Bundu, Bambangan, Dabai & Durian
9:14 PTGDalam perjalanan dari Ranau ke Lahad Datu, kami singgah di gerai buah-buahan. Banyak sungguh longgokan durian, dan harganya pun murah pula. Encik Suami sudah beberapa kali keluarkan amaran, bonet kereta sudah penuh. Sayanglah pula sudah nampak durian runtuh di depan mata tapi tak beli. Akhirnya Encik Suami setuju untuk bawa isi durian sahaja. jadi, kami beli tujuh biji dan minta penjual durian buka kulit durian, masukkan isinya ke dalam bekas polisterin.
Itu cerita durian. Sekarang kita cerita buah bundu pula. Buah bundu atau buah belunu atau buah binjai ini rasanya berbeza dengan rasa buah binjai di tempat kita. Tak sempat nak buat sambal, habis buah binjai Amie kerjakan, makan begitu saja seperti makan buah mangga. Manis!
Buah bundu @ Belunu @ Binjai |
Buah Bambangan |
Ini bukan buah binjai tau. Ini buah bambangan. Bambangan ini dikenali juga dengan nama mangga hutan. Kulitnya tebal. Rasanya masam. Sesuai dibuat jeruk atau sambal.
Buah Bambangan |
Ini pula buah dabai. Biasanya kami dapat buah dabai dari Sarawak, bentuknya lebih kurus dan lonjong. Kali ini kami dapat dari pokok yang ditanam di Ranau. Ketika kami membeli buah dabai ini, penjual buah menunjukkan pokok dabai tanaman ayahnya di seberang jalan raya. Buahnya agak gemuk sedikit. Buah dabai ini disebut juga dengan nama buah kembayau.
17 comments
Bambangan ni memang ada kat sabah aje ke? Konpm bau durian la paling kuat kan hehehhe
BalasPadammcm2 jenis nama buah..yg tau buah durian je dlm gmbr tu
BalasPadamKecuali durian, dua buah lagi saya tak kenal :(
BalasPadamMacam suami sy juga. pantang bau-bau menyengat ni dalam kereta hihi...
Tentulah bau durian, sebab ia king, hehehe. Hari tu, masa Kak Amie cerita buah bambangan, kita ingatkan ia sama dengan binjai. Buah dabai tu kita pernah makan, ada yang panggil buah kristal. Mula pelik, tak macam kristal pun. Rupanya, isinya yang jernih macam kristal.
BalasPadammacam2 buah kat sana ya tapi durian juga tersedap heh heh...
BalasPadamTeringin juga nak cuba jeruk bambangan. Selalu tengok kawan buat jeruk bambangan jual.. buah dabai tu pun sama.. teringin nak cuba.
BalasPadamTerus rasa nak makan durian la pulakkk.. alhamdulilah semua kita dah rasa masa gi Sabah dulu..
BalasPadamAntara bundu, bambangan dan dabai... saya hanya kenal dabai sahaja,kak. Dahulu ada orang ajar makan dengan kicap :)
BalasPadamMengalah jugaklah suami kak Amie. Hehe. So sweet. Rasanya bau bambangan kot paling kuat?
BalasPadamKena buka tingkap kereta. Haha kombinasi 3 bahan jenis buah.
BalasPadamDulu pernah makan buah binjai..tp x dapat yang manis...mak buat sambal belacan...sedap gak...
BalasPadamSatu buah, bermacam macam nama panggilannya. Buah Buah bundu @ Belunu @ Binjai lebih kurang rupanya macam buah bambangan. Kalau tak tahu ni boleh silap beli. Dah jumpa buah buahan rare, rugilah kalau tak membeli kan Kak Amie. Buah ape ek yang kuat baunya. Durian kot? Dia kan king! Ke salah?
BalasPadamsemua buah yang diceritakan ini ada juga di Sarawak..
BalasPadammemang layan la kalau makan buah dabai dengan buah durian
wahhh bestnya kak ada durian... rugi kalau tak beli kan... kat sana binjai manis ye kak? kt sini aduh masam
BalasPadamwah durian peberet dah sudah semestinya bau dia paling king
BalasPadamdapat buah binjai yang manis sedapnya kalau yang masam buat sambal belacan.kecur je
BalasPadamsmua buah2 yg kak amie beli tu bau dia sangat kuat. rasanya buah durian la jgk paling kuat bau kot.
BalasPadam