Hasil Karyaku : Antologi Cerpen Bicara Rindu
10:53 PGRindu?
Mari bicara tentang rindu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rindu bermaksud: ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang.
Bicara pula membawa pengertian tentang:
- pendapat
- fikiran, muslihat
- mesyuarat
- (ber)cakap (ber(kata)
- perkara di mahkamah
Antologi Cerpen Bicara Rindu menampilkan karya kreatif hasil garapan idea daripada 30 orang penulis termasuk Amie sendiri. Kisah-kisah rindu yang mencengkam kalbu ini memberikan makna yang mendalam dalam memahami erti sakitnya merindu.
.......di setiap helaan nafasku, ada rindu yang bertamu..... |
Antologi Cerpen Bicara Rindu terbitan SHE 2022 |
Terselit sebuah karya kita bertajuk Bubur Som Som Sirap Gula Merah. Kisah ini kita adaptasi dari peristiwa menyayat hati pada 26 Februari 2002. Ketika itu sambutan Hari Raya Korban. Kami sekeluarga menziarahi ayahanda kami yang sedang sakit di Malaya. Pada hari Selasa pagi, kami berangkat pulang ke Sabah. Sesampainya di Lahad Datu, lebih kurang pukul 4 petang, bonda telefon memaklumkan ayahanda sudah selamat dikebumikan. Masih teringat waktu itu kita terduduk di atas tangga sambil tersedu-sedu! Rupanya sewaktu kami transit di Kota Kinabalu, ketika itulah ayahanda pergi. Waktu itu alat komunikasi sangat terhad, jadi lambatlah sampai perkhabaran itu.
Kalau sudah namanya 'adaptasi' penulis perlu membuat penyesuaian dengan keadaan. Misalnya peristiwa sebenar berlaku pada tahun 2002, jadi pandai-pandailah sesuaikan dengan suasana pandemik (kebetulan) pada masa ini.
Hampir 20 tahun arwah ayahanda meninggalkan kami sekeluarga. Moga arwah tenang di sana, bersama Pencipta Yang Maha Pengasih dan Penyayang di negara abadi. Mudah-mudahan dengan limpahan kasih dan sayang-Mu kami memohon agar dapat bertemu dan berkumpul bersama semua insan kesayangan kami di sana. Aamiin.
6 comments
Rindu paling sakittt
BalasPadamrindukan pda yg telah tiada lg di dunia
himpunan kisah2 bicara rindu menarik tajuknya
Rindu paling sakit...rindu pada mereka yang telah pergi...SA baca sikit tu dah terasa sebaknya kak....
BalasPadamRindu itu adalah rasa..sukar dicerita..tapi sangat menyiksa...Tak dapat digambar dengan kata-kata
BalasPadamRindu yang tiada penghujung. Tak silap kak Amie pernah cerita tentangnya. Sedih bila saat terakhir kita takde disisi. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aaaminn...
BalasPadamTulisan dijadikan kenangan.
Tahniah kak mmg berbakat la kak amie
BalasPadamSakitnya rindu... Yang dah mengalami je tahu. Al fatihah untuk arwah ayah kak Amie
BalasPadam