Makan Coto Makassar di Simpang Jeroco

3:35 PTG

Beberapa bulan yang lalu, kawan-kawan kaki jalan kita mendaki Bukit Balacon. Amie pun lupa entah kenapa Amie tak ikut serta. Yang Amie ingat mereka sempat singgah sarapan pagi di warung Simpang Jeroco. Pesan kawan-kawan Amie, kalau lalu Simpang Jeroco, jangan lupa cuba makan bakso di situ. Menurut mereka bakso di situ sedap!

Jadi, ketika kereta melepasi Simpang Batu 32  Sandakan, Amie pun ingatkan Encik Suami agar berhenti seketika untuk minum petang di Simpang Jeroco. Sampai di Simpang Jeroco, agak peninglah juga mencari warung bakso yang dimaksudkan kawan-kawan itu. Kebanyakwarung menjual sayap ayam dan tokeng ayam panggang serta pulut panggang. Ada juga gerai yang menjual buras serta ayam palekko' dan tidak kurang juga gerai yang menjual goreng-gorengan seperti pisang goreng. 

Ketika berulang-alik melaui gerai-gerai makan di tepi jalan terdengar satu suara wanita dari gerai buras dan ayam palekko bertanya: Mau cari apa? Kami jawab: Warung bakso.

Oooo, pergilah ke seberang jalan. Warung bakso ada di hujung.

Kami menuju ke warung yang dimaksudkan. Tuan warung nampak peramah. Kalau tak silap ada nama warung itu iaitu Warung Handal. Ejaan Handal dijarakkan dengan huruf n di hujungnya. Mungkin ejaannya bermaksud Handalan tetapi tercabut atau hilang huruf a.

"Ada bakso. Ada coto. Marilah masuk sini. Boleh pilih apa yang mau dimakan," pelawa tuan warung tadi.

Oleh kerana terdengar ada coto, Amie pun tidak jadi nak makan bakso. Amie minta coto. Encik Suami dan Firdaus minta bakso.

Coto Makassar


Muka baru bangun tidur!

Coto Makassar & Bakso

Kuah Coto Makassar kelihatan berwarna putih. Biasanya kalau kuah warna putih, kacang tanah yang digunakan sudah dibuang kulit. Kalau dikisar bersama kulitnya, warna kuah lebih gelap. Isi coto pula banyak, campuran perut dan daging. Apabila hirup kuahnya, rasa sangat sedap. Jadi kita pun ambil buras dan makan bersama coto tadi.


Buras

Coto Makassar

Tambahkan buras ke dalam mangkuk Coto Makassar, perahkan jus limau kasturi dan bubuh sambal. Bismillah.
Kita pun makan Coto Makassar hingga ke titisan kuah yang terakhir. Kita terlupa tujuan asal ke sini untuk makan bakso!
Kami sangat berpuas hati makan di sini. Sudahlah rasanya sedap bagai dikata oleh kawan-kawan, harganya pula sangat murah. 2 mangkuk bakso dan semangkuk coto hanya berharga RM13.00 sahaja. Dengan harga semurah itu, mudah-mudahan bertambah murahlah rezeki peniaga Warung Handal(a)n. 
Sudah beberapa kali ajak Encik Suami datang lagi makan di sini, tapi kata Encik Suami: Tempat itu bukannya dekat!


17 comments

  1. Ooh begini rupa coto makassar.
    Buras, serupa burasak bugis ya? Nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buras tu ada yang sebut burasak juga, makanan tradisi masyarakat Bugis.

      Padam
  2. Terliur pulak tengok Coto Makassar petang2 begini. Memang nyata berbeza coto dan soto ya.

    BalasPadam
  3. alahai kecur liur tengok coto, baru ini balik tak sempat pergi makan coto.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang-jarang dah orang jual coto. Nak makan pun puas mencari tempat orang jual.

      Padam
  4. Belum pernah makan coto tapi dari gambar ni nampak enak betul.

    BalasPadam
  5. Haah memang murah.
    Ala belum pernah makan coto. Hehe patut Puan Amie rasa sedikit bakso suami untuk tahu sedap atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... tapi waktu itu sibuk hirup coto heheheee.

      Padam
  6. Dengar coto makassar terus lupa tujuan sebenar nak makan soto. Hihi..Nampaknya bukan bakso je sedap, coto pun sedap kat gerai tu. Tak rugi singgah, dapat merasa makan coto sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coto Makassar tu rasanya lebih kuat berbanding bihun sup. Ditambah sambal dan perahan jus limau kasturi....pergghhh! Sudahlah kuah panas, memang meleleh heheheee.

      Padam
  7. Moga ada rezeki makan di sini lagi. Kalau jauh tak dapatlah pergi selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh juga Sal. Tapi kalau nak juga jauh pun redah saja.

      Padam
  8. murah gila harganya kak... dahla isi coto nya banyak

    BalasPadam
  9. Coto tu nampak macam lontong lah pulak sebab kuah lemak. Tapi isi dalam lain dari lontong. mesti sedap ni

    BalasPadam
  10. murahnya harga dia. kalau di kk semangkuk bakso rm8 paling kurang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe