ADSENSE

Rabu, 9 Disember 2020

Selamat Pagi Dunia

Orang kata, setiap pagi adalah hari yang baru. Setiap kali munculnya pagi, setiap kali itu juga adanya kesempatan untuk membina semula azam, berusaha bangkit dari kegagalan semalam.  Jadi, setiap kali bertemu suasana pagi, jangan lupa pandang langit cerah membiru, awan yang putih berarak perlahan, dan hangatnya snaran mentari yang muncul dari peraduannya!
Pagi ini, hari kedua Firdaus menjawab soalan pentaksiran sekolah agamanya. Ada tiga subjek yang perlu dijawab iaitu Tauhid, Khat dan Jawi. Entah di mana kaca matanya tersembunyi, terpaksalah jawab dengan mata rabunnya. Sekejap menulis jawapan di meja, sekejap berpindah menulis atas bantal, sekejap mencari bantal busuknya. Letakkan bantal busuk di bawah dadanya, dan dia menulis jawapan sambil meniarap.
Panjang dah rambut Firdaus. Sejak dikuarantin bulan September lalu, sampai ke hari ini belum potong rambut lagi.


Selepas mandi, Firdaus terus bersiap untuk menjawab soalan. Katanya, nak makan sarapan selepas selesai jawab semuanya. Di pertengahan jalan, tiba-tiba Firdaus kata: Daus penat menulis. Daus rasa lapar. Bolehkah Daus makan hashbrown lepas ini?
Alolooo.... sayang Mommy! Nanti Mommy sediakan sarapan untuk sayang ya.

Hashbrown, telur dadar, belimbing & anggur.



Sambil membimbing Firdaus menyiapkan tugasannya, sambil itu juga melayan tugas sendiri berBDR. Encik Suami belikan anak-anak roti canai. Jadi, Amie hanya sediakan sarapan permintaan Firdaus sahaja.  Selepas ini, nak bersiap untuk mengambil dan menghantar tugasan di tempat kerja pula. Seperti biasa, berBDR, lari ke tempat kerja sekejap, dan balik rumah sambung BDR semula.
Jumpa lagi. Moga ceria-ceria saja hari ini.

12 ulasan:

LiNa_Pg berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum kak amie...sedapnya sarapan pagi kak amie...amboi rajin sungguh 'daun'buat homework..Kejap jer dah besar dah

Nur berkata... Reply To This Comment

Sedapnya, dapat makan hashbrown dengan telor dadar.
Semoga Firdaus dapat keputusan baik. :)

AzianKhalil berkata... Reply To This Comment

wow..hashbrown. suka sangat

Azhafizah MN berkata... Reply To This Comment

Comel Daus dengan rambut camtu. Okaylah selagi tak merimaskan dan belum naik sekolah lagi. Fokus dia menjawab soalan tu. Bagus daus budak baik. Lepas tu dapat pulak hidangan sedap tu. Senang kerja kak amie siapkan hidangan untuk daus je. boleh buat kerja lain. Semoga dipermudahkan segala urusan kak amie.

Nor Azimah Ali berkata... Reply To This Comment

Darjah berapa daus ni? Comel je muka tekun jawab latihan ye. Bagus3x..rajin mcm ni mama pun besar hati sediakan sarapan berkhasiat utk anak😊

Amie berkata... Reply To This Comment

@LiNa_Pg Waalaikumussalam Lina. Hahaaa... masih ingat nama 'daun' ye. Tak terasa budak kecik tu dah booolat!

Amie berkata... Reply To This Comment

@iamaSlowRunner Aamiin ya Allah. Terima kasih doanya.

Amie berkata... Reply To This Comment

@AzianKhalil Jemput makan.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Azhafizah MN Terima kasih Fiza. Hari ini segala urusan berjalan lancar.

Amie berkata... Reply To This Comment

@Nor Azimah Ali Daus tahun 1. Alhamdulillah, siap jawab soalan pentaksirannya.

Atie Zieya berkata... Reply To This Comment

tekun nya firdaus mengadap buku ....

Suria Amanda berkata... Reply To This Comment

Tengok buah belimbing tu nampak sedap...kalau dapat yang masih hijau cicah dengan garam..uiii sedapnyaaa