Berehat Seketika

2:12 PTG

Tahun 2020 walaupun penuh cerita Covid-19, namun dalam tempoh itu jugalah rancak menyiapkan entri sehingga mencecah angka 500! Dalam rancak-rancak menulis tiba-tiba diduga dengan keadaan kurang sihat. Rasa rindu ingin menulis walaupun baru beberapa hari tinggalkan dunia maya. Rasa kurang sihat itu hadir ketika sedang membantu menyiapkan tugasan Firdaus untuk menyiapkan dokoh pada hari Rabu lepas. Seminggu sebelumnya guru mata pelajaran Pendidikan Seni memberikan tempoh untuk mengenali dokoh dan mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk membuat dokoh. Kemudian hasilnya perlu dihantar dalam bentuk gambar.

Sepatutnya lekatkan manik sebagai hiasan dokoh, tetapi tak jumpa di mana Amie simpan manik-manik lebihan sewaktu membuat bunga telur. Oleh kerana kena hantar pada hari Rabu juga, jadi Amie suruh Firdaus gunakan sahaja bahan yang ada untuk dijadikan hiasan. 

Maka siaplah dokoh dengan hiasan tanah liat!

Setelah Amie hantar gambar kepada gurunya melalui WhatsAap, Amie pun mesej kawan yang mempunyai anak yang sama bersekolah dengan Firdaus dan ceritakan tentang:

  • terlupa beli manik 
  • banyak kerja sendiri yang perlu disiapkan
  • cikgu dah beri tempoh satu minggu
  • suruh Firdaus gentel tanah liat buat hiasan
  • hamik ko.... yang penting siap
Allahu Akbar!
Rupanya Amie tersalah hantar mesej!
Mesej terhantar ke WhatsAap cikgu Firdaus....huhuhuuuuuu!
Amie cepat-cepat delete, tapi rupanya cikgu Firdaus sempat baca. 
1:32 petang : Assalamualaikum Cikgu XXXXX
1:32 petang : Ini dokoh Firdaus.
1:34 petang : Waalaikumussalam. Bagus A+ (3 tanda ibu jari)Terima kasih.

Pada pukul 1:35 petang itu pula Amie mesej kawan tapi tersalah hantar kepada cikgu Firdaus....huhuhuuuuuuu! Dia sempat baca, dan Amie pula cepat-cepat delete! Amie nampak dia sedang menaip, tapi kemudian dia padam pula mesejnya. Mungkin ternampak Amie sudah delete mesej Amie itu.

Amie beritahu Encik Suami, malulah pula sebab macam tak ikut arahan guru, lepas tu tersalah hantar mesej pulak! 
Dapat pula A+.
Kreatiflah tu. Gunakan bahan yang ada. Tanah liat pun oleh buat hiasan juga, kata Encik Suami.
Hurrrmmm... lain kali cakap siap pandang-pandang, nak tulis mesej pulak pastikan nak hantar tak salah orang!


Terima kasih rakan-rakan blogger yang sudi datang bertandang. Mohon maaf sebab tak dapat blogwalking beberapa hari ini. Migraine yang sudah sekian lama tidak bertandang, tiba-tiba datang menyerang. Terpaksa minta kelonggaran masa daripada boss untuk menyiapkan segala tugasan dan laporan yang sepatutnya dihantar pada hari ini. Nampaknya Amie terpaksa 'menutup pintu dapur' ini buat seketika. Apabila sudah selesai semua tugas hakiki, sudah sihat seperti sediakala, in shaa Allah kita akan bertemul lagi di dunia maya.

27 comments

  1. Kurg rehat tu kot kak.. byk pikir.. rehatlah dulu kalo dh rasa ok br bw k... speedy recovery kak amie!!!

    BalasPadam
  2. Selamat berehat kak, aduh kenangan betul tersalah hantar mesej tu

    BalasPadam
  3. Have a good rest & take care kak amie.

    BalasPadam
  4. Semoga cepat sihat ya, Amie. Tersalah send mesej tu kita pun pernah, nasib mesej yg ok ok jer, hihi

    BalasPadam
  5. Semoga cepat sembuh kak Amie. Dalam gambar tak nampak pun tu tanah liat. Yang penting Firdaus buat sebaik mungkin

    BalasPadam
  6. Moga cepat sembuh ye kak,samalh dgn ank kita..sy last minute baru nak buat..ha haa..mak bz jew kt dapur.

    BalasPadam
  7. Syafakillah amie, rehat cukup2 ye. Nnt kita jumpa lagi😊

    BalasPadam
  8. Selamat Berehat Kak.
    Memang akhir tahun ni tak cukup kakitangan rasa.
    Kreatif hasil seni Firdaus.

    BalasPadam
  9. Comelnya dokoh hasil kreativiti firdaus dan mommy. Alamak, tersalah bagi message. Bila banyak berfikir mesti tersilap. Takpe kak amie, tak disengajakan.
    Apapun semoga kak amie cepat sembuh..Aaminn..

    take care :)

    BalasPadam
  10. So kreatif..cantik dokoh tu Amiey,puashati dapat buat sendiri. Take care Amiey.Semoga sentiasa sihat dan di lindungi Allah selalu.Aamiin.

    BalasPadam
  11. Semoga Amiey sentiasa sihat dan di lindungi olehNya. Take care,sooo nice dokoh tu.

    BalasPadam
  12. Semoga cepat sembuh kak amie.

    Dokoh firdaus tuu cantik. Kreatip hasil kerja kak amie n anak 😊

    BalasPadam
  13. moga pulih sediakala dh hujungtahun kena berehat dulu kan

    BalasPadam
  14. Aduhaiiiiii... Rasanya ramai pun yang pernah hantar whatsApp tersalah bilik termasuk juga saya.. Hihihi
    Apapun syafikillah semoga Allah memberi kesembuhan untuk cikgu

    BalasPadam
  15. wah cecah 500 ya amie..kita tiberr check angka kat blog sendiri, uik belum sampai 500 lagi ni...kena kejar amie ni...hahahhaha

    BalasPadam
  16. Aduh..kelakar pulak bab salah hantar mesej tu 😂

    Semoga Allah segera beri kesembuhan untuk Amie ya.

    BalasPadam
  17. selamat berehat kak Amie:) semoga kembali ke dapur dengan menu dan resepi sedap-sedap untuk dikongsi.Take care..

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  19. Itulah kehidupan. Kadang-kadang sihat kadang-kadang tidak.
    Kadang-kadang lapang kemudian sibuk.
    Jaga diri.

    BalasPadam
  20. cantik.. kemas saja walaupun guna tanah liat. kalau saya jadi cikgunya ttp juga kasi A+ atas effort dan usaha. lagi2 time covid ni kekangan kalau tiba2 x jumpa maniknya smata nak siapkan kerja rumah. janji anak murid saya tunjuk usaha nak siapkan.. okay saja tu..

    rest well kak.. jangan buat kerja2 berat..
    rehat banyak2 yaa nanti dah sihat boleh sambung blogging..

    BalasPadam
  21. Semoga Amie cepat sihat. Amie adalah salah sorang top commentators kat blog saya.
    https://iamaslowrunner.blogspot.com/2020/12/hadiah-untuk-top-pengomen.html

    BalasPadam
  22. smoga cpt sembuh dan bole kembali update blog dgn menu masakan dan makanan mcm2...keratif tu dpt a+ tahniah utk anak kak amie

    BalasPadam
  23. harap2 ketika ni akak dah kembali sihat seperti sedia kala ;-)

    BalasPadam
  24. Bagusnya dapat A+, tersalah hantar msg tu memang biasa berlaku...semoga Kak Amie terus sihat ye

    BalasPadam
  25. Walaupun tak ada manik namun hasilnya sangat cantik.. malah kreatif bila guna tanah liat untuk dijadikan manik.. ohsem..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe