.

    Saya teringat nasyid lagu Kinabalu .
    Antara bait-baitnya..

    Kinabalu alamnya tenang,
    Puncak Gunung menyapu awan,
    Orang yang pergi akan terkenang,
    Orang yang tinggal akan tertawan..

    Kalau dengar nasyid ni..memang tangkap.nangis..sayu sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syahdu jew lirik lagunya kan Mama Cella:
      TELUKNYA TENANG DI HUJUNG TANJUNG
      LAUTNYA DALAM JERNIH MEMBIRU
      BILA SEKALI DATANG BERKUNJUNG
      ALAMAT HATI DIAMUK RINDU

      Padam
  6. Saya pun suka daging kerbau lagi. Sedap dan tak berlemak macam daging lembu. Umbut kelapa tu lama tak makan. Seronoklah Firdaus dapat mandi. Takpelah, ada rezeki boleh datang lagi berpiknik dan mandi manda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cadang nak datang sini lagi.Nak bermalam di sini, boleh tengok sunset dan sunrise.

      Padam
  7. Cantiknya macm kat oversea la sungai dia kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Masih ada sungai yang bersih dan cantik di negara kita.

      Padam
  8. Memang best kalau dapat menginap di situ. Boleh mandi sungai sepuas-puasnya.

    BalasPadam
  9. dapat mandi sekejap pun Daus dah seronok tu, kalau lama mesti sampai kecut jari pun dia tak naik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe