ADSENSE

Khamis, 3 Disember 2020

Ati-Ati : Warna -Warni Satu Daun

Hari ini bekerja di tempat kerja. Balik rumah, sambung BDR pula. Tak mahu cerita tentang kerja. Benda tu tak akan habis sampailah pencen nanti... ahaks. Kita cerita tentang pokok bunga.Sepanjang tempoh PKPB sejak Sepetember lepas sehinggalah ke hari ini, kerap jugalah dipanggil datang menyiapkan tugasan di tempat kerja. Pagi tadi, sengaja datang awal sebab tak mahu terperangkap dalam kesesakan SJR.

Sementara menunggu ahli mesyuarat yang lain tiba, sempatlah tinjau-tinjau kawasan berhampiran. Ada sederetan pasu dipenuhi warna-wani bunga. Bila dihampiri rupanya beberapa pokok bunga ati-ati hidup subur. Sembang-sembang dengan pekerja pembersihan, salah seorang daripadanya yang tanam. Katanya, mudah saja kalau nak tanam. Patahkan batang pokok ati-ati dan benamkan dalam tanah. Oh! Kedengarannya seperti semudah ABC!

Sudahlah cantik, mudah pula untuk ditanam! Memang nampak berseri laman rumah kalau ada rimbunan pokok ati-ati. Tak perlu tanam pokok yang mengeluarkan bunga untuk seri laman kerana daun ati-ati mampu memberikan pelbagai warna yang indah! Kombinasi warna dalam satu daun pula nampak terang dan menyerlah.

Seperti biasa, Amie yang selalu ketinggalan keretapi nak kongsikan juga gambar pokok ati-ati....  hiks! Orang lain dah jumpa puluhan versi ati-ati, Amie baru jumpa beberapa pokok saja. Tak tahu apa nama bagi tiap versi ati-ati di bawah ini. 








Dapat tanam beberapa pasu di halaman sendiri pun dah cukup cantik.
Nanti nak bincang dengan Encik Suami untuk cari benih ati-ati.

Wokey!
Sudah makan tengahari?
Amie dah kenyang jamu mata dengan pokok bunga ati-ati..... kah!

15 ulasan:

norhidana berkata... Reply To This Comment

Ini antara bunga kesukaan emak dana selain pokok puding kak, sebab mudah nak hidup dan colorful... tapi dana tak minat pokok bunga yg tak berbunga sangat hehehehh... tapi kalau balik kampung ralit tengok pokok ati-ati dan puding emak yg colorful

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

Ya Allah cantiknya, saya tak pernah jumpa lagi begitu banyak jenis dan berbagai variasi daun ati2 camtu, wah boleh rambang mata tengok nih. Teringin nak cari juga..ermmmm..laman pun dah penuh, kat mana nak sumbat ek.

namakucella berkata... Reply To This Comment

Wahhhh....pokok bunga nostalgia ni cikgu..Bila tengok pokok bunga ni ada satu rasa dalam hati..tidak tahu apa rasanya. sukar diungkap tapi dapat dirasa

Yaya Azura berkata... Reply To This Comment

ada tanam juga pokok ati-ati ni..banyak koleksi ati-ati dia..jeles tengok..haha

Kakmim berkata... Reply To This Comment

Cantik kaler bunga ati-ati ni amie.. best tgk hobi org tanam bunga ni.. umh kakmim xde bunga.. huhu

insan marhaen berkata... Reply To This Comment

bunga ni semasa abah saya masih hidup memang dia rajin tanam dan menjaganya di rumah kampung saya. tapi anak anaknya tak seorang pun yang mewarisi minat abah ini.

p/s: izinkan saya letak alamat blog puan di bloglist saya atas penghargaan kerana pernah singgah ke blog saya.

insan marhaen berkata... Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Suria Amanda berkata... Reply To This Comment

SA suka sangat nak ada pokok bunga kat rumah..tapi sayangnya Pak Zain lagi suka kalau tanam sayur- sauran..hahahaha...nanti nak cuba jugak la beli sepokok dua..

MyAssignmentHelp berkata... Reply To This Comment

Get in touch with our friendly customer support at any time of the day or night. They are available online 24*7 and will be too glad to resolve queries about assignment help swiftly!

Kamsiah yusoff berkata... Reply To This Comment

kata org2 tua pokk ni ada nilai perubatan....saya pernah disuruh tumbuk lumat aun ati2 utk ditampal pada betis yg bengkak

Assignmenthelpsingapore berkata... Reply To This Comment

If you are hopping from one website to another in search of valuable assignment help, then you don’t need to look any further. Assignmenthelp.com.sg is one of the leading academic solution providers on the internet that can fulfil all your assignment-related needs with precision.

TukangKebun berkata... Reply To This Comment

Warna warni menceriakan laman. Cantik koleksi Kak.

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Cantiknya daun pokok ati ati. Banyak pattern dan warna pun cantik cantik. Mudah pulak tu nak tanam dan hidup.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

baru tau nama pokok ni ati ati haha

assignmentauthors berkata... Reply To This Comment

They belong to a different age which is more susceptible and vulnerable to leukemia cancer. theology assignment help