Hasil Karyaku : Siri Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati : Daun Pisang atau Surat Khabar?

8:47 PTG

Tahun lepas, banyak jugalah Amie menyertai projek penulisan swaterbit beberapa buat syarikat penerbitan. Tidak sia-sia korbankan banyak waktu mengikuti seminar dan bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh penerbit. Oleh kerana disiplin diri yang tidak berapa cemerlang dalam mematuhi etika masa, jadi biasanya sudah sampai waktunya masih terkial-kial mengedit karya sendiri. Editor kami orangnya sangat tegas dan sangat teliti terutama sekali dalam bab tata bahasa! Aduhai..... kita yang tidak berapa mahir tata bahasa terpaksalah berkawan baik dengan Kamus Dewan Edisi Keempat! Apabila karya sudah dihantar kepada penerbit untuk diperhalusi oleh editor, rasa lega yang teramat sangat memenuhi dada. Syukurlah setakat ini, termasuk karya yang dihantar untuk lima Siri Anekdot Menu Pilihan Hati ini diterima tanpa dibicarakan oleh pihak penerbit. Hanya di peringkat akhir sebelum cetakan, para penulis dikehendaki menyemak sekali lagi hasil tulisan yang sudah dimurnikan oleh editor untuk memastikan tiada sebarang kesilapan dalam karya.

Amie kongsikan salah sebuah Antologi Menu Pilihan Hati iaitu Daun Pisang atau Surat Khabar? terbitan SYFE 2022. Ini merupakan kali pertama Amie menyertai projek penulisan anekdot. Anekdot bukan cerpen. Anekdot ialah tulisan kisah ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian tetapi bersifat menyindir. Penerbit kami sangat mementingkan unsur nilai dan pengajaran di dalam karya. 

Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati : Daun Pisang atau Surat Khabar?


Membaca tajuk Daun Pisang atau Surat Khabar, pembaca sudah tentu membayangkan bahawa pemilik kedai sedia melayan pengunjung untuk memilih jenis makanan dan cara makanan itu dialas atau dibungkus. Namun begitu, tanggapan dan tafsiran penulis dalam mencanai idea tidaklah semua menjurus ke arah tersebut. Buku ini menampilkan 28 orang penulis dengan coretan pengalaman masing-masing berkaitan tajuk.


Sebuah anekdot Amie yang tersiar di dalam antologi ini bertajuk Daun Pisang Dari Kebun. Anekdot ini mengisahkan tentang 'aku' yang sekian lama tidak balik kampung,  'termasuk' dalam kebun orang, mengambil daun pisang, ubi keladi dan kacang tanah tanaman orang.


Amie kongsikan cebisan kisah daripada anekdot Daun Pisang dari Kebun.

Lima Siri Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati

Lain kali Amie kongsikan empat lagi buku Antologi Anekdot Menu Pilihan Hati. Kelima-lima Siri Antologi Menu Pilihan Hati ialah:
  • Daun Pisang atau Surat Khabar?
  • Ikan Tepi atau Ikat Mati?
  • Nasi Campur Kegemaranku
  • Roti Canai Kuah Banjir
  • Wah, Banyaknya Lauk!

23 comments

  1. Hebat! Tahniah Kak AmiE! Teruskan berkarya!

    BalasPadam
  2. baru baca sikit pun dah tahu best, dana nak beli la semua koleksi tu kak... camne ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana. Kita sudah berurusan, dan moga dipermudahkan urusan pengeposannya nanti.

      Padam
    2. tak sabar nya kak... nak tunggu sampai

      Padam
  3. Hebatnya Cikgu Amie👍👍
    Membaca tajuknya..buat rasa lapar pula..

    BalasPadam
  4. TAHNIAH AMIE PENERBIT NI TEGAS TENTANG PENGHASILAN KARYA KAK ADA JOIN SEKALI ANEKDOT DGN PENERBITAN NI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Kak PI. Tapi inilah peluang untuk memartabatkan bahasa melalui karya kreatif.

      Padam
  5. Minat juga nak sertai, tapi nak tengok pada tajuk-tajuk yang berkaitan. Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada terbaca anekdot tulisan saudara Fairus tentang kisah PKP.

      Padam
  6. Tajuk memang ringkas tapi banyak tafsiran boleh dibuat.
    Suka cerita yang buat kita kembali peka pada keadaan yang dilupakan.

    BalasPadam
  7. Waaa Kak, tahniah.. sukanya nengok kulit buku tuu...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah tahniah Kak Amie. Dalam kesibukan dapat juga sumbangkan anekdot dalam buku daun pisang atau surat khabar ni. Tengok tajuk saya dah terbayangkan nasi lemak. Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fizah. Sekadar hobi dan memenuhi masa terluang hehehee.

      Padam
  9. Tahniah Kak Ammie....bangga dengan kak amie...ada penulisan dalam ni dan banyak dah tulisan kak amie dalam buku2 khas kan...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe