Tanam Bunga Ati-Ati dalam Baldi

4:38 PTG

Tiga hari lepas Amie tunjukkan gambar-gambar pokok bunga ati-ati pada Encik Suami. Amie kata: Cantik betul warna daun ati-ati. Kalau kita tanam, berseri laman. Tak payah susah-susah tunggu pokok keluarkan bunga macam pokok bunga ros dan pokok bunga daisy di depan rumah tu.

Petang kelmarin, Encik Suami bawa pulang 10 jenis pokok bunga ati-ati.

Katanya lagi, dia sudah beli 2 karung tanah dan 15 buah baldi untuk tanam pokok ati-ati. Amie tanya, kenapa tanam pokok bunga dalam baldi? Jawab Encik Suami: Baldi lebih murah dari pasu. Nanti boleh lubangkan bawah baldi, jadilah macam pasu bunga juga.

Amie diam-diam saja. Dalam hati berkata: Kita baru berangan nak tanam pokok bunga ati-ati. Dia sudah siap bawa pulang pokok, tanah dan baldi untuk dijadikan pasu. Alhamdulillah. Baldi pun baldilah!

Pagi tadi, Amie tanya: Bila nak tanam pokok bunga ati-ati?

Jawab Encik Suami: Sudah ditanam petang kelmarin. Nak tengok? Marilah.

Ditunjukkan sebaris baldi warna biru tersusun di tepi longkang, tempat letak kereta. Memanglah kita tak nampak sebab terlindung oleh kereta.

 









Sebenarnya sudah tidak ada ruang lagi untuk bercucuk tanam. Bukannya ada tanah pun. Setakat sekangkang tikus buat tanam-tanam pokok bayam brazil dan pokok selasih tu bolehlah. Kawasan tepi longkang pun Encik Suami manfaatkan juga dengan meletak pasu-pasu orkid yang baru di'hidup'kan semula. 

Barisan longkang yang penuh dengan tanaman bunga.

Walaupun pokok ati-ati ditanam dalam baldi, tapi nampak cantik juga. Amie tidaklah beriya sangat nak tanam pokok bunga ati-ati, tapi biasanya kalau sekali cakap Encik Suami terus usahakan. Itu yang kadang-kadang kena hati-hati sebelum berkata-kata.... ahaks! 

Sekarang kami sudah ada 10 jenis pokok bunga ati-ati ditanam dalam baldi, diletak sepanjang tepi longkang bersebelahan dengan tempat letak kereta. Encik Suami kata, nanti dia akan tambah koleksi pokok bunga ati-ati. Oooo... ada 5 buah baldi lagikan? Terima kasih Encik Suami. Moga pokok bunga ati-ati terus tumbuh subur.

8 comments

  1. Duluuuuuu, mak sy banyak tanam pokok ni, skrg ada tapi tak banyak. Sy pulak suami isteri tak minat tanam poko, kalau ada pasu berpokok, sekejap aje, lama2 tumbuh lalang, aduyai

    BalasPadam
  2. walau tanam dalam baldi tetap nampak cantik bunga ati2 tu.

    BalasPadam
  3. Cantikla nampak, walaupun tanam dalam baldi. Saya dah jumpa kawan yg tanam pokok ati2 ni, dah minta dan dia nak bagi dah, nnt saya update juga.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..dapat juga pokok ati ati..banyak jenis pulak tu semua cantik cantik :)

    BalasPadam
  5. Wah sweet Encik Suami Kak Amie sampai 10 tu.

    BalasPadam
  6. kalau ada ruang laman yg luas best menanam.. pokok oregano nampak subur.

    BalasPadam
  7. Bagus la dua2 ada minat sama. Baldi lagi senang nak alih2 kalau nak ubah pasunya nanti . kan?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe