Saiz Sate Semakin Kecil

9:46 PTG

Tahun ini sudah beberapa kali makan sate sama ada di Tawau atau Lahad Datu. Tiba-tiba perasan pula saiz sate semakin mengecil. Harga masih dikekalkan seperti sebelumnya.


Kami biasa makan sate di tempat yang sama. Kalau dahulu ada 3 ketul ayam untuksatu cucuk sate. Sekarang hanya tinggal dua ketul sahaja. Harganya masih sama iaitu RM1.00 secucuk. Sate daging pun dikurangkan jumlah ketulannya, dan harganya juga sama iaituRM1.50 sen secucuk.



Seboleh-bolehnya nak rakam gambar sate untuk dijadikan entri biarlah nampak menggiurkan selera. Jadi kita zoom dekat-dekat supaya nampak lebih jelas.

Kenaikan harga barang sekarang ini sangat memberi kesan kepada para peniaga makanan. Serba salah dibuatnya kan. Nak buat sate seperti biasa dengan harga yang sama tentu penjual sate terpaksa tanggung kerugian. Nak naikkan harga nanti pelanggan lari pula. Akhirnya beginilah keputusan yang diambil. 


Dalam hal ini pembeli pun kena membuat pertimbangan. Tiada yang murah sekarang ini. Mudah-mudahan masalah kenaikan harga barang terutama makanan akan dapat diselesaikan tidak lama lagi. 

28 comments

  1. Yup betul
    baru ni beli satay tmpat biasa beli dulu dan memang sedapp tpp adoiii harga naik naik lg.
    Saiz sama rasanya
    ada tmpt harga naik satay pun kecik emmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tak bestnya harga naik, saiz mengecil pula ye Cik Nur.

      Padam
  2. Peniaga2 terkesan dgn kenaikan harga brg la tu.. satay jd cenonet.

    Saya pulak kat sini dari aritu nak mkn satay yg sedap tak pegi2.. sbb mlm je baru bukak. Malas nk kluar mlm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian peniaga makanan yang rata-rata terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah.
      Ooo... malam baru buka. Kalau saya pun malas nak keluar malam.

      Padam
  3. Agaknya sebab sejak dua menjak ni ayam mahal dan selalu kehabisan di pasaran, tu yang saiz makin kecil.Kita yang tak niaga pun agak terkesan juga kan dengan kos barang basah yang makin mahal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Lina. Kami di sini nak beli minyak pun bukan main susah!

      Padam
  4. Takpe ajar kita berhemah makan. Hehe.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Saiz besar makan secucuk pun rasa kenyang kan Kak PI, macam saizdi Satay Hut di Tanjung Karang tu.

      Padam
  6. Size kecil cepat habis kak...hehehe....

    BalasPadam
  7. Memang tertekan dengan kenaikan harga barang mentah sekarang ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan. Akhirnya peniaga dan pembeli yang menerima kesannya.

      Padam
  8. Kau dipaksa aku terpaksa. Kalau tak dinaikkan harga, bagaimana nak bayar gaji pekerja dan modal bahan mentah, kan. Perit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan, paksa memaksa ni...akhirnya kerna terpaksa.

      Padam
  9. Perasan juga sate makin mengecil dengan harga yang sama. Betul kata kak Amie, peniaga pun serba salah nak naikkan harga atau kecilkan saiz dengan harga barang mentah semakin meninggi ni. Sebagai pembeli kadang beli juga walaupun begitu saiznya. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Fizah. Kadang-kadang pejam mata saja kalau nak beli. Biarlah, kita berbagi rezeki dengan mereka. Kita tak tahu peritnya berniaga.

      Padam
  10. Allahuakbar....kesian juga kan buat peniaga dan juga pembeli. Peniaga sebab nak niaga dengan kos semakin mencanak manakala pembeli nak makan juga tapi harga dah naik. Semuga Allah mewahkan rezeki buat semua rakyat malaysia. Dan semuga harga barang turun le hendaknya. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin ya Allah.
      Kita percaya rezeki ada di mana-mana. Moga negara kita sentiasa makmur.

      Padam
  11. harga brg pn dh naik gtu la kot jdnya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mama Tisya. Rata-rata yang terkesan sudah tentulah para peniaga makanan.

      Padam
  12. Masing-masing dalam dilema. Peniaga dan pembeli

    BalasPadam
  13. Susah sekarang..semua naik harga. So peniaga biasanya kalau tak naik harga, kuantiit dikurangkan.

    BalasPadam
  14. sekarang semua dah naik rege kak, nak beli ayam dulu beli ayam goreng seketul dapat lagi rm3 sekarang dah rm4 ke rm5 seketul

    BalasPadam
  15. tu la, brg makanan makin mahal sekarang..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe