Beef Tuhau & Bambangan Chicken
11:43 PGHampir pukul 4 petang barulah kami dapat melabuhan punggung di Sabah Tea Restaurant. Jadinya, kami terus makan tengahari merangkap makan malam. Sabah Tea Restaurant akan tutup pada pukul 7 malam. Kalau selepas waktu itu hendak makan terpaksalah keluar dari kawasan Sabah Tea Garden.
Makan tengahari merangkap makan malam di Sabah Tea Restaurant. Lauk-pauk semua bersaiz S. |
Kami memesan makanan berhidang. Encik Suami kata dia tak mahu lauk berkuah seperti kari, tomyam dan yang sewaktu dengannya sebab perutnya tak berapa sedap. Amie ingat hendak makan Lamb Curry tapi demi menghormati selera Encik Suami kita pilih Tuhau Beef saja.
Selain Tuhau Beef, nak rasa juga Bambangan Chicken. Selama ini hanya tahu makan sambal bambangan dan jeruk bambangan sahaja. Jadi kali kita makan bambangan yang dimasak bersama ayam pula.
Sayurnya pula kita pilih Sayur Bukit.
Fried Prawn Fritters |
Fish with Sambal Sauce |
Tuhau Beef |
Banyak kali juga Amie kongsikan resepi tuhau :TUHAU TUMIS DENGAN IKAN MASIN Buat pertama kalinya kami makan daging masak dengan tuhau di sini. Selain hirisan tuhau, Amie dapati ada tambahan bunga kantan dalam masakan Beef Tuhau ini.
Bambangan Chicken |
Buah Bambangan |
Pertama kali juga kami merasa masakan ayam dicampur buah bambangan. Untuk yang tidak pernah kenal buah bambangan, Amie kongsikan gambarnya di atas. Sekarang ini musim bambangan. Sana-sana gerai buah-buahan dipenuhi dengan buah bambangan selain buah durian, cempedak, manggis dan rambutan.
Buah bambangan ini selain dibuat sambal dan jeruk, boleh juga dibuat jus. Kami pernah minum jus buah bambangan di D'Place Kinabalu.
Sayur Bukit |
Sayur Bukit ini sayur kegemaran Encik Suami. Biasanya kalau kami singgah Kundasang memang kamiakan beli sayur ini. Sayur Bukit diolah bersama campuran sayur lokio @ losun, kelopak bunga kantan dan cili putih.
Sebelum hidangan sampai, Firdaus terlebih dahulu menghabiskan semangkuk Sabah Tea Ice Cream.
Budak kecil ini tak mahu makan nasi!
Dia minta Chicken Chop sebab nampak ada kentang goreng!
Fried Chicken Chop |
Tak cukup makan Fried Chicken Chop, tangannya menyeberang nak meratah Fried Prawn Fritters. Oleh kerana pada mulanya kami pesan 3 pinggan nasi, jadi disebabkan Firdaus tidak makan nasi kami minta bungkus. Lauk pun masih berbaki. Memikirkan pukul 7 malam restoran tutup dan bimbang Firdaus lapar pada sebelah malam, jadi eloklah bawa bekalan masuk kotej. Kalau hendak keluar dari Sabah Tea Garden mencari makanan di pekan Ranau, memang jauhlah perjalanannya.
Seperti yang dijangka, memang Firdaus mencari makanan apabila sampai ke kotej! Jadi makanlah nasi yang dibungkus. Setakat makan Fried Chicken Chop manalah nak kenyang!
17 comments
beztt musim buah dah skrg ni ye
BalasPadambambangan pertama kali dengar dan tgk. macam buah bacang ker k. Amie
Bambangan ini spesies mangga liar. Kulitnya tebal, rasanya masam.
Padamdi sana dah musim buahan ya sedapnya bambangan
BalasPadamYa Kak PI. Sepanjang jalan ada saja gerai buah-buahan.
Padamnampak menarik beef tuhau dia. biasa mkn tuhau mcm tu je.
BalasPadamsyu suka tuhau kering. klau yg basah tu kurang sikit. hehe.
kan, kalau dah msuk situ, mmg xkeluar dah kecuali nak check out. sbb jln msuk dia berbatu-batu.
Macam susah nak cari kedai makan dekat-dekat situ kan Syu. Mungkin tak biasa di situ.
Padamgeram tengok fried prawn tu. harga pun okaylah... utk makan ramai2
BalasPadamHaaaa udang goreng itulah dulu yang habis heheheee.
PadamBuah bambangan tu macam buah binjai. Taip binjai ni pun terus sy terasa masam, hahaha. Tengok masakannya tu, agak menarik dan unik. Sayur tu pun tak pernah ditemui. Kami di sini balik2 makan kangkung dan kailan, hihi.
BalasPadamBuah bambangan memang ada rasa masam, tapi binjai Sabah manislah pulak SK, tak macam binai Malaya. Saya beli di Kundasang ingat nak buat sambal, habis dah saya makan sorang.
PadamTak sempat nak buat sambal binjai.
PadamMenu menu rare kat sini. Kalau saya tak tahu nak makan apa. Mujur jugaklah tapau makanan, boleh jugak Firdaus makan. Jauh kalau nak keluar semula tu.
BalasPadamBanyak pilihan menu biasa Fizah. Yang rare tu tak banyak jenis.
PadamBanyak pilihan tu yang tak tahu nak makan apa. hehe..
PadamNasib baik Mommynya fikir jauh ke hadapan. Kalau lapar malam-malam naya lah. Macam itu rupanya buah Bambangan
BalasPadamboleh tahan harga menu nya ya kak, sayur pun sampai belas-belas ringgit...
BalasPadamada sayur lokio kegemaran dana tu... kat sana memang banyak ya orang tanam kak.
nampak sedap semua menu yang akak amik, saiz s tapi nampak macam besar jugak tu
Kenapa nampaknsedap sgt menumya kak.. size z nampak byk juga tu
BalasPadam