Sayap Ayam Madu Wak Ali

6:06 PTG

Orang kata kalau sampai Kundasang jangan lupa singgah makan Sayap Ayam Madu Wak Ali. Kita pun terujalah nak merasa. Ada bezakah dengan sayap ayam yang biasa kita makan di tempat lain? Apabila kita sampai, warung penuh dengan pelanggan. Tak ada tempat kosong. Kami pun putuskan untuk bungkus saja. Pelanggan sangat ramai. Terpaksalah beratur menunggu giliran. Setelah hampir 45 minit kami menunggu, Amie putuskan untuk masuk ke dalam kereta bersama Firdaus. Lenguh kaki berdiri di situ.

Encik Suami dengan sabarnya menunggu sehinggalah sampai gilirannya. Tak banyak pun kami beli, hanya 10 keping sayap. Sekeping berharga RM2.00. Dari jauh kelihatan Encik Suami menjinjing bungkusan sayap ayam. Rasa kasihan pula 'mendera' untuk tunggu sayap ayam sampai ke gilirannya.

Rasa rugi pula habiskan masa lebih satu jam di situ. Perut pula rasa lapar. Akhirnya kami putuskan untuk pulang semula ke Jasni Rijan Resort memandangkan hari sudah gelap. Terfikir pula, kenyangkah sekadar makan sayap ayam sahaja? Kalau malam nanti lapar nak cari makanan di mana pula? Sampai di simpang masuk ke Kampung Pinausok, kami berhenti di BW Bus Restaurat dan makan malam di situ.

Sayap ayam dalam bungkusan kami bawa pulang ke bilik. Selesai solat dan bersihkan diri, kami buka bungkusan sayap ayam yang sudah sejuk.

Sayap Ayam Madu Wak Ali.


Kami makan berdua dengan Encik Suami sahaja. Firdaus tak mahu makan. Teringat Sayap Ayam Lelek di Tawau dan gerai-gerai di sekitarnya. Terbayang pula sayap ayam panggang di tepi laut di Kota Kinabalu. Masih terasa-rasa pencecahnya yang cukup rasa pedas, masam manis ditambah pula dengan aroma jus limau kasturi. 


Air warna oren dalam cawan itu kita punya Vitamin C : Cebion. Sejak penularan wabak Covid-19, kita memang tak lupa bawa bekalan Cebion ke mana-mana.
Sekian cerita jalan-jalan cari makan, memburu Sayap Ayam Madu Wak Ali. Kata Encik Suami, cukuplah sekali beli sayap ayam di sini. 
Baiklah.

17 comments

  1. Cukuplah sekali?

    Serik sebab beratur atau serik sebab tak sedap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriklah tu terpaksa berbaris dan menunggu.

      Padam
  2. Tak sedap ke Kak Amie...nampak sedap je tu...ke x kena dengan selera kak amie..eh..kalau x kena selera x sedap la kan ..haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tak sedapnya sebab kena menunggu lama heheheee. Dah penat tunggu hilang selera nak makan pula.

      Padam
  3. Mungkin serik beratur atau tak sampai expectation. Biasalah kan tempat viral. Ramai tu sebab orang ingin tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di mana-mana pun ayam sayap panggang rasanya lebih kurang sama saja kan Sal.

      Padam
  4. oh tk sedap ye...ada juga baca syap ayam sedap kt sana tp tksure yg kt mn yg sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Sabah memang merata orang jual sayap ayam panggang. Yaang membezakannya dengan ketara sudah tentulah pencecahnya, lain tempat lain rasanya.

      Padam
  5. Sedap tak? Takpelah asal dapat merasa.

    BalasPadam
  6. Saya kalau kena menunggu lama-lama ni lemah sikit, kak. Nanti terus rasa kenyang, makan angin masa menunggu hehehe

    BalasPadam
  7. Lama beratur tu. Makanan sedap kena beratur lama bencinta jugak kan. Cukuplah beli sekali dapat merasa.

    BalasPadam
  8. aduh lamanya kene beratur kak oi, kalau dana pun tak sanggup nak nunggu lama... tapi takpelah dah rasa kan lainkali tak payah beratur lama kalau dah tahu rasanya macmane kan

    BalasPadam
  9. Alala encik majid dah serik menunggu le tu terus kata tak nak pergi lagi. eh

    BalasPadam
  10. kalau mkn time panas, lagi sedap.
    tp tu la, mmg penat kalau beratur panjang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe