Tenom Black Coffee & Tea Biscotti

4:18 PTG

Encik Suami kata, selewat-lewatnya hari Khamis sudah sampai ke Lahad Datu. Kita pun faham dengan tugasnya yang tak boleh ditinggalkan lama-lama. Sekurang-kurangnya dapatlah jalan-jalan ke luar daerah dan menemani kita shopping setiap hari sepanjang berada di Kota Kinabalu. Untuk menghargai pengorbanan masanya, kita janji nak belanja sarapan pagi dengan minum kopi. Encik Suami memang suka minum kopi sebelum memandu.

Pukul 8 pagi kami daftar keluar resort dan menuju ke Ladang Teh Sabah. Balik-balik asyik ke sini... ahaks. Bukan apa. Kami ingin santai-santai bersarapan pagi di tempat yang bersih dan tenang sambil menikmati suasana pagi berlatarbelakangkan banjaran gunung. Kalau sudah namanya ladang sudah tentulah jauh dari kesibukan jalan raya. 

Tenom Black Coffee & Tea Biscotti


Suasana di sekeliling restoran masih diselimuti kabus. Sewaktu kereta menghala dari simpang jalan raya menuju ke sini, memang tidak nampak restoran kerana dipenuhi kabus.


Pagi itu kami bersarapan:
  • Tenom Black Coffee (small pot) Hot
  • Hoko Chocolate (Hot)
  • Fried Mee Hoon
  • Fried Kuey Teow
  • Wantan Hor
  • Tea Biscotti

Tenom Black Coffee

Secawan Tenom Black Coffee untuk Encik Suami.




Ini Firdaus punya kerja. Dia tambahkan krimer ke dalam cawan kopi.


Pagi itu Firdaus bersarapan kuetiaw goreng. Habis sepinggan dia makan sendiri.

Wantan Hor


Ini kita punya Wantan Hor. 
Cantik betul kuahnya!


Pagi-pagi sarapan Wantan Hor, memang laju jew masuk perut..... slurrrppp...slurrrppp!!!! Terlebih laju apabila kita makan udang, sotong dan isi ikannya.

Fried Mee Hoon


Encik Suami pilih mihun goreng. Walaupun Wantan Hor sedap, apabila melihat mihun goreng macam lebih sedaplah pula. Inilah nafsu orang tamak... ahaks!



Selesai menikmati hidangan masing-masng, datanglah pula Tea Biscotti yang baru sahaja keluar dari oven. Masih panas dan aromanya sungguh menggoda lubang hidung!


Ada dua pilihan pencecahnya iaitu madu dan coklat. Kami memilih coklat.



Oleh kerana perut pun sudah kenyang, jadi Amie hanya makan sekeping Tea Biscotti. Begitu juga Firdaus. Encik Suami tak mahu makan. Selebihnya kami minta bungkus. Dalam perjalanan dari Ranau ke Lahad Datu, ketika berada di Telupid Firdaus bertanya Tea Biscotti. Amie hulurkan kepadanya, dan habis kesemua Tea Biscotti dia makan sendiri. Laparlah agaknya tu.


Sekian, paparan kisah sarapan pagi dan cerita kopi hitam Tenom dengan Tea Biscotti.


11 comments

  1. Subhanallah... best nya breakfast dengan ambience yang menarik!

    BalasPadam
  2. Agaknya baru lepas makan kuey teow, tu tak larat nak makan biscotti. Dah hadam la tu makanannya, nasib baik mommy bungkus biscottinya.

    BalasPadam
  3. Oh... rindunya nak menikmati kopi Tenom! Tea bisotti tu nampak best :)

    BalasPadam
  4. Saya suka kopi Tenom. Rindunya. Memang berselera breakfast dengan ambiance macam tu

    BalasPadam
  5. Bagus suami Puan Amie tolong bawa ke tempat beli-belah. Hehe saling menyokong.
    Upah sebelum memandu. Semangat suami lepas minum kopi Tenom.

    BalasPadam
  6. Syukur dapat juga keluar ikut sambil jalan jalan. Seronokya lah sarapan pagi pagi sambil ditemani kabus pagi. Semua sarapan nampak sedap, memang rasa tamak kejap semua nak jamah masuk perut. Tea biscotti pertama kali tengok. Terus google. Biskut rupanya. Menarik didatangkan dengan pencincah.

    BalasPadam
  7. aduh bestnya kak... nampak berkabus je tu

    BalasPadam
  8. waduh dah macam kat cameron highland je berkabus sekelilingnya. Wantan hor sedap tu kalau panas-panas makan tempat sejuk.

    BalasPadam
  9. Tea biscotii tu macam biskut je. Kenapa di namakan tea

    BalasPadam
  10. tenom coffee memang sedap, syu biasa minum tenom white coffee.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe