Hasil Karyaku : Antologi Travelogue Kembara Hikmah
11:58 PGSetelah sekian lama tidak menghasilkan sebarang karya, di dalam Antologi Travelogue Kembara Hikmah inilah bermulanya kembali hasil karya kita setelah berhibernasi bertahun-tahun lamanya. Kita ikut serta Siri Bengkel Timba Ilmu (SBTI April 2021) anjuran AID Conference : Bengkel Penulisan Buku Travelogue di bawah bimbingan Encik Ruzain Syukur Mansur.
Waktu itu terbukalah sedikit hijab kita tentang gaya penulisan travelogue. Ada macam-macam cara penulisan dan gaya penyampaiannya. Untuk permulaan, kita hantar sebuah catatan perjalanan di Nepal. Cara penulisannya pula, setiap satu tajuk, hanya perlu ada satu kisah sahaja dan sudah tentulah disulami dengan nilai dan pengajaran. Oleh kerana Amie sertai antologi, jadi Amie hanya hantar sebuah catatan sahaja sebagai percubaan. Alhamdulillah, karya yang dihantar melepasi piawaian yang ditetapkan.
Antologi Travelogue Kembara Hikmah |
Waktu pagi berlatarbelakangkan Pergunungan Himalaya. |
Di Macchapucchree Base Camp |
SK Dari Tanah Jauhar tanya, ceritanya sampai di sini sajakah? |
Inilah watak Kamsiah yang duduk di sebelah Amie sepanjang perjalanan dalam kisah itu. |
Kembara Hikmah |
14 comments
Betul, pasport di negara orang ibarat nyawa. Tak sanggup membayangkan susahnya jika kehilangan pasport, ada pasport pun banyak prosedurnya, apa lagi jika tak ada.
BalasPadamSatu lagi yang penting bila berada di negara orang ialah kesihatan, kan Kak Amie.
Betul tu, kalau travel dalam tempoh yang panjang memang kesihatan paling diutamakan.
PadamWah.. Menariknya.. Sha jarang baca travelog tapi sesekali layan memang best.. Penulis rupanya Amie ya.. Tahniah Amie..
BalasPadamPenulis tenggelam timbul Sha.
PadamBaru nak mula balik setelah sekian lama tidur.
Wah! Tak sangka! Tahniah!
BalasPadamAlaaa ... sangkalah Uncle.
PadamHihiii terima kasih.
Belum habis lagi membaca buku ni Kak Amie. Cerita travelogue memang menarik. Baru baru ni anak buah pergi Kathmandu jugak. Belum balik Malaysia lagi. Mencabar nak hiking tu. talian internet pun tak ada.
BalasPadamHiking ke anak buah?
PadamNepal memang penuh cabaran, tapi memberikan pengalaman yang tak ternilai harganya.
bestnya kak Amie dah sampai ke Nepal. hilang passport dan jatuh sakit adalah 2 perkara paling menakutkan bila di negara asing kan. suka baca travelogue. selalu berangan nak bukukan kisah pengembaraan tapi tulah travel pun tempat biasa-biasa je
BalasPadamBetul Sal. Takut sangat mengingat dua benda tu.
PadamKak Amie tak mampu lagi nak tulis satu buku travelogue, jadi tumpang-tumpang karya dalam antologi sajalah.
Belum sempat mentelaah lagi tapi dah membaca catatan trevelog cikgu dalam blog ni..Seronok mengikuti pengalaman cikgu ke merata cerul dunia
BalasPadamSiri kembara terhenti sejak Covid-19 melanda dunia, jadi hanya mampu tulis sahajalah kenang-kenangan itu hehehee.
Padamwah tahniah. Bukan mudah nak hasilkan satu buku travelog. Apapun alhamdulillah akhirnya terhasil juga nukilan amie. Bangga sih. Nepal juga wish list saya tapi tak tahu lah ada rezeki atau tidak. Apa pun berangan je dulu
BalasPadamPasport dan kesihatan adalah yang paling penting apabila di tempat orang. Semuga Allah kurniakan rezeki kesihatan yang baik walau dimana saje di muka bumi ini semasa bermusafir. Aamiin
BalasPadam